Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka

Lapangan Terbang di Melaka, Malaysia

Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (IATA: MKZICAO: WMKM), (dahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Batu Berendam), ialah sebuah Lapangan Terbang Antarabangsa di Malaysia, yang terletak di Negeri Melaka. lapangan terbang tersebut terletak di Batu Berendam, Melaka, Malaysia.

Malacca International Airport

Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka
马六甲国际机场
மெலகா சர்வதேச விமான நிலையம்
Rumusan
Jenis lapangan terbangAwam
Hak milikKhazanah Nasional
PengendaliMalaysia Airports
DestinasiBandaraya Melaka, Melaka, Malaysia
LokasiBatu Berendam, Melaka, Malaysia
Zon masaMST (UTC+08:00)
Ketinggian AMSL40 kaki / 12 m
Koordinat02°15′47″N 102°15′09″E / 2.26306°N 102.25250°E / 2.26306; 102.25250Koordinat: 02°15′47″N 102°15′09″E / 2.26306°N 102.25250°E / 2.26306; 102.25250
Peta
Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka is located in Bumi
Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka
Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (Bumi)
Landasan
Arah Panjang Permukaan
m ft
03/21 2,135 7,005 Asfalt
Statistik (2020)
Penumpang29,424 ( 78.3%)
Pengangkutan udara (tan)
Pergerakan Pesawat37,998 ( 27.0%)
Rujukan: laman sesawang rasmi[1]
Penerbitan Maklumat Aeronautik (AIP) Malaysia[2]

Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka terletak pada kedudukan Latitud N02* 15.7760', Longitud E102* 15.1417' pada ketinggian 10.67 meter dari aras laut.

Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka merupakan satu lapangan terbang kecil yang kini hanya boleh diguna oleh pesawat jenis turboprop. Lapangan terbang ini terletak di Batu Berendam iaitu kira-kira 8 km dari pusat bandaraya di Melaka. LTAM mula beroperasi semula pada akhir tahun 2009 setelah kerja-kerja kerja-kerja penambahan panjang landasan daripada 1,300 meter kepada 2,135 meter dengan kos keseluruhan berjumlah RM131.5 juta dijalankan.

Lapangan terbang ini kini telah berusia lebih 51 tahun. Ciri-ciri sejarahnya tercipta dengan keberangkatan pulang Tuanku Abdul Rahman dari London yang membawa pulang perkhabaran baik untuk Malaysia iaitu tarikh kemerdekaan Malaysia yang pertama iaitu 31 Ogos 1957.

Dengan kepesatan Melaka khasnya dan Malaysia amnya, kini lapangan terbang bersejarah ini sedang melalui pengubahsuaian menyeluruh. Projek pengubahsuaian bermula pada 16 April 2007. Kerja-kerja menaiktaraf lapangan terbang ini telah diperlakukan dan dijangka siap pada tahun 2009. Setelah siap sepenuhnya nanti lapangan terbang ini akan menerima pendaratan pesawat jenis Boeing 737 dan Airbus 320.

Projek pengubahsuaian sedang rancak dijalankan oleh kontraktor bumiputera yang menerajui sebagai kontraktor utama iaitu syarikat UNI-Integrated Sdn Bhd, Melaka. Projek ini diawasi oleh syarikat KLIACs iaitu anak syarikat KLIA. Lapangan terbang ini akan dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka. Lapangan Terbang Batu Berendam dalam proses hampir siap naiktarafnya. Jika siap kelak penerbangan terus dari Melaka ke Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu. Selain itu projek landasan berkembar elektrik dari Tampin ke Melaka yang dicadangkan turut melalui lapangan terbang ini.

Majlis minihandover lapangan terbang ini dijangka dilakukan pada pertengahan Mei 2009. Iaitu diantara syarikat UNI-Integrated kepada KLIACs, dan KLIACs pula kepada MAB. Selepas ini lapangan terbang Batu Berendam akan dikenali sebagai 'LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA MELAKA' (Melaka International Airport-MIA).

Dalam pada itu, projek Pemanjangan Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Fasa II telah dilakukan. Jarak pemanjangan ini bermula dari 1,800 meter sedia ada sekarang hingga ke 2,315 meter.

Sejarah sunting

 
Blueprint LTA Melaka

Lapangan terbang itu, yang menduduki 141 ekar (0.57 km2) tanah, telah dibina pada tahun 1952.

Lapangan terbang dan khususnya menara kawalannya mempunyai kepentingan sejarah kerana ia adalah menara yang sama yang memandu pesawat Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, untuk mendarat dari London pada 20 Februari 1956. Di Melaka itulah Tunku mengumumkan tarikh kemerdekaan Malaya daripada United Kingdom. Memandangkan sifat sejarah menara kawalan ini, Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam cuba menyelamatkan menara itu, sama ada dengan memindahkannya, atau dengan menukar rancangan untuk menggabungkan menara itu.[3]

Antara 2008 dan 2014, lapangan terbang ini telah dilayan oleh Sky Aviation yang mengendalikan penerbangan dari Pekanbaru lima kali seminggu.[4] Penerbangan dihentikan pada 2014 apabila Sky Aviation menggantung semua operasi.

"Kerajaan negeri juga sedang berbincang dengan Firefly dan AirAsia untuk menyediakan pelbagai laluan melalui Lapangan Terbang Melaka".[5]

Syarikat penerbangan hibrid Malaysia, Malindo Air, melancarkan penerbangan empat mingguan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka ke Pulau Pinang, Malaysia dan Pekanbaru, Indonesia pada 4 November 2014.

