Lee Zii Jia

pemain badminton Malaysia

Lee Zii Jia (Cina ringkas: 李梓嘉pinyin: Lǐ ZǐjiāPe̍h-ōe-jī: Lí Chú-ka, lahir 29 Mac 1998) merupakan seorang pemain badminton profesional Malaysia. Pada 2019, beliau telah menjuarai acara badminton perseorangan lelaki di Sukan Asia Tenggara 2019. Pencapaian terbaik beliau adalah memenangi Seluruh England 2021. Beliau juga merupakan sabahagian dari skuad kebangsaan Malaysia yang meraih emas di Kejohanan Berpasukan Asia 2022 dan gangsa di Piala Sudirman 2021.

Lee Zii Jia
李梓嘉 (Pe̍h-ōe-jī: Lí Chú-ka)
Maklumat peribadi
Negara Malaysia
Lahir (1998-03-29) 29 Mac 1998 (umur 26)
Alor Setar, Kedah, Malaysia
Tempat tinggalBukit Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia
Tinggi1.86 m (6 ka 1 in)[1]
Berat78 kg (172 lb)
Tahun aktif2016-kini
Cakat tanganKanan[1]
JurulatihWong Tat Meng[2]
Perseorangan lelaki
Rekod karier264 menang, 124 kalah
Ranking tertinggi2 (25 Oktober 2022)
Ranking semasa10 (12 Mac 2024)
Rekod pingat
Badminton lelaki
Mewakili  Malaysia
Piala Sudirman
Pingat gangsa – tempat ketiga Vantaa 2021 Pasukan
Kejohanan Asia
Pingat emas – tempat pertama Manila 2022 Perseorangan lelaki
Kejohanan Berpasukan Asia
Pingat emas – tempat pertama Selangor 2022 Berpasukan lelaki
Pingat perak – tempat kedua Manila 2020 Berpasukan lelaki
Pingat gangsa – tempat ketiga Alor Setar 2018 Berpasukan lelaki
Sukan Asia Tenggara
Pingat emas – tempat pertama Filipina 2019 Perseorangan lelaki
Pingat perak – tempat kedua Kuala Lumpur 2017 Berpasukan lelaki
Pingat perak – tempat kedua Filipina 2019 Berpasukan lelaki
Kejohanan Remaja Dunia
Pingat perak – tempat kedua Bilbao 2016 Pasukan
Pingat gangsa – tempat ketiga Bilbao 2016 Perseorangan lelaki
Profil BWF

Kehidupan awal sunting

Lee Zii Jia ialah anak kepada Lee Chee Hin dan Leow Siet Peng, guru dan bekas pemain bola keranjang antarabangsa.[3] Zii Jia mula berminat bermain badminton sejak awal berumur 5 tahun. Pada awal persekolahannya, Lee bersekolah SJKC Keat Hwa di Alor Setar, Kedah. Hasil daripada pencapaian cemerlang dalam pertandingan badminton bawah umur 12 tahun, beliau telah menyambungkan pelajarannya di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Pada 2015, beliau berjaya memenangi Kejohanan Badminton Tebuka Remaja di negeri Perak dan Selangor. Pencapaian seterusnya membawa beliau terpilih untuk melayakkan diri ke Persatuan Badminton Malaysia.

Kerjaya sunting

2016 sunting

Pada November 2016, Zii Jia memenangi pingat gangsa di Kejohanan Badminton Remaja acara perseorangan lelaki selepas tewas kepada Chico Aura Dwi Wardoyo di peringkar separuh akhir. Pada bulan yang sama, beliau melayakkan diri ke peringkat akhir di Siri Antarabangsa India.

2017 sunting

Pada Februari 2017, Zii Jia berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Kejohanan Badminton Thailand Master dan akhirnya tewas kepada Kantaphon Wangcharoen dari Thailand. Pada September 2017, Zii Jia berjaya menjuarai Kejohanan Badminton pertama di Antarabangsa Poland. Seterusnya, Zii Jia juga melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Bitburger[4]

2018 sunting

Pada Oktober 2018, Zii Jia berjaya mara peringkat akhir Kejohanan Badminton Terbuka Cina Taipei 2018 selepas memenangi lawannya iaitu ranking dunia no. 4, Chou Tien-chen di separuh akhir. Beliau menang menentang Riichi Takeshita di peringkat akhir dan berjaya menjadi juara.[5][6]

