Lembaga Tabung Angkatan Tentera

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ditubuhkan dalam bulan Ogos 1972 di bawah Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 (Akta 101).

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)
Armed Forces Fund Board
Jenis/bentuk sahStatutory body
Industri
DitubuhkanOgos 1972; 51 tahun yang lalu (1972-08)
Ibu pejabatChulan Tower, No.3, Jalan Conlay, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Tokoh penting
  • Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (Chairman)
  • Ahmad Nazim Abd Rahman (CEO)
Anak syarikat
Tapak webwww.ltat.gov.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

LTAT adalah sebuah badan berkanun kerajaan yang menyediakan kemudahan skim simpanan persaraan untuk Pegawai dan anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia serta anggota kerahan sukarela.

Di bawah skim LTAT, pencarum dikehendaki mencarum 10% daripada gaji bulanan dan Kerajaan akan mencarum sebanyak 15% sebagai majikan kepada LTAT. Di bawah skim simpanan bagi pencarum sukarela, simpanan dibenarkan sekurang-kurangnya RM25 sebulan sehingga had maksimum RM2,000 sebulan.

Visi sunting

Menjadi sebuah organisasi pengurusan dana terkemuka yang memberikan pulangan pelaburan yang terbaik dan perkhidmatan yang cemerlang berteraskan kepada keperluan pelanggan.

Misi sunting

Komited untuk mengoptimumkan faedah persaraan dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada anggota-anggota Angkatan Tentera menerusi amalan dan standard yang terbaik.

Nilai Murni sunting

Integriti

Tadbir urus korporat yang baik, beretika, telus dan dipercayai


Profesionalisme

Melaksanakan tanggungjawab dengan cara yang terbaik dan berkualiti tinggi


Inovasi

Membina model perniagaan, produk dan perkhidmatan yang baru


Kerja Berpasukan

Kesediaan untuk bekerjasama bagi mencapai matlamat atau objektif yang sama

Polisi Kualiti sunting

LTAT adalah komited untuk menjadi sebuah organisasi yang berwibawa dan mencapai tahap pengurusan dana wang caruman anggota Angkatan tentera yang tinggi bagi memenuhi aspirasi pelanggan dari segi pemberian perkhidmatan dan pulangan wang caruman.

Dengan itu, LTAT adalah komited dengan melaksanakan yang berikut:

  1. Pembangunan Rangka Kerja Objektif Kualiti yang merangkumi Piagam Pelanggan dan Pelan Pengurusan Pelanggan.
  2. Mematuhi keperluan-keperluan yang berkaitan seperti keperluan akta, perundangan, dasar, standard, manual operasi dan lain-lain keperluan berkaitan.
  3. Melaksanakan sistem pengurusan kualiti dengan efektif ke arah penambahbaikan yang berterusan.

Piagam Pelanggan LTAT sunting

Pengkreditan Dividen

  • 1 Hari selepas dividen diisytiharkan

Pengeluaran Caruman

  • 3 Hari (tertakluk kepada penerimaan maklumat yang lengkap)

Masa menunggu di kaunter

  • 15 Minit

Menghubungi pencarum yang meninggalkan pesanan telefon

  • 1 Hari bekerja

Memberi maklum balas kepada pencarum (e-mel, MyWIRA/Sosial Media)

  • 3 Hari bekerja

Aduan melalui surat diselesaikan

  • 5 Hari bekerja

Masa Depan sunting

Melalui perancangan strategik yang terperinci, LTAT telah berjaya melaksanakan pelbagai program bagi mencapai wawasan dan matlamat bagi mempertingkatkan kedudukan sosioekonomi anggota angkatan tentera yang sedang berkhidmat dan juga bagi mereka yang telah bersara.

LTAT akan meneruskan dasar dan strategi untuk mempelbagaikan portfolio pelaburannya. Walau bagaimanapun, penekanan akan diberikan ke atas sektor pembuatan, sektor pembangunan hartanah, dan sektor kewangan dan di dalam projek-projek penswastaan kerajaan.

LTAT dijangka dapat meneruskan pertumbuhan yang dinamik dan progresif dalam semua kegiatannya. LTAT juga akan menunaikan tanggungjawabnya untuk menguruskan tabungan pencarum dan aset-aset yang diamanahkan kepadanya dengan cara yang paling berkesan dan cekap supaya dapat memberikan pulangan yang sebaik mungkin, dan melindungi nilai dananya.

LTAT akan terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan terus mengenal pasti dan mewujudkan faedah-faedah baru untuk pencarum-pencarumnya dan melaksanakan program-program sosioekonomi yang lebih inovatif untuk bekas anggota angkatan tentera.

Perbadanan sunting

Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA)

Perbadanan Perwira Niaga Malaysia atau PERNAMA, sebuah perbadanan milik penuh LTAT yang ditubuhkan dalam tahun 1983, mengendalikan rangkaian kedai-kedai runcit di kem-kem ATM di seluruh negara untuk menjual barangan pengguna, sebahagiannya bebas cukai, kepada anggota angkatan tentera dan keluarga mereka.

Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM)

Perbadanan Perwira Harta Malaysia atau PPHM, sebuah lagi perbadanan milik penuh LTAT, telah ditubuhkan dalam tahun 1984 untuk menjalankan aktiviti perniagaan berhubung dengan pengambilan, pembelian, pemilikan, penyewaan, pemajakan, pembangunan dan penjualan harta, menawarkan perkhidmatan pengurusan projek harta tanah serta menjalankan aktiviti penyelenggaraan harta bagi pihak LTAT.

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT)

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera atau PERHEBAT adalah perbadanan milik penuh ketiga LTAT. Ditubuhkan dalam tahun 1994, PERHEBAT menawarkan pelbagai program latihan dalam bidang kemahiran teknikal, vokasional dan keusahawanan untuk anggota angkatan tentera yang akan dan telah bersara.

Yayasan LTAT sunting

Yayasan LTAT ialah sebuah yayasan yang ditubuhkan bersama oleh Syarikat-Syarikat Kumpulan LTAT yang diterajui oleh Boustead Holdings Berhad.

Objektif utama penubuhan Yayasan ini ialah untuk mengumpulkan seberapa banyak dana yang boleh dari kalangan Syarikat-Syarikat Kumpulan LTAT untuk ditawarkan sebagai biasiswa kepada anak-anak anggota ATM yang sedang berkhidmat dan yang telah bersara yang mencapai kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan-peperiksaan seperti UPSR dan PT3.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting