Lebuhraya Butterworth–Kulim

(Dilencongkan dari Lebuhraya Butterworth-Kulim)

Lebuhraya Butterworth-Kulim, BKE E15 adalah sebuah lebuh raya yang ada 2 tol, paling pendek dan penting di Malaysia bagi orang Kulim dan Lunas ke Butterworth dan Pulau Pinang. Ia menghubungkan antara Butterworth, Pulau Pinang di sebelah barat serta Kulim, Kedah di sebelah timur dan sempadan negeri Kedah Darul Aman. Ia merupakan laluan utama ke Lebuhraya Timur-Barat (Laluan Persekutuan melalui Baling, Kedah dan Gerik, Perak dari Butterworth dan Pulau Pinang.

Lebuhraya E15
Lebuhraya Butterworth-Kulim
Maklumat laluan
Diselenggara oleh PLUS Expressway Berhad dan Konsortium Lebuhraya Butterworth-Kulim (KLBK) Sdn Bhd
Panjang17.0 km (10.6 mi)
Wujud1994–kini
SejarahSiap pada tahun 1996, dibuka pada 15 November 1996
Simpang utama
Hujung baratSeberang Jaya, Pulau Pinang
Persimpangan utamaE17 Jalan Lingkaran Luar Butterworth
E1 Tabliczka AH2.svg AH2 Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara
Laluan Persekutuan 136
Jalan Kulim Hi-Tech
Laluan Persekutuan 67
Hujung timurLunas, Kedah
Lokasi
Destinasi
utama
Butterworth, Seberang Jaya, Prai, Permatang Pauh, Lunas, Kulim, Baling
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

90 peratus lebuh raya ini adalah melalui kawasan negeri Pulau Pinang. Di sempadan Kedah adalah sambungan plaza tol Lunas dan jambatan sungai sahaja bagi menghubung ke bandar Kulim. Laluan alternatif LBK dari dan ke Kulim ini juga boleh melalui Jalan Mengkuang dan Jalan Ara Kuda. Terdapat 2 tol perlu dibayar sepanjang LBK ini.

Sejarah sunting

Pembinaan BKE baru bermula pada Disember 1994 dan tamat pada September 1996. Hal ini demikian kerana kenderaan di Bandar Bukit Mertajam telah semakin bertambah banyak terutamanya kawasan menuju ke Butterworth. Jadi, sebuah lebuh raya kena dibuat dekat Butterwowth sampai ke Kulim, Sungai Lembu, dan Lunas.

Kadar tol BKE ini tidak dijangka naik pada masa sekarang sebab bayaran tol di BKE ini adalah tinggi.

Konsortium Lebuhraya Butterworth-Kulim (KLBK) Sdn Bhd, anak syarikat PLUS Expressway Berhad ("PLUS Expressways") telah diberikan konsesi serta kontrak membina dan mengendalikan lebih raya kembar empat lorong dengan lorong motosikal serta kemudahan berkaitan bagi lebuh raya sepanjang 16.78 km. Tempoh konsesi adalah selama 32 tahun (Jun 1994 hingga Jun 2026, termasuk 2 tahun tempoh pembinaan), di mana selepas itu lebuh raya berkenaan akan diserahkan kepada kerajaan persekutuan.

Ciri-ciri sunting

  • Had laju sederhana 90 km/j
  • Lebuh raya kembar 4 lorong
  • Telefon kecemasan
  • Lorong kecemasan

Kadar tol sunting

Plaza tol Lunas sunting

Kelas Jenis kenderaan Kadar dalam Ringgit Malaysia (RM))
1 Kenderaan dengan 2 gandar dan 3 atau 4 roda kecuali teksi RM 1.60
2 Kenderaan dengan 2 gandar dan 5 atau 6 roda kecuali bas RM 3.20
3 Kenderaan dengan 3 gandar atau lebih RM 4.80
4 Teksi RM 0.80
5 Bas RM 1.60

Plaza tol Kubang Semang sunting

Kelas Jenis kenderaan Kadar dalam Ringgit Malaysia (RM))
1 Kenderaan dengan 2 gandar dan 3 atau 4 roda kecuali teksi RM 1.60
2 Kenderaan dengan 2 gandar dan 5 atau 6 roda kecuali bas RM 3.20
3 Kenderaan dengan 3 gandar atau lebih RM 4.80
4 Teksi RM 0.80
5 Bas RM 1.60

Pautan luar sunting