2019 sunting

Pada Ogos 2019, beliau sekali lagi melayakkan diri ke peringkat separuh akhir di Kejohanan Badminton Terbuka Thailand 2019, namun tewas kepada Chou Tien-chen. Zii Jia seterusnya layakkan diri untuk menyertai Kejohanan Dunia BWF 2019 di Basel, Switzerland, tetapi tewas ranking pertama dunia Kento Momota dari Jepun di peringkat suku akhir.[7] Pencapaian beliau meningkatkan rangking dunia BWF Zii Jia mencatat no.11 pada 12 November 2019. Pada bulan Disember, beliau berjaya memenangi pingat emas acara perseorangan lelaki badminton di temasya Sukan Asia Tenggara 2019,[8] dan juga memungut pingat perak acara lelaki berpasukan.[9]

2020 sunting

Pada awal 2020, Zii Jia menyertai Kejohanan Terbuka Badminton di Malaysia, Indonesia dan Thailand di mana pencapaian terbaiknya ialah peringkat separuh akhir di Malaysia. Beliau tewas kepada Kento Momota dari Jepun pada Kejohanan Badminton terbuka Malaysia.[10] Pada bulan Februari, beliau mengetuai pasukan badminton Malaysia dan berjaya memenangi pingat perak di Kejohanan Badminton Asia Berpasukan.[11] Pada peringkat akhir Kejohanan Badminton Asia Berpasukan, beliau tewas kepada Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia.

Kemudian pada bulan Mac, oleh sebab tercetusnya pandemik COVID-19 di Eropah, Terbuka Jerman dibatalkan. Kejohanan Lee seterusnya adalah All England Open, yang juga menjadi aksi pertamanya di kejohanan ini kerana kedudukannya sebelum ini terlalu rendah untuk melayakkan diri.[12][13] Beliau berjaya menewaskan Jonatan Christie, yang pernah menang dalam empat perlawanan sebelumnya serta Lu Guangzu dan juara Olimpik 2016, Chen Long. Pada peringkat separuh akhir, Zii Jia bertemu dengan Viktor Axelsen dan tewas kepada Victor. Perlawanan berlangsung selama 73 minit.[14][15] Pencapaian beliau telah meningkatkan kedudukan dunia BWF ke tangga ke-10 pada 17 Mac 2020.[16]

2021 sunting

Pada 21 Mac, Lee Zii Jia memenangi tempat pertama dalam Terbuka Seluruh England 2021 menewaskan Viktor Axelsen dengan markah 30-29, 20-22, 21-9. Beliau merampas kedudukan pertama dalam kejohanan ini yang dirangkul oleh Viktor Axelsen pada edisi 2020.[17].

2022 sunting

Meninggalkan BAM dan pelarangan bermain, juara Asia sunting

Pada Januari 2022, terdapat spekulasi bahawa Lee telah menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), dengan alasan beliau tidak berpuas hati dan gembira dengan persatuan itu.[18] Beliau akhirnya secara rasmi meletak jawatan pada 19 Januari, beralih menjadi pemain bebas.[19]

Sebagai tindak balas, Lee dilarang selama dua tahun daripada menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa yang memerlukan kelulusan BAM serta mana-mana kejohanan yang dibenarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).[20] Kejohanan tersebut termasuk Sukan AsiaSukan KomanwelSukan OlimpikPiala Thomas dan Kejohanan Dunia BWF.[21][22] Dengan orang ramai dan pemain antarabangsa bertindak balas negatif terhadap larangan itu, Lee kemukakan rayuan terhadap larangan itu pada 24 Januari 2022.[23] Larangan itu ditarik balik selepas Lee dan BAM bertemu pada 25 Januari 2022, dengan syarat masih belum didedahkan.[24]

Pada Mei, Lee memenangi gelaran pertamanya pada tahun ini di Kejohanan Badminton Asia 2022, mengalahkan pemain Indonesia Jonatan Christie 21-17, 23-21.[25] Lee menjadi pemain perseorangan lelaki Malaysia keenam memenangi gelaran Kejohanan Asia. Pada 22 Mei 2022, Lee menjuarai kejohanan Super 500 Jelajah Dunia BWF pertamanya pada Terbuka Thailand 2022, mengalahkan pemain China Li Shifeng dengan permainan tiga set 17–21, 21–11, 23–21 dalam masa 70 minit.[26]

Pada Jun, Lee menyertai 3 acara: Masters Indonesia, Terbuka Indonesia dan Terbuka Malaysia, acara tuan rumahnya.

