Laudya Cynthia Bella

pelakon dan penyanyi

Laudya Cynthia Bella (lahir pada 24 Februari 1988) ataupun dirujuk secara tidak formal sebagai Laudya Chintya Bella biasanya dipanggil Bella merupakan seorang bintang sinetron, pelakon dan penyanyi Indonesia. Beliau pernah berlakon di filem dan sinetron terkenal seperti Virgin, Lentera Merah. Sinetron terkenalnya yang pernah dibintanginya ialah Senandung Masa Puber dan Juragan Jengkol. Beliau juga berbakat dalam bidang muzik apabila bergiat aktif bersama kumpulan vokal asuhan Melly Goeslaw, Bukan Bintang Biasa bersama Raffi Ahmad, Chelsea Olivia Wijaya, Dimas Beck, dan Ayushita.

Laudya Chintya Bella
Kelahiran
Laudya Cynthia Bella

(1988-02-24) 24 Februari 1988 (umur 36)
Nama lainBella
PekerjaanPenyanyi, pelakon, model
Tahun aktif2002 - kini
PasanganEngku Emran Engku Zainal Abidin (k. 2017- c. 2020)

Kehidupan peribadi sunting

Bella berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin (bekas COO Suria FM) yang juga bekas suami penyanyi Erra Fazira pada September 2017.[1]

Desas-desus perceraian Bella dan Emran mula merebak sejak awal 2020, dengan dihapusnya semua foto-foto dengan Emran di akuan Instagram peribadinya. Pada Julai 2020, Bella akhirnya mengakui telah bercerai dari Emran secara baik-baik.[2]

Kerjaya sunting

Bella bekerja sebagai model sebelum beralih ke bidang lakonan. Beliau telah dipilih sebagai finalis majalah Kawanku pada tahun 2002. Beliau memainkan watak Biyan dalam filem Perawan (2004), yang mana beliau telah dicalonkan untuk Pelakon Utama Terbaik di Festival Filem Indonesia 2005 dan memenangi anugerah "Peranan Utama Wanita Terbaik" di Festival Film Bandung 2005.[3]

Pada tahun 2006, Bella menyertai kumpulan vokal Melly Goeslaw, BBB (Bukan Bintang Biasa), bersama-sama dengan Raffi Ahmad, Chelsea Olivia Wijaya, Dimas Beck, dan Ayushita. BBB muncul dalam filem Bukan Bintang Biasa, Lasja Fauzia. Pada tahun yang sama, Bella mempunyai peranan kameo dlaam filem Berbagi Suami dan memegang watak Risa Apriliyanti dalam filem seram, Lentera Merah. Beliau juga muncul dalam drama lipur lara Jurangan Jengkol, yang mana beliau memenangi Anugerah SCTV 2006.[3]

Pada tahun 2011, Bella muncul dalam filem adaptasi novel karya sasterawan Indonesia, Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Hamka, Di Bawah Lindungan Ka'bah, yang mana beliau memenangi anugerah "Pelakon Utama terbaik" di Anugerah e-Guardians 2012 dan telah dicalonkan untuk "Peranan Utama Wanita Terbaik" pada di Festival Film Bandung 2012.

Pada tahun 2013, Bella membintangi filem seram, Belenggu, yang mana beliau memenangi anugerah "Pelakon Kegemaran" pada Anugerah Filem Indonesia 2013.[4] Beliau telah dicalonkan untuk Pelakon Utama terbaik di Festival Filem Indonesia 2013 dan dicalonkan untuk "Pelakon Wanita Terbaik" pada Anugerah Filem Indonesia 2013.

Pada tahun 2014, Bella membintangi drama Haji Backpacker. Filem ini mengikuti watak utama kerana beliau merantau ke Mekah untuk mengerjakan Haji. Ia telah difilemkan di sembilan buah negara: Indonesia, Thailand, Vietnam, China, India, Tibet, Nepal, Iran, dan Arab Saudi. Beliau menerima pencalonan untuk "Most Riveting Role" di Anugerah Maya 2014.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Filem Peranan Keterangan
2004 Virgin Biyan
2006 Berbagi Suami Istri Keempat
2006 Lentera Merah Risa Apriliyanti
2007 Bukan Bintang Biasa Bella
2008 Love Dinda
2008 Kuntilanak 3 Stella
2009 Suka Ma Suka Bella
2010 Gadis di Ruang Tunggu Hana
2011 Cowok Bikin Pusing Tasha
2011 Di Bawah Lindungan Ka'bah Zainab
2013 Belenggu Djenar
2014 Haji Backpacker Marbel
2014 Tak Kemal Maka Tak Sayang Putri
2014 Assalamualaikum Beijing Sekar
2015 Kakak Kirana
2015 Surga yang Tak Dirindukan Citra Arini
2016 Talak 3 Risa
2016 Aisyah: Biarkan Kami Bersaudara Aisyah
2017 Surga yang Tak Dirindukan 2 Citra Arini

