Lebuhraya Skudai atau juga dikenali sebagai Lebuhraya Senai atau Jalan Skudai adalah sebuah lebuhraya capaian separa sejauh 27.3 km dari Senai ke Tambak Johor. Lebuhraya ini merupakan sebahagian daripada Laluan Persekutuan serta menjadi sebahagian daripada jaringan lebuh raya di Johor Bahru.

Laluan Persekutuan 1
Lebuhraya Skudai
Simpang utama
Hujung utaraSenai
Persimpangan utamaE3 Laluan Kedua Malaysia-Singapura
Lebuhraya Lapangan Terbang Senai
E2 Tabliczka AH2.svg AH2 Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan
Lebuhraya Skudai-Pontian
Lebuhraya Pasir Gudang
J1 Lebuhraya Pesisir Pantai Iskandar
Jalan Lingkaran Dalam
Tabliczka AH18.svg AH18 Lebuhraya Tebrau
Hujung selatanJohor Bahru
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri


Dibuka pada lalu lintas pada tahun 1985, Lebuhraya Skudai pada asalnya merupakan sebuhraya bertol sehingga Mac 2004 apabila Kerajaan Persekutuan menambil keputusan untuk memansuhkan kutipan tol di Plaza Tol Senai. Sebelum ini, konsesi bagi lebuh raya ini dipegang oleh Plus Expressway Berhad Diarkibkan 2018-12-08 di Wayback Machine sebagai sebahagian daripada projek Lebuhraya Utara Selatan. Kini, hanya Plaza Tol Tambak Johor sahaja yang beroperasi bagi pengguna lebuh raya dari Singapura dan lebuh raya tersebut diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya.

Lebuhraya Skudai pada asalnya merupada lebuh raya 4 lorong (2 lorong bagi setiap arah) tetapi bahagian dari Bandar Baru Uda ke Skudai telah dilebarkan kepada 6 lorong pada tahun 2001 untuk membolehkan lebuh raya tersebut menampung kapasiti trafik yang semakin meningkat.

Pemandangan di Lebuhraya Skudai yang melalui Pekan Senai.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting