Laut Aegia (Yunani: Αιγαίο Πέλαγος [Aigaío Pélagos] ; Turki: Ege Denizi, Adalar Denizi) merupakan sebahagian daripada Laut Mediterranean. Laut ini terletak di antara semenanjung Balkan dan Anatolia, iaitu antara tanah besar Yunani dan Turki. Ia bersambung kepada Laut Marmara dan Laut Hitam oleh selat-selat Dardanelles dan Bosporus.

Laut Aegia
Peta Laut Aegia
LokasiEropah
JenisLaut
Aliran keluar utamaLaut Mediterranean
Negara lembanganYunani dan Turki[1]

Penamaan sunting

Laut ini dinamakan memperingati Aegeus, bapa Theseus iaitu raja pengasas Athens.

Ada diceritakan bahawa Aegeus menyuruh Theseus dalam persediaan Theseus melawan Minotaur di Knossos agar mengibarkan layar putih jika Theseus berjaya menumpaskan raksasa tersebut. Thesus berjaya mengalahkan Minotaur namun terlupa arahan diberikan ayahnya, maka Aegeus menyangka Thesus terkorban dalam pertarungan lalu terjun membunuh diri ke dalam laut ini.[2]

Geografi sunting

Laut ini ialah telukan dalam Laut Mediterranean meliputi kawasan seluas 214,000 kilometer persegi (83,000 bt2) berjarak kira-kira 670 kilometer (420 bt) membujur dari barat ke timur dan 390 kilometer (240 bt) melintang utara ke selatan. Titik paling dalam laut ini sejauh 3,543 meter (11,624 ka), di suatu kedudukan timur dari Kriti.

Kepulauan Aegia terletak dalam perairan ini terdiri daripada beberapa gugusan:

Suhu dan iklim sunting

Iklim kawasan sekitar laut ini dominan Iklim Mediterranean (Pengelasan iklim Köppen: Csa) di mana musim panas kering sementara usim sejuk sederhana.

Berikut merupakan catatan kuasa iklim dirakam di kota-kota pesisiran sekitar rantau laut ini:

City Suhu purata (tinggi harian) Air hujan purata
Januari Julai Januari Julai
°C °F °C °F mm in hari mm in hari
Alexandroupoli 8.4 47.1 30.1 86.2 60.4 2.38 6.8 17.6 0.69 2.5
Bodrum 15.1 59.2 34.2 93.6 134.1 5.28 12.3 1.3 0.05 1.5
Heraklion 15.2 59.4 28.6 83.5 91.5 3.6 10.1 1.0 0.04 0.1
Izmir 12.4 54.3 33.2 91.8 132.7 5.22 12.6 1.7 0.07 0.4
Thessaloniki 9.3 48.7 32.5 90.5 35.2 1.39 8.8 27.3 1.07 3.8
Source: World Meteorological Organization,[3] Turkish State Meteorological Service[4]


Rujukan sunting

  1. ^ DRAINAGE BASIN OF THE MEDITERRANEAN SEA, UNECE http://www.unece.org/fileadmin/DAM/env/water/blanks/assessment/mediterranean.pdf
  2. ^ Hyginus, Fabula 41, 43; Servius on the Aeneid 3.74. Scriptores rerum mythicarum Latini, ed. Bode, i. p. 117 (Second Vatican Mythographer 125).
  3. ^ "World Weather Information Service – Europe". worldweather.wmo.int. Dicapai pada 16 June 2019.
  4. ^ "Resmi İstatistikler: İllerimize Ait Genel İstatistik Verileri" (in Turkish). Turkish State Meteorological Service. Retrieved 4 May 2019.