Di Masters Indonesia, Lee, pilihan ke-5, tewas kepada pilihan ke-4 Anthony Sinisuka Ginting pada suku akhir dalam perlawanan tiga set, 21–18, 15–21, 16–21.[27]

Seminggu kemudian, Lee tewas kepada Viktor Axelsen, pemain nombor satu dunia di separuh akhir Terbuka Indonesia, dengan mata 21–19, 11–21, 21–23 dalam masa 70 minit.[28]

Pada akhir Jun, Lee mengambil bahagian dalam Terbuka Malaysia sebagai pilihan ke-5. Beliau secara mengejut tewas kepada pemain Indonesia Shesar Hiren Rhustavito di Pusingan 16 dalam perlawanan tiga set, 19–21, 21–19, 16–21 yang memakan masa sejam enam minit.[29]

Pencapaian sunting

Kejohanan Asia sunting

Perseorangan lelaki

Tahun Tempat Lawan Skor Keputusan
2022 Kompleks Sukan Muntinlupa, Metro Manila, Filipina   Jonatan Christie 21–17, 23–21   Emas

Sukan Asia Tenggara sunting

Perseorangan lelaki

Tahun Tempat Lawan Skor Pencapaian
2019 Kompleks Sukan Muntinlupa, Metro Manila, Filipina   Loh Kean Yew 21–18, 21–18   Emas

Kejohanan Remaja Dunia BWF sunting

Perseorangan lelaki

Tahun Tempat Lawan Markah Pencapaian
2016 Bilbao Arena, Bibao, Sepanyol   Chico Aura Dwi Wardoyo 19–21, 18–21   Gangsa

Jelajah Dunia BWF (3 gelaran, 3 naib juara) sunting

Jelajah Dunia BWF, yang diumumkan pada 19 Mac 2017 dan dilaksanakan pada 2018,[30] adalah satu siri kejohanan elit badminton yang disetujui oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Jelajah Dunia BWF dibahagikan kepada tahap Jelajah Akhir Dunia, Super 1000, Super 750, Super 500, Super 300 (sebahagian daripada Jelajah Dunia HSBC), dan Jelajah BWF Super 100.[31]

Perseorangan lelaki

Tahun Kejohanan Tahap Lawan Skor Keputusan
2018 Master Korea Super 300   Son Wan-ho 16–21, 11–21   Naib juara
2018 Terbuka Cina Taipei Super 300   Riichi Takeshita 21–17, 16–21, 21–11   Juara
2021 Seluruh England Super 1000   Viktor Axelsen 30–29, 20-22, 21-9[17]   Juara
2021 Terbuka Hylo Super 500   Loh Kean Yew 21–19, 13–21, 12–17 tarik diri   Naib juara
2022 Terbuka Thailand Super 500   Li Shifeng 17–21, 21–11, 23–21   Juara
2022 Terbuka Denmark Super 750   Shi Yuqi 18–21, 21–16, 12–21   Naib juara align="left" |

Terbuka Denmark | Super 750 | align="left" | 12-21, 6-21

Siri Antarabangsa BWF (1 gelaran, 1 naib juara) sunting

Perseorangan lelaki

Tahun Kejohanan Lawan Markah Pencapaian
2016 Siri Antarabangsa India   Lakshya Sen 13–11, 3–11, 6–11, 6–11   Naib juara
2017 Antarabangsa Poland   Soong Joo Ven 21–17, 21–16   Juara
     Cabaran Antarabangsa BWF
     Siri Antarabangsa BWF