Pada 2016, syarikat penerbangan hibrid Indonesia, XpressAir melancarkan penerbangan empat mingguan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka ke Pekanbaru, Indonesia, pada 29 April 2016. China Southern Airlines melancarkan penerbangan sewa khas dari Melaka Lapangan Terbang Antarabangsa ke Guangzhou, China, pada 29 September 2016. Menjelang akhir 2016, China Southern Airlines menghentikan penerbangan sewa ke Melaka.

Lapangan terbang itu juga digunakan sebagai pangkalan Akademi Penerbangan Malaysia (MFA), yang telah beroperasi di luar lapangan terbang sejak 1987.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata beliau telah berbincang dengan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai di Putrajaya pada 29 Jun 2016 untuk potensi menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka sebagai sebuah terminal kos rendah. Fernandes berkata AirAsia mahu menggunakan lapangan terbang Melaka tetapi tidak dapat meyakinkan MAHB untuk membenarkan AirAsia menggunakan lapangan terbang itu.[6]

AirAsia menandakan ketibaan penerbangan sulungnya dari Pulau Pinang ke negeri bersejarah Melaka pada 1 Julai 2019.[7]

pada bulan Mac 2024, ada diumumkan oleh pihak Dewan Undangan Negeri Melaka, bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), akan menyambung semula kesemua operasi penerbangan domestik dan antarabangsa bermula Mei 2024 [8].

 
New terminal entrance

Terminal Baharu sunting

Pembinaan terminal baru dimulakan pada 1 April 2006. Landasan itu dinaik taraf daripada 1,372 m × 37 m (4,501 ka × 121 ka), ke 2,045 m × 45 m (6,709 ka × 148 ka) dan kini 2,135 m × 45 m (7,005 ka × 148 ka), membenarkan pesawat Boeing 737 dan Airbus A320 berlepas. Kompleks terminal telah digantikan dengan terminal yang baharu 7,000 m2 (75,000 ka2) dilengkapi dengan kemudahan bertaraf antarabangsa. menara kawalan telah diganti dan dilengkapi dengan peranti aeronautik canggih. Kedua-dua hujung landasan kini mengandungi kemudahan untuk memandu pendaratan malam dan lebih menjamin keselamatan dalam keadaan cuaca buruk.

Pada Mei 2009, terminal baharu itu dibuka secara rasmi. Terminal baharu itu boleh mengendalikan 1.5 juta penumpang setiap tahun berbanding 30,000 terminal lama. Lapangan terbang itu telah dilawati oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Februari 2010. Dalam lawatannya, beliau secara rasmi menukar nama lapangan terbang itu Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka.

Layout Terminal sunting

Lapangan terbang Antarabangsa Melaka mempunyai terminal satu tingkat, dengan susunan 'terus melalui'. Penumpang domestik boleh berjalan terus ke pengambilan bagasi. Penumpang antarabangsa diarahkan melalui Imigresen sebelum mengambil bagasi penumpang dan melengkapkan formaliti Kastam.

dan Tiada jambatan udara (Aerobridge), yang tersedia di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka.[9]

Syarikat Penerbangan dan destinasi sunting

Penumpang sunting

PenerbanganDestinasiRujukan
Batik Air Malaysia Pekanbaru, Pulau Pinang [10]
Wings Air Pekanbaru [11]

Pengangkutan sunting

Perkhidmatan Pengangkutan hantar jemput yang secara langsung, hanya dijalankan oleh Perkhidmatan Teksi, untuk Penumpang, Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka.[12]

Teksi sunting

khusus untuk Teksi bermeter ia tidak tersedia di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, dan kupon teksi dapat dibeli dari kaunter di hadapan Pintu Ketibaan, di sebelah Pintu 4.[13]

Rujukan sunting

http://www.beritasemasa.com.my/lapangan-terbang-antarabangsa-melaka-ltam Diarkibkan 2016-04-06 di Wayback Machine
  1. ^ Malacca International Airport at Malaysia Airports Holdings Berhad
  2. ^ WMKM – MALACCA at Department of Civil Aviation Malaysia
  3. ^ "Malacca CM in bid to save airport tower", The Star, 30 August 2007
  4. ^ "Air Asia di Melaka", "Mohd Ali Rustam's blog", 28 August 2008
  5. ^ Murali, R S. N. (2014-11-09). "Expansion for Malacca airport". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-11-21.
  6. ^ "AirAsia to invest RM20mil to promote klia2".
  7. ^ "AirAsia welcomes inaugural flight to Malacca".
  8. ^ RSN MURALI (6 Mac 2024). "Flights to soon resume at Melaka International Airport, says exco". www.msn.com (dalam bahasa Inggeris). Microsoft Start News. Dicapai pada 6 Mac 2024. State tourism, heritage, art and culture committee chairman Datuk Abdul Razak Abdul Rahman said a direct flight from China is expected to make its debut while the airport would cater for more regional shuttle air services.
  9. ^ https://economytraveller.com/malacca-airport-melaka-a-quick-look/
  10. ^ "Two flights from Melaka International Airport to resume from Sept 12". prn.bernama.com/melaka/index.php (dalam bahasa Inggeris). prn.bernama.com (Malaysia). 3 September 2022. Dicapai pada 4 September 2022.
  11. ^ FIQA JAMAL (15 Mei 2023). "Wings Air mendarat di LTAM, tawar penerbangan Melaka-Pekanbaru". www.melakahariini.my. Melaka Hari Ini (Malaysia). Dicapai pada 16 Mei 2023. Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, Wings Air telah memperkenalkan laluan penerbangan daripada Melaka ke Pekanbaru melalui LTAM setiap hari bermula hari ini.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  12. ^ https://economytraveller.com/malacca-airport-melaka-a-quick-look/
  13. ^ https://economytraveller.com/malacca-airport-melaka-a-quick-look/

Pautan luar sunting