Lampropeltis triangulum

Lampropeltis triangulum atau ular susu merupakan satu spesies ular raja yang terbahagi kepada 24 subspesies. Setiap subspesies ini memiliki wajah yang amat berbeza-beza, hinggakan sesetengah pihak ada mencadangkan supaya spesies ini dibahagikan kepara beberapa spesies yang berbeza.[1] Ular ini tidak berbahaya kepada manusia.[2][3]

Ular susu
Lampropeltis triangulum syspila
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Spesies:
L. triangulum
Nama binomial
Lampropeltis triangulum
Sinonim

Coluber triangulum LaCépède, 1788
Pseudoëlaps Y Berthold, 1843
Ablabes triangulum - Duméril & Bibron, 1854
Lampropeltis triangula - Cope, 1860
Coronella triangulum - Boulenger, 1894
Osceola doliata triangula - Cope, 1900

Taburan geografi sunting

Ular susu tertabur dari tenggara Kanada, melalui sebahagian besar benua Amerika Syarikat ke Amerika Tengah, hingga barat Ecuador dan utara Venezuela di utara Amerika Selatan.[1][4]

Keterangan sunting

Ular susu tumbuh mencapai 20 hingga 60 inci (51 hingga 152 cm) panjangnya.[1] Ia mempunyai sisik yang licin dan berkilau, dan corak warna lazimnya merupakan jalur-jaluran yang berselang merah-hitam-kuning atau putih-hitam-merah.[1] Namun demikian, pada sesetengah populasi terdapat tompok-tompok merah sebagai ganti jalur.[1] Sesetengah ular susu amat mirip dengan ular karang yang berbisa dengan jalur-jalurnya yang berwarna merah, kuning dan hitam. Kemimikan ini (iaitu kemimikan Bates) mampu menakutkan pemangsa. Kedua-dua jenis ular dapat dibezakan dengan menghafaz bahawa ular susu berjalur merah berapit hitam, sementara ular karang pula berjalur merah berapit kuning.

Tabiat sunting

Ular susu lazimnya lebih giat pada waktu malam.

Pemakanan sunting

Ular susu muda lazimnya memakan lintah bulan, cacing dan serangga,[5] sementara yang dewasa pula gemar memakan biawak (terutamanya bengkarung) dan haiwan kecil.[1] Ia juga diketahui memakan burung dan telurnya, katak, ikan dan ular lain.[5]

Pembiakan sunting

Ular susu bertelur sekitar 10 biji sekali.[1] Ular ini mengawan dari awal Mei[5] hingga akhir Jun. Pada Jun dan Julai, ular susu betina bertelur di bawah beneath logs, boards, rocks, and rotting vegetation.[5] Telur-telur ini mengeram selama sekitar dua bulan lalu menetas sekitar Ogos atau September.[5] Ular susu lazimnya hidup sekitar 12 tahun.[5]

Subspesies sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h Savitzky, Alan H. (2004), Hutchins, Michael; Evans, Arthur V.; Jackson, Jerome A.; Kleiman, Devra G. (penyunting), Grzimek's Animal Life Encyclopedia, 7: Reptiles (ed. 2nd), Detroit: Gale, m/s. 477
  2. ^ BioKIDS - Kids' Inquiry of Diverse Species, Critter Catalog, Lampropeltis triangulum, milk snake
  3. ^ Snakes of New York
  4. ^ Armstrong, Michael P.; Frymire, David; Zimmerer, Edmund J. (December 2001), "Analysis of sympatric populations of Lampropeltis triangulum syspila and Lampropeltis triangulum elapsoides, in western Kentucky and adjacent Tennessee with relation to the taxonomic status of the scarlet kingsnake", Journal of Herpetology, 35 (4): 688–93, doi:10.2307/1565915, JSTOR 1565915
  5. ^ a b c d e f "Encyclopedia of Animals (Milk snake entry)", EBSCO Animals, EBSCO Publishing
  6. ^ a b Bell, Edwin L.; Smith, Hobart M.; Chiszar, David (2003), "An Annotated List of the Species-Group Names Applied to the Lizard Genus Sceloporus." (PDF), Acta Zoologica Mexicana (90): 103–174

Pautan luar sunting