Lara Aishah merupakan sebuah drama lipurlara yang diarahkan oleh Riza Baharudin terbitan Global Station Sdn. Bhd. yang disiarkan bermula 29 Ogos 2016 di Astro Prima[1] bagi mengisi Slot Tiara di Astro Prima. Drama ini adalah drama diadaptasi daripada telenovela Mexico, La Loba (Fierce Angel)

Lara Aishah
GenreDrama
Melodrama
Keluarga
Dendam
Cinta
Berdasarkan daripada
Diadaptasi dari telenovela Mexico, La Loba terbitan TV Azteca.
PengarahMuhammad Riza Baharudin
Dibintangi oleh
Fasha Sandha
Nazim Othman
Jasmin Hamid
Eizlan Yusof
Dian P. Ramlee
Lagu pembukaan"Dirgahayu" oleh Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir
Lagu penutup"Dirgahayu" oleh Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod100
Penerbitan
Penerbit eksekutifZetty Adilla Dato' Ramly
Zetty Alia Dato' Ramly
PenerbitDato' Zaiton Mohd Jiwa
Tempoh siaranIsnin - Jumaat, 6 petang.
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn. Bhd.
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima & Astro Maya HD
Siaran asal29 Ogos 2016 – 13 Januari 2017
Kronologi
MengikutiRumi & Jawi
Diikuti olehPapa Ricky

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang dua wanita iaitu Aishah (Fasha Sandha) yang berjuang untuk menyelamatkan pasar tempatan dari dirobohkan oleh sebuah korporasi hanya untuk jatuh cinta dengan pewaris korporasi tersebut, dan kisah Zurin (Jasmin Hamid), seorang ibu yang dipenjarakan selama 27 tahun dan ingin mencari anak kandungnya yang telah diculik semasa kecil.

Zurin telah dituduh dan dipenjara di luar negara atas kesalahan yang tidak dilakukannya hasil konspirasi Cik Puan Marina (Dian P. Ramlee), bekas ibu mertuanya sendiri yang marahkan anaknya Dato’ Nazri (Dato’ Eizlan Yusof) kerana telah berkahwin dengan wanita daripada keluarga miskin. Setelah 27 tahun Zurin bakal dilepaskan, dia mendapat tahu bahawa anaknya sebenarnya masih hidup. Bermulalah hidup Zurin mencari anak kandungnya dan membalas dendam kepada keluarga Dato’ Nazri atas dosa mereka.

Aishah ialah seorang gadis yang baik dan dibesarkan oleh Muiz (Fadil Dani), di persekitaran yang serba kekurangan. Dia bekerja di pasar dan terkenal dengan sifat panas baran. Pada suatu hari berita tentang tanah pasar yang bakal diambil semula oleh pemilik telah membuatkan Aishah bertekak lidah dengan Dato’ Nazri, anak kepada pemilik tanah tersebut.

Pertembungan mereka juga menemukan Aishah dengan Iskandar (Nazim Othman), waris keluarga Dato’ Nazri yang menipu Aishah, menyatakan yang dia hanya merupakan seorang mekanik yang miskin lalu membawa kepada hubungan romantik Aishah dan Iskandar. Dalam masa yang sama, Cik Puan Marina ingin Iskandar berkahwin dengan Felisha (Sasqia Dahuri) dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memusnahkan Aishah. Kehadiran Zack (Shah Jaszle) yang merupakan bekas kekasih Aishah juga merumitkan lagi keadaan.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon sokongan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Lara Aishah mCentralMY.com. Dicapai pada 30 Mac 2023.