Angkatan Tentera Malaysia
Angkatan Tentera Malaysia
Tentera Darat Tentera Laut Tentera Udara
Pangkat Pegawai Angkatan Tentera
Fil Marsyal Laksamana Armada Marsyal TUDM
Jeneral Laksamana Jeneral TUDM
Leftenan Jeneral Laksamana Madya Leftenan Jeneral TUDM
Mejar Jeneral Laksamana Muda Mejar Jeneral TUDM
Brigedier Jeneral Laksamana Pertama Brigedier Jeneral TUDM
Kolonel Kepten Kolonel TUDM
Leftenan Kolonel Komander Leftenan Kolonel TUDM
Mejar Leftenan Komander Mejar TUDM
Kapten Leftenan Kapten TUDM
Leftenan Leftenan Madya Leftenan TUDM
Leftenan Muda Leftenan Muda Leftenan Muda TUDM
Pegawai Kadet Kanan
Kadet
Lain-lain Pangkat Angkatan Tentera
Pegawai Waran I Pegawai Waran I Pegawai Waran Udara I
Pegawai Waran II Pegawai Waran II Pegawai Waran Udara II
Staf Sarjan Bintara Kanan Flait Sarjan
Sarjan Bintara Muda Sarjan Udara
Koperal Laskar Kanan Koperal Udara
Lans Koperal Laskar Kelas I Laskar Udara Kanan
Prebet Laskar Kelas II Laskar Udara I
Prebet Laskar Muda Laskar Udara II
Perajurit Muda Perajurit Muda Perajurit Muda

Leftenan Muda (singkatan Lt M) merupakan pangkat tentera bagi pegawai bertauliah terbawah di dalam kebanyakan angkatan tentera terutamanya Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Perkataan leftenan diterbitkan daripada bahasa Perancis; lieu bermaksud "berada dalam" seperti satu kedudukan; dan tenant bermaksud "menyandang" seperti "menyandang kedudukan"; oleh itu "leftenan" adalah seseorang yang menyandang kedudukan sekiranya ketidak hadiran pegawai lebih kanan dari beliau.

Insignia Tentera Darat dan Tentera Laut Malaysia sunting

Pegawai tentera darat yang berpangkat Leftenan Muda memakai satu "paku" di epolet manakala Leftenan Muda TLDM memakai satu "balak" di epolet dan di pergelangan baju musim sejuk.

 
Leftenan Muda TDM
 
Leftenan Muda TLDM

Leftenan Kedua United Kingdom sunting

Leftenan Kedua
Second Lieutenant
 
 
Tanda pangkat
Tentera Darat
Tanda pangkat
Marin Diraja
Negara
 
United Kingdom
Cabang perkhidmatan   Tentera Darat Britain
 
Marin Diraja
Kumpulan pangkat Pegawai muda
Singkatan 2Lt
Persamaan
NATO
OF-1
Pangkat tinggi seterusnya

Leftenan

Pangkat rendah seterusnya

Pegawai Kadet

Persamaan pangkat tentera laut Midshipman (RN)
Persamaan pangkat tentera udara Pegawai Juruterbang (RAF)

Leftenan Kedua (Second lieutenant) ialah pangkat pegawai muda dalam banyak angkatan tentera. Pangkat pegawai paling rendah, ia biasanya berada di bawah Leftenan atau Leftenan Pertama. Pangkat leftenan kedua (2Lt) telah diperkenalkan oleh Tentera Darat British pada 1877 untuk menggantikan pangkat jangka pendek Leftenan Madya, walaupun ia telah lama digunakan dalam Artileri Diraja, Jurutera Diraja, Fusilier dan rejimen Raifal. Pada mulanya pangkat itu tidak mempunyai lencana yang jelas. Pada tahun 1902, satu bintang Bath telah diperkenalkan; pangkat leftenan dan kapten mempunyai bilangan bintang bertambah dari satu kepada dua dan kepada tiga. Pangkat ini juga digunakan oleh Marin Diraja.

Pegawai baru Tentera Darat British biasanya ditauliahkan sebagai second lieutenant pada akhir kursus pentauliahan di RMA Sandhurst, dan meneruskan latihan khusus dengan unit mereka. Kenaikkan pangkat lieutenant biasanya berlaku selepas setahun. Di dalam angkatan bersenjata British, second lieutenant ialah pangkat yang tidak digunakan sebagai bentuk panggilan. Sebaliknya seorang second lieutenant dinamakan, sebagai contoh, Smith adalah panggilan dan dirujuk sebagai Encik Smith, dengan pengecualian gelaran alternatif ensain (Pengawal Berjalan) dan kornet (dalam Pengawal Berkuda[1] dan Queen's Royal Hussars[2]) masih digunakan. Di dalam Royal Air Force, pangkat setanding ialah Pegawai Juruterbang manakala dalam Royal Navy ialah Midshipman.

Rujukan sunting

  1. ^ "The Household Cavalry Command Structure - Forms of Address". householdcavalry.info. Enasec Ltd. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 March 2016. Dicapai pada 18 November 2016. In The Blues And Royals, the most junior Officer rank (equivalent to 2nd Lieutenant) is known as "Cornet".
  2. ^ "The Armed Forces".