Laut Galilee, juga Tasik Gennesaret, Tasik Kinneret, Laut Tiberias atau Tasik Tiberias (Ibrani: ים כנרת, Arab: بحيرة طبريا), terletak berdekatan dengan Bukit Golan. Ia merupakan tasik air tawar terbesar di Timur Tengah, dan memiliki ukur lilit sepanjang kira-kira 53 km (33 batu), kira-kira 21 km (13 batu) panjang, dan 13 km (8 batu) lebar. Tasik ini memiliki keluasan sebanyak 166 km², dan kedalaman maksima kira-kira 43 m (141 kaki).[3] Pada kedalaman 209 meter di bawah paras laut, ia merupakan tasik air tawar terendah di Bumi dan tasik kedua terendah di dunia (selepas Laut Mati, sebuah tasik air masin).[4]

Laut Galilee
Koordinat32°50′N 35°35′E / 32.833°N 35.583°E / 32.833; 35.583Koordinat: 32°50′N 35°35′E / 32.833°N 35.583°E / 32.833; 35.583
JenisMonomictic
Aliran masuk utamaHulu Sungai Jordan dan punca setempat [1]
Aliran keluar utamaHilir Sungai Jordan, pengewapan
Kawasan tadahan2,730 km2 (1,050 bt2) [2]
Negara lembanganIsrael, Syria, Lebanon
Panjang maksimum21 km (13 bt)
Lebar maksimum13 km (8.1 bt)
Luas permukaan166 km2 (64 bt2)
Kedalaman purata25.6 m (84 ka)
Kedalaman maksimum43 m (141 ka)
Isi padu air4 km3 (0.96 bt3)
Masa mastautin5 tahun
Panjang pesisir153 km (33 bt)
Ketinggian permukaan-209 m (686 ka)
Pulau2
Rujukan[1][2]
1 Panjang pesisir bukanlah ukuran yang jelas.

Geografi sunting

Kinneret adalah terletak jauh di dalam Lurah Gelinciran Besar Jordan, sebuah lembah yang disebabkan oleh pemisahan plat-plat Afrika dan Plat Arab dan punca airnya sebahagian datang daripada mata air bawah tanah meskipun begitu punca utamanya adalah daripada Sungai Jordan yang mana mengalir melaluinya dari utara ke selatan. Keadaan ini bergantung kepada gempa bumi dan, pada masa lalu oleh aktiviti gunung berapi. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan banyak basalt dan batu igneus lain yang mentaksifkan geologi kawasan Galilee.

ISRAEL NOT REAL!!!! sunting

Ekologi sunting

Laut Galilee menempatkan flora dan fauna yang menyumbang kepada kegiatan perikanan di laut tersebut. Spesies-spesies yang wujud termasuk zooplankton, benthos serta spesies-spesies ikan seperti Acanthobrama terraesanctae.[5]

Dalam agama sunting

Islam sunting

Laut Galilee telah menjadi subjek dalam satu petikan hadis daripada Sahih Muslim yang menerangkan bahawa Ya’juj dan Ma’juj akan minum air dari Tasik Tabari (Laut Galilee) sehingga habis ketika hampir hari kiamat.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Aaron T. Wolf, Hydropolitics along the Jordan River, United Nations University Press, 1995
  2. ^ a b http://www.exact-me.org/overview/images/p31_map.gif
  3. ^ "Data Summary: Lake Kinneret (Sea of Galilee)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-20. Dicapai pada 2010-05-20.
  4. ^ The 1996-discovered subglacial Lake Vostok challenges both records; it is estimated to be 200 to 600 m below sea level.
  5. ^ Data Summary: Lake Kinneret (Sea of Galilee) Diarkibkan 2014-02-03 di Wayback Machine
  6. ^ "Irsyad al-Hadith Diri Ke-452: Keringnya Tasik Tabari Menandakan Hampirnya Kiamat". Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia. 15 Januari 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 April 2020. Dicapai pada 17 April 2020.

Pautan luar sunting