Laut Amundsen, ialah bahagian pada Lautan Selatan dari Dataran Marie Byrd di barat Antartika yang terletak di antara Tanjung Flying Fish (hujung barat laut Pulau Thurston) di sebelah timur dan Tanjung Dart di Pulau Siple di sebelah barat. Tanjung Flying Fish menandakan sempadan antara Laut Amundsen dan Laut Bellingshausen. Di sebelah barat Tanjung Dart, tidak ada lautan ternama di Lautan Selatan di antara Amundsen dan Laut Ross. Penjelajahan pihak Norway pada tahun 1928-1929 di bawah Kapten Nils Larsen menamakan badan air ini sempena penjelajah kutub Norway Roald Amundsen ketika menjelajah kawasan ini pada bulan Februari 1929.[1]

Kawasan Laut Amundsen.

Laut Amundsen kebanyakannya diliputi ais, dan Lidah Ais Thwaites menonjol ke dalamnya. Lapisan ais yang mengalir ke Laut Amundsen rata-rata setebal sekitar 3 km dengan ukuran sebesar negeri Texas. Kawasan ini dikenali sebagai Amundsen Sea Embayment (ASE); kawasan ini membentuk salah satu daripada tiga lembangan saliran ais utama Lembaran Ais Antartika Barat.

Rujukan sunting

  1. ^ "Amundsen Sea". Geographic Names Information System. United States Geological Survey. Dicapai pada 23 Oktober 2011.