Lempar cakera

pertandingan acara melempar di padang dan balapan

Lempar cakera (Tulisan Jawi: لمڤر چاكرا) merupakan acara balapan dan padang di mana atlet melempar cakera berat-dalam cubaan untuk menandakan jarak lebih jauh daripada pesaingnya. Ia adalah sukan purba, seperti yang diperagakan oleh patung Myron kelima-SM, Discobolus. Walaupun bukan sebahagian daripada pentatlon moden, ia adalah salah satu acara pentatlon Yunani purba, yang bertarikh sekurang-kurangnya hingga 708 SM.[1]

Olahraga
Lempar cakera
Juara Olimpik 2012 dari Jerman Robert Harting.
Rekod lelaki
Dunia Jürgen Schult (GDR) 74.08 m (1986)
Olimpik Virgilijus Alekna (LTU) 69.89 m (2004)
Rekod wanita
Dunia Gabriele Reinsch (GDR) 76.80 m (1988)
Olimpik Martina Hellmann (GDR) 72.30 m (1988)
Salinan moden Diskophoros, dikaitkan kepada Alkamenes
Poster utama untuk Sukan Olimpik Musim Panas 1920
Pelempar cakera, tondo kylix oleh Pelukis Kleomelos, Muzium Louvre
Salinan moden Myron Discobolus di Universiti Taman Botani Copenhagen, Denmark
Juara Dunia dan Eropah Rutger Smith dalam fasa lempar cakera
Fail:2003 Greece 10 Euro OS Discus front.jpg
Syiling peringatan cakera
Robert Garrett, Pemenang Pingat Emas dalam acara lempar cakera dan lontar peluru di Sukan Olimpik Musim Panas 1896
Pemenang Pingat Emas Dunia 2007 Gerd Kanter di Osaka

Peralatan sunting

Cakera ini diperbuat daripada kepingan kayu tebal yang berbentuk bulat,leper,dan dibaluti besi di sekelilingnya, serta dimasukkan timah hitam seberat 1.923 kilogram pada bahagian tengah dan menghampiri 2 kilogram untuk atlet lelaki.

Peraturan dan Teknik sunting

Bagi mengelakkan cakera dilempar ke merata tempat, satu kawasan khas yang disediakan berbentuk segi empat sama dengan jejari 2.5 meter. Teknik dan cara membuat lemparan ketika itu adalah bebas. Tetapi pada masa kini, permulaannya adalah mengikut cara lemparan yang dilakukan pada masa silam. Pergerakan dan kedudukan tangan serta badan berada dalam kedudukan bongkok sedikit. Pergerakan tangan untuk menghayun cakera pula berada di sisi badan peserta. Cara lemparan seperti ini akan menyebabkan pergerakan cakera seakan-akan melayang pada jarak yang lebih jauh.

Acara lempar cakera dipertandingkan di Sukan Olimpik Stockholm pada tahun 1912 dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Setiap peserta akan melakukan lemparan kali pertama dengan hanya menggunakan sebelah tangan manakala lemparan pada kali kedua peserta akan menggunakan sebelah tangan yang belum digunakan lagi.

Cara lemparan seperti ini tidak sejauh yang dikehendaki dan akhirnya cara lemparan ini tidak mendapat sambutan daripada peserta yang mengambil bahagian di dalam acara lempar cakera. Pertandingan melempar cakera menggunakan cara ini oleh peserta sehingga tahun 1920 dan selepas itu, teknik lemparan baru telah diperkenalkan.

Sementara itu, teknik lemparannya telah diubahsuai dan diperbaiki dari semasa ke semasa dan bentuk latihan yang sistematik menyebabkan jarak lemparan yang dicapai dalam setiap kejohanan terus meningkat maju. Jaguh yang pernah mengharumkan nama negara Malaysia dalam acara ini ialah Danapal Naidu.

Keselamatan sunting

Acara lempar cakera dipertandingkan dalam satu kawasan khas yang disediakan untuk acara ini bertujuan untuk tujuan keselamatan. Dalam kejohanan Sukan Olimpik dan kejohanan yang lain, kawasan acara ini berpagar dan berjaring besi kecuali di bahagian hadapannya yang terbuka untuk peserta melakukan lemparan.

Rujukan sunting

  1. ^ "Sports - List of Summer and Winter Olympic Sports". olympic.org. 14 January 2018.