Sinetron sunting

Tajuk
Senandung Masa Puber
Cinta Remaja
Kisah Sedih Di Hari Minggu
Cerita Si Angel
Cuek Tapi Cinta
Akulah Arjun
The Pakis 1
The Pakis 2
Virgin The Series
Juragan Jengkol
Pengen Jadi Bintang
Romantika Remaja
Legenda Indonesia Episode Bawang Merah Bawang Putih
Bunga
Cinta Bunga
Cinta Bunga 2
Tasbih Cinta
Amira
Cinta Nia
Kesetiaan Cinta

Diskografi sunting

Album
  • Let's Dance Together (Single 2006 Bersama Bukan Bintang Biasa (BBB))
  • Soundtrack Bukan Bintang Biasa (2007)

Anugerah dan pencapian sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2005 Indonesian Film Festival Best Leading Actress Virgin Tercalon
Festival Film Bandung Best Female Leading Role Menang
MTV Indonesia Movie Awards Most Rising Star Menang
2006 SCTV Awards Most Famous Actress Jurangan Jengkol Menang
ParFi Awards Favorite Younger Actress Film Laudya Cynthia Bella Menang
2008 Johnny Andrean Awards Best Hair Do for Actress Menang
SCTV Awards Most Famous Actress Cinta Bunga Tercalon
2009 Tercalon
2010 Insert! Awards Sexiest Female Celebrity of The Year Laudya Cynthia Bella Menang
SCTV Awards Most Famous Actress Kesetiaan Cinta Tercalon
2012 Festival Film Bandung Best Female Leading Role Di Bawah Lindungan Ka'bah Tercalon
Guardians e-Awards Best Leading Role Actress Menang
2013 Indonesian Film Festival Best Leading Actress Belenggu Tercalon
Indonesian Movie Awards Best Actress Tercalon
Favorite Actress Menang
Yahoo! OMG Awards Favorite Couple Laudya Cynthia Bella & Chico Jericho Tercalon
2014 Maya Awards Most Riveting Role Haji Backpacker Tercalon
Yahoo! Celebrity Awards Most Shocking Break Up Laudya Cynthia Bella & Chico Jericho Tercalon
2015 Indonesian Choice Awards Actress of the Year Laudya Cynthia Bella Tercalon
Festival Film Bandung Best Female Leading Role Surga Yang Tak Dirindukan Menang
Selebrita Awards Most Celeb Hijaber Laudya Cynthia Bella Menang
Silet Awards Razored Hits Maker Tercalon
Maya Awards Best Actress in a Leading Role Surga Yang Tak Dirindukan Tercalon
2016 Infotainment Awards Most Fashionable Hijaber Celebrity Laudya Cynthia Bella Tercalon
Indonesian Box Office Movie Awards Best Female Leading Role Surga Yang Tak Dirindukan Menang
Pop Awards Best Friend Pop Awards Laudya Cynthia Bella & Dimas Beck Tercalon
Female Pop Awards Laudya Cynthia Bella Tercalon
Socmed Awards Celeb Gram Hijaber Tercalon
Indonesian Choice Awards Actress of the Year Tercalon
Festival Film Bandung Best Female Leading Role Aisyah: Biarkan Kami Bersaudara Tercalon
Selebrita Awards Most Celeb Movie Star Laudya Cynthia Bella Tercalon
Indonesian Social Media Awards Female Celeb Instagram Menang

Rujukan sunting

  1. ^ https://celebrity.okezone.com/read/2018/01/12/33/1843864/harmonisnya-laudya-cynthia-bella-dan-engku-emran-saling-bajak-medsos
  2. ^ Laudya Chintya Bella Pisah Secara Baik-baik dengan Engku Emran
  3. ^ a b "Laudya Chintya Bella: Saat Gemuk, Laudya Cynthia Bella Bingung Dengan Hal Ini..." KapanLagi.com. Dicapai pada 26 November 2015.
  4. ^ (Indonesia) Bella won Favorite Lead Role Actress at 2013 Indonesia Movie Awards retrieved on 2013-05-27

Pautan luar sunting