Lembaran mini (Inggeris: miniature sheet) merupakan gabungan beberapa setem yang diletakkan di dalam satu lembar. Biasanya setem jenis ini dikeluarkan beserta dengan setem peringatan. Harga denominasi bagi setem jenis ini biasanya lebih mahal (antara RM1 dan RM5 di Malaysia) berbanding setem definitif dan setem peringatan yang bukan lembaran mini. Nilai yang terdapat di atas setem adalah sah digunakan untuk perkhidmatan pos di Malaysia dan ke luar negara. Walaupun begitu, ia jarang digunakan untuk tujuan itu. Filatelis lebih suka membiarkan ia sebegitu atau ditampal di atas Sampul Surat Hari Pertama untuk disimpan.

Lembaran mini bertemakan Bapa Kemerdekaan Malaysia yang dikeluarkan pada 2003
Lembaran mini yang dikeluarkan oleh negara Ukraine, 2008
Lembaran mini yang dikeluarkan oleh Kesatuan Soviet, 1980

Negara Luxembourg di Eropah merupakan negara pertama yang menerbitkan setem jenis ini pada 1923.

Biasanya lembaran mini dikeluarkan dalam kuantiti yang terhad, selalunya hanya dikeluarkan 100,000 unit di Malaysia. Setiap lembaran mini keluaran Pos Malaysia ini mempunyai nombor siri tersendiri.

Rujukan sunting