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Lee Zii Jia". bam.org.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mei 2020. Dicapai pada 2 November 2021.
  2. ^ "Wong Tat Meng dilantik sebagai jurulatih Lee Zii Jia". Harian Metro. 23 Mei 2023. Dicapai pada 17 Mac 2024.
  3. ^ Fabian Peter (27 Disember 2020). "PMM2020: ZII JIA READY FOR A 'FRESH START' - CHOONG HANN". Persatuan Badminton Malaysia Malaysia. Dicapai pada 27 Januari 2020.
  4. ^ Fabian Peter (5 November 2017). "Bit off more than he could chew: Zii Jia slayed at Bitburger Open". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-21. Dicapai pada 8 November 2017.
  5. ^ Seng Foo (7 Oktober 2018). "Zii Jia wins maiden BWF World Tour title". Stadium Astro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-21. Dicapai pada 12 Oktober 2018.
  6. ^ "Malaysia's Zii Jia clinches Taiwan Open badminton title". Malay Mail. 7 Oktober 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-21. Dicapai pada 8 Oktober 2018.
  7. ^ "Lee Zii Jia, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying exit world badminton meet". www.malaymail.com. 23 Ogos 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-21. Dicapai pada 9 Disember 2019.
  8. ^ Tan, Ming Wai (9 Disember 2019). "Zii Jia bags badminton singles gold at SEA Games". www.thestar.com.my. The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-21. Dicapai pada 9 Disember 2019.
  9. ^ "Malaysia wins silver in badminton men's team event, loses 1-3 to Indonesia in gold medal match". www.thestar.com.my. The Star. 4 Disember 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-21. Dicapai pada 9 Disember 2019.
  10. ^ "Momota too good for Zii Jia". www.freemalaysiatoday.com. 12 Januari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-21. Dicapai pada 19 Februari 2020.
  11. ^ Paul, Rajes (17 Februari 2020). "June's august run". www.thestar.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-21. Dicapai pada 19 Februari 2020.
  12. ^ "Zii Jia feeling stressed ahead of All England". www.nst.com.my. 6 March 2020. Dicapai pada 18 March 2020.
  13. ^ "Zii Jia feeling stressed ahead of All England". www.nst.com.my. 6 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-21. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  14. ^ "Lee Zii Jia stuns Chen Long at All England Championship". timesofindia.indiatimes.com/. 14 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-21. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  15. ^ "Zii Jia's gallant run comes to an end in All-England semi-final defeat". www.thestar.com.my/. 14 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-21. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  16. ^ "Zii Jia breaks into top-10 for the first time". www.nst.com.my/. 17 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-21. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  17. ^ a b MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI (21 Mac 2021). "Zii Jia Juara All England". Kosmo. Dicapai pada 21 Mac 2021.
  18. ^ "Is Zii Jia at a crossroads in his badminton career?". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 Januari 2022.
  19. ^ Lee, Seng Foo. "Malaysia No.1 men's singles shuttler Zii Jia to leave BAM". www.stadiumastro.com. Dicapai pada 19 Januari 2022.
  20. ^ "Badminton: Malaysia's top star Lee Zii Jia banned after quitting national team | The Straits Times". www.straitstimes.com (dalam bahasa Inggeris). 21 Januari 2022. Dicapai pada 21 Januari 2022.
  21. ^ Anil, Nicholas (21 Januari 2022). "BAM not registering Zii Jia, Jin Wei for tournaments for two years". english.stadiumastro.com. Dicapai pada 21 Januari 2022.
  22. ^ "BAM ban Zii Jia and Jin Wei for two years". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-01-21.
  23. ^ "Malaysian badminton ace Lee Zii Jia appeals two-year ban, says association". CNA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Januari 2022.
  24. ^ "Malaysian badminton star Lee has ban lifted after 'heart-to-heart' meeting". South China Morning Post (dalam bahasa Inggeris). 25 Januari 2022. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  25. ^ "Zii Jia kini juara Asia". Berita Harian. 1 Mei 2022. Dicapai pada 9 Mei 2022.
  26. ^ "Zii Jia makes remarkable comeback to capture Thailand Open title". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-07-01.
  27. ^ "Indonesia Masters: Pearly-Thinaah into semis as Zii Jia and Co. crash out". english.stadiumastro.com. 2022-06-10. Dicapai pada 2022-07-01.
  28. ^ "Indonesia Open: Zii Jia loses to Viktor Axelsen in semi-finals". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). 2022-06-18. Dicapai pada 2022-07-01.
  29. ^ "Malaysian Open: Zii Jia loses to Indonesia's Shesar Hiren in second round". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-07-01.
  30. ^ Alleyne, Gayle (19 Mac 2017). "BWF Launches New Events Structure". Persekutuan Badminton Dunia (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2017. Dicapai pada 29 November 2017.
  31. ^ Sukumar, Dev (10 Januari 2018). "Action-Packed Season Ahead!". Persekutuan Badminton Dunia (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Januari 2018. Dicapai pada 15 Januari 2018.

Pautan luar sunting

Sukan Olimpik
Didahului oleh
Lee Chong Wei
Pembawa bendera untuk   Malaysia
Tokyo 2020
Diikuti oleh:
Penyandang