Leia Organa atau Princess Leia ialah watak fiksyen dalam francais Star Wars, yang dilakonkan oleh pelakon Carrie Fisher dilayar perak. Diperkenalkan dalam filem Star Wars yang asal pada tahun 1977. Leia Organa adalah seorang puteri dan senator daripada planet Alderaan serta tokoh penting (seorang Ketua Pemerintah Tentera) dalam Pakatan Pemberontak. Beliau isteri kepada Han Solo dan ibu kepada Kylo Ren (Ben Solo), anak kepada Anakin Skywalker dan Padme Amidala, serta saudara kembar kepada Luke Skywalker. Pencipta Star Wars, George Lucas menggambarkan watak Leia Organa sebagai seorang puteri yang hebat, berkuasa, bijaksana dan penuh pengharapan[1]. Watak Leia Organa muncul dalam semua trilogi asal filem Star Wars, watak ini juga menjadi watak peneraju dalam filem Star Wars: The Force Awakens dan Star Wars: The Last Jedi. Presiden Lucasfilm, Kathleen Kennedy telah mengesahkan bahawa watak Leia Organa tidak akan muncul lagi dalam Star Wars: Episode 9 kerana kematian mengejut pelakon Carrie Fisher selepas beliau menamatkan penggambaran filem Star Wars: The Last Jedi[2]. Walau bagaimanapun pada 27 Julai, 2018 pihak Disney telah mengesahkan bahawa watak Leia Organa akan muncul dalam filem Star Wars: Episode 9, menggunakan babak-babak yang tidak pernah digunakan melibatkan mendiang Carrie Fisher dalam filem yang terdahulu iaitu Star Wars: The Force Awakens[3].