Lehman Brothers Holdings Inc. (/ˈlmən/) merupakan firma perkhidmatan kewangan yang diisytiharkan muflis pada 2008. Aktiviti firma ini ialah perbankan, pelaburan, ekuiti, penyelidikan dan dagangan, pengurusan pelaburan, ekuiti persendirian, dan perbankan persendirian. Ia beroperasi di Amerika Syarikat. Firma ini melibatkan Neuberger Berman Inc., Tejal Loan Services, Inc, SIB Morttgage Corporation, Lehman Brothers Bank, FSB, Eagle Energy Partners. Ibu pejabat terdapat di seluruh dunia seperti di New York, London dan Tokyo.

Lehman Brothers Holdings Inc.
Dinamakan sempenaHenry Lehman, Emanuel Lehman, Mayer Lehman Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahPerbankan pelaburan, perniagaan, syarikat awam Sunting ini di Wikidata
IndustriPerkhidmatan pelaburan
DitubuhkanMontgomery, Alabama, Amerika Syarikat (1850)
PengasasHenry Lehman
Emanuel Lehman
Mayer Lehman
DibubarkanNew York City, New York, Amerika Syarikat (2008)
NasibDibubarkan
PenggantiNomura Holdings dan Barclays
Ibu pejabatNew York City, New York, Amerika Syarikat
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh pentingRichard S. Fuld, Jr.
Bekas (Pengerusi) & (CEO)[1]
KeluaranPerkhidmatan kewangan
Pelaburan perbankan
Pengurusan pelaburan
Hasil AS$59.003 bilion (2007)
Pendapatan kendalian AS$6.013 bilion (2007)
Pendapatan bersih AS$6.7 bilion (2008)
Jumlah aset AS$691.063 bilion (2007)
Jumlah ekuiti AS$22.490 bilion (2007)
Bilangan kakitangan26,200 (2008)
Anak syarikatTrilantic Capital Partners Sunting ini di Wikidata
Tapak webLehman.com
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Ibu pejabat di New York City
Ibu pejabat di New York City pada 15 September 2008

Pada 1:45 pagi 15 September 2008, firma itu memfailkan tuntutan muflis di bawah Bab 11 Perlindungan Kemuflisan berikutan kehilangan besar-besaran kebanyakan pelanggannya, kerugian teruk dalam pasaran saham, dan penurunan nilai asetnya oleh agensi penarafan kredit. Notis kebangkrapan Lehman Brothers merupakan yang terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat, dan dianggap memainkan peranan utama dalam menyingkap krisis kewangan global lewat 2000-an. Pada hari berikutnya, Barclays mengumumkan perjanjian untuk membeli, tertakluk kepada kelulusan badan kawal selia,bahagian bank pelaburan dan bahagian perdagangan Lehman Brothers Amerika Utara bersama-sama dengan bangunan ibu pejabatnya di New York. Pada 20 September 2008,Hakim Mahkamah Kebangkrapan Amerika Syarikat, Hakim James M. Peck telah meluluskan perjanjian yang telah disemak semula itu. Minggu berikutnya,firma Nomura mengumumkan bahawa ia akan mengambil alih francais Lehman Brothers di rantau Asia Pasifik, termasuk di Jepun, Hong Kong dan Australia, serta sayap pelaburan dan ekuiti perniagaan Lehman Brothers di Eropah dan Timur Tengah. Perjanjian itu berkuatkuasa pada 13 Oktober 2008.

Sejarah sunting

Dibawah keluarga Lehman (1850–1969) sunting

 
Emanuel and Mayer Lehman

Pada tahun 1844, Henry Lehman,23, anak kepada seorang pedagang lembu berhijrah ke Amerika Syarikat dari Rimpar,Bavaria.Dia menetap di Montgomery,Alabama dimana dia membuka kedai barang-barang kering,"H. Lehman".Pada 1847,adiknya,Emanuel Lehman tiba di Amerika Syarikat dan firma ini bertukar nama kepada "H. Lehman and Bro." .Pada tahun 1850,firma ini sekali lagi bertukar nama kepada "Lehman Brothers" dengan ketibaan adiknya yang paling bongsu, Mayer Lehman.

Pada 1850-an,kapas merupakan komoditi paling penting di Amerika Syarikat.Mengambil kesempatan ke atas nilai pasaran kapas yang tinggi,mereka bertiga mula menerima kapas daripada pelanggan dalam sistem barter kedai mereka,yang seterusnya menjadi perniagaan kedua mereka.Dalam tempoh beberapa tahun,perniagaan kapas memainkan peranan utama dalam operasi Lehman Brothers.Selepas kematian Henry akibat demam kuning pada tahun 1855,Emanuel dan Mayer meneruskan operasi perniaagan mereka dengan memberi fokus kepada perniaagan komoditi.

Emanuel dan Mayer Lehman sunting

Sejak 1858, pusat dagangan kapas dipindahkan daripada selatan ke New York.Lehman membuka pejabat cawangannya yang pertama di Manhattan di 119 Jalan Liberty. Emanuel yang berumur 32 tahun pindah pada 1862 tetapi menghadapi kesukaran ekoran Perang Saudara Amerika.Membentuk kerjasama dengan saudagar kapas John Durr untuk membentuk Lehman, Durr & Co.Operasi dipindahkan ke New York City. Emanuel menduduki Lembaga Gobenor sehingga 1884.

Philip Lehman bersara pada 1925.Anak lelakinya Robert "Bobbie" Lehman mengambil alih jawatan pengerusi.Ketika inilah , syarikat itu menempuh krisis modal semasa Zaman Meleset 1929-1930.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting