YB Senator Dato' Lee Chee Leong merupakan bekas Ahli Parlimen Kampar, Negeri Perak dari Barisan Nasional. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari DAP, Keong Meng Sing dengan majoriti sebanyak 2,697 undi. Beliau memperolehi 20,126 undi berbanding lawan beliau memperolehi hanya 17,429 undi.[1]

Yang Berbahagia Dato'

Lee Chee Leong

DPMP (Perak)
Timbalan Menteri Kewangan II
Dalam jawatan
16 Ogos 2016 – 9 Mei 2018
Didahului olehChua Tee Yong
Digantikan olehAmiruddin Hamzah
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P70 Kampar, Perak
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 2013
Didahului olehTan Sri Hew See Tong (BN)
Digantikan olehKo Chung Sen
Majoriti2,697
Ahli Dewan Negeri Perak
untuk Tanjong Tualang
Dalam jawatan
1990–1995
Didahului olehNgan Siong Hing @ Ngan Siong Eng
Digantikan olehKonstituensi dibubarkan
Butiran peribadi
Lahir (1957-10-22) 22 Oktober 1957 (umur 66)
Ipoh, Perak
Parti politik BN-MCA (1990-Kini)
PasanganDatin Karen Lee Sieng Shuen
Anak-anak4
PekerjaanAhli politik

Beliau pernah dilantik sebagai Senator dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan II pada 2016 menggantikan Chua Tee Yong yang berpindah portfolio.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Maklumat calon Parlimen Kampar
  2. ^ "Carta organisasi Kementerian Kewangan Malaysia" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-08-27. Dicapai pada 2018-08-08.