Lancaran atau lanchara ialah jenis kapal yang digunakan di Nusantara. Walaupun dalam bentuknya mirip dengan gali Mediterranean, lancaran ialah tulang punggung armada serantau bahagian barat Nusantara sebelum pengaruh Mediterranean datang.[1]:151 Untuk armada perang mereka, orang Melayu lebih gemar menggunakan kapal-kapal panjang dengan drauf cetek, berdayung, yang serupa dengan gali; seperti lancaran, penjajap, dan kelulus.[catatan 1] Ini sangat berbeza dengan orang Jawa yang lebih suka kapal-kapal bulat dengan drauf dalam dan dapat mencapai jarak jauh seperti jong dan malangbang. Punca perbezaan ini adalah kerana orang Melayu mengendalikan kapal mereka di perairan sungai, zon selat terlindung, dan persekitaran kepulauan, manakala orang Jawa sering bergiat di laut terbuka dan laut dengan ombak tinggi. Selepas pertemuan dengan orang Iberia, kedua-dua armada perang Jawa dan Melayu mula menggunakan lebih banyak ghurab dan ghali.[4]:270-277, 290-291, 296-301[1]:148, 155

Sebuah lanchara sebagaimana digambar oleh Manuel Godinho de Erédia, 1613.

Etimologi sunting

Perkataan lancaran berasal daripada kata dalam bahasa Melayu "lancar", yang berarti "cepat", "kelajuan", "tidak berhenti", dan "kelajuan tanpa usaha". Oleh itu, lancaran boleh ditafsirkan sebagai "sebuah perahu yang berjalan dengan laju/lancar".[5]

Deskripsi sunting

 
Sebuah lancaran dari Madura, 1601. Perhatikan adanya 'balai' (panggung tempur), tiga meriam menghadap ke depan, dan sekurang-kurangnya satu meriam pusing yang terletak berhampiran bahagian belakang kapal.

Lancaran ialah kapal yang cepat, yang digerakkan dengan dayung dan layar dengan dua kemudi di sisi buritan. Lancaran lebih tinggi dari gali tapi sama panjangnya.[6]:146-147 Ia mempunyai satu, dua, atau tiga tiang dengan layar jong atau layar tanja (layar persegi yang condong). Lancaran dapat membawa 150–200 krew. Dapat dilengkapi dengan beberapa lela (meriam menengah setara dengan falconet) dan meriam pusing dari jenis cetbang dan rentaka. Ciri-ciri yang membezakannya dari gali ialah adanya pentas tempur yang disebut balai, di mana prajurit laut Asia Tenggara biasanya berdiri dan melakukan tindakan boarding.[1]:165 Lancaran niaga mempunyai muatan penyimpanan sebanyak 150 tan. Lancaran Sunda mempunyai tiang unik yang berbentuk seperti kren, dengan tangga masing-masing untuk menunggang mudah.[7]:167

Peranan sunting

Lancaran digunakan sebagai kapal perang dan kapal niaga. Pada abad ke 14–15 masehi, kerajaan Singapura dan Sungai Raya setiapnya mempunyai 100 lancaran bertiang tiga.[8]

Pada kira-kira 1500 M, Kesultanan Melaka menentang Siam dengan 200 buah perahu, terdiri daripada lancaran dan kelulus.[9]:212 Menurut Afonso de Albuquerque, semasa serangan Portugis ke atas Kesultanan Melaka pada 1511, orang Melayu Melaka menggunakan lancaran (lanchara) dengan bilangan yang tidak ditentukan dan dua puluh penjajap (pangajaoa) untuk menentang Portugis.[10]:80–81[11]:68 Selepas Sultan Mahmud Shah dari Melaka digulingkan dari Melaka pada tahun 1511, beliau mengambil alih Bintan. Pada tahun 1519 dan 1520 beliau mempunyai armada yang masing-masing terdiri daripada 60 dan 100 perahu, kedua-duanya terdiri daripada lancaran dan kelulus.[9]:212

Pada serangan Kesultanan Demak ke portugis di Melaka di tahun 1512–1513, lancaran digunakan sebagai angkutan pasukan bersenjata untuk mendarat ke pantai bersama penjajap dan kelulus, kerana jong Jawa terlalu besar untuk mendekati pantai.[12]:74 Lancaran ialah jenis kapal kedua yang dihitung Tome Pires setiap sampai pada suatu pelabuhan selepas kapal jung dan penjajap.[7]:185, 195

 
Sebuah kapal mirip gali milik Aceh menarik sebuah perahu, semasa pengepungan Melaka tahun 1568. Ia memiliki 3 tiang dan kemudi ganda, juga didorong dengan 12 baris dayung. Kerana memiliki 3 tiang, ia mungkin merupakan "lancaran bertiang tiga".

Lancaran kerajaan dari Lingga dikatakan membawa 200 orang dan seukuran galias besar (iaitu lebih besar dari gali biasa). Lancaran biasa dari Pasai dikatakan membawa 150 orang, dan berada di bawah komando kapten Jawa. Yang besar dengan 300 krew dikatakan merupakan kapal milik Jawa. Pada tahun 1520-an, terdapat beberapa lancaran dari Bintan dan Pahang, dengan kru 50–60 orang, bersenjatakan 1 berço (meriam pusing isian belakang, mungkin merujuk kepada cetbang), tetapi memiliki panah, tombak dan galah kayu. Nicolau Perreira semasa penyerbuan Melaka oleh Aceh tahun 1568 mengatakan bahawa di Aceh kapal yang ada merupakan lancaran. Ia mempunyai dua baris pendayung dan sama panjang dengan gali.[6]:146-147 Satu kerja anonim yang menggambarkan pengepungan 1568 menunjukkan sebuah kapal dengan kemudi berganda dan tiga tiang, sepadan dengan "lancaran bertiang tiga" yang dirujuk dalam teks Melayu.[1]:150-151

Lihat pula sunting

Catatan sunting

  1. ^ Semasa serangan Portugis ke atas Kesultanan Melaka tahun 1511, orang Melayu menggunakan lancaran (lanchara) dan penjajap (pangajaoa).[2] Kelulus (calaluz) digunakan dalam beberapa ekspedisi sebelum dan selepas kejatuhan Melaka.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Manguin, Pierre-Yves (2012). Lancaran, Ghurab and Ghali. Dalam G. Wade & L. Tana (Eds.), Anthony Reid and the Study of the Southeast Asian Past (m/s. 146–182). Singapore: ISEAS Publishing.
  2. ^ Birch, Walter de Gray (1875). The Commentaries of the Great Afonso Dalboquerque, Second Viceroy of India, translated from the Portuguese edition of 1774 Vol. III. London: The Hakluyt Society, muka surat 68; dan Albuquerque, Afonso de (1774). Commentários do Grande Afonso Dalbuquerque parte III. Lisboa: Na Regia Officina Typografica, muka surat 80–81.
  3. ^ Manguin, Pierre-Yves (1993). 'The Vanishing Jong: Insular Southeast Asian Fleets in Trade and War (Fifteenth to Seventeenth Centuries)', in Anthony Reid (ed.), Southeast Asia in the Early Modern Era (Ithaca: Cornell University Press), muka surat 212.
  4. ^ Nugroho, Irawan Djoko (2011). Majapahit Peradaban Maritim. Suluh Nuswantara Bakti. ISBN 978-602-9346-00-8.
  5. ^ Collins English Dictionary, Second Edition, Collins (London & Glasgow), 1986, p. 868, ISBN 0 00 433135-4.
  6. ^ a b Wicki, Joseph (1971). "Lista de moedas, pesos e embarcações do Oriente, composta por Nicolau Perreira S.J. por 1582". Studia. 33: 137–148.
  7. ^ a b Cortesão, Armando (1944). The Suma oriental of Tomé Pires : an account of the East, from the Red Sea to Japan, written in Malacca and India in 1512-1515 ; and, the book of Francisco Rodrigues, rutter of a voyage in the Red Sea, nautical rules, almanack and maps, written and drawn in the East before 1515 volume I. London: The Hakluyt Society. ISBN 9784000085052.   Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  8. ^ Nugroho, Irawan Djoko (2011). Majapahit Peradaban Maritim. Suluh Nuswantara Bakti. m/s. 276 dan 400, mengutip Sejarah Melayu, 14.9: 126–127. Petikan: Karena pada masa itu kelengkapan Singapura juga seratus lancaran bertiang tiga, dan Sungai Raya pun demikian juga.
  9. ^ a b Manguin, Pierre-Yves (1993). 'The Vanishing Jong: Insular Southeast Asian Fleets in Trade and War (Fifteenth to Seventeenth Centuries)', dalam Anthony Reid (ed.), Southeast Asia in the Early Modern Era (Ithaca: Cornell University Press), m/s. 197–213.
  10. ^ Albuquerque, Afonso de (1774). Commentários do Grande Afonso Dalbuquerque parte III. Lisboa: Na Regia Officina Typografica.
  11. ^ Birch, Walter de Gray (1875). The Commentaries of the Great Afonso Dalboquerque, Second Viceroy of India, translated from the Portuguese edition of 1774 Vol. III. London: The Hakluyt Society.
  12. ^ Winstedt, Richard Olaf (1962). A History of Malaya. Singapore: Marican & Sons.