Al-Hasan ibn Muhammad al-Wazzan al-Fasi (حسن ابن محمد الوزان الفاسي) atau juga dikenali dengan nama Joannes Leo Africanus (Arab: يوحنا الاسد الغرناطي, rumi: Yuhanna al-Asad al-Gharnati, s. 1494 – s. 1554/1555[2][3]) adalah seorang penjelajah dan penulis Berber[4] Andalusi.

Leo Africanus
Al-Hasan ibn Muhammad al-Wazzan al-Fasi
Portret Leo atau Hasan dipercayai umum oleh Sebastiano del Piombo, s. 1520.[1]
Kelahiran
al-Hasan ibn Muhammad al-Wazzan

c. 1494
Meninggal duniac. 1554 (aged 60)
PekerjaanDiplomat, geographer, traveler
Karya terkenal
Description of Africa

Beliau pernah menjelajah serata kawasan Maghreb dan Lembah Nil, butiran jelajah beliau diceritakan dengan penolongan Giovanni Battista Ramusio dalam buku Descrittione dell'Africa ("Penerangan Afrika") yang banyak menerangkan mengenai benua Afrika pada zamannya sehingga zaman kuasa-kuasa Eropah menjajah sana.[5]

Awal hidup sunting

Menurut catatan autobiografi al-Hasansendiri yang disertakan dalam karyanya, beliau lahir kepada seorang bernama Muhammad di Granada sekitar tahun 1494[5] diperkirakan dari umur dinyatakannya sendiri semasa berlakunya pelbagai peristiwa bersejarah.[6] Keluarganya berpindah ke Fes sejurus selepas kelahirannya;[5] nama tempat itu jugalah yang menjadi nisbatnya iaitu al-Fasi (daripada Fās atau فاس).[5]

Di Fes, beliau melanjutkan pelajarannya di Universiti al-Qarawiyyin. Beliau pernah menemani seorang bapa saudara bersama dalam misi diplomatik bagi pihak Sultan Muhammad al-Burtuqali kerajaan Wattasiyah ke kota Timbuktu (sekitar 1510), yang kemudiannya menjadi sebahagian dari Kerajaan Songhai.

Pengepungan dan pertemuan dengan Paus sunting

Dalam perjalanan kembali ke Tunis pada tahun 1518, Hasan ditangkap oleh lanun Sepanyol sama ada berhampiran pulau Djerba atau lebih mungkin dekat Kriti, dan dipenjarakan di pulau Rodos, markas Kesteria Hospital. Para penculiknya mendapati pengetahuan Hasan sangat berguna lalu melepaskan beliau daripada diperhambakan dan dibawa ke Roma bertemu Paus Leo X. Hasan segera dibebaskan dan diberi pencen oleh Paus agar memujuknya untuk tinggal kerana dilihat mampu memberikan maklumat berguna mengenai Afrika Utara memandangkan kerajaan Paus Leo diancam pasukan Turki Uthmaniyah mungkin menyerang Sicilia dan selatan Itali.[5]

Beliau memeluk agama Kristian dan dibaptis di Basilika Saint Peter pada tahun 1520 di mana beliau mengambil nama Johannes Leo de Medicis (Giovanni Leone dalam bahasa Itali) sempena Paus yang membebaskannya.

Penjelajahan dan penulisan di Itali sunting

Beliau meninggalkan Roma untuk merantau serata tanah Itali selama empat tahun, barangkali juga didorong kesangsian Paus Hadrianus VI yang mengambil alih takhta selepas kematian Leo X tahun 1521. Semasa waktu inilah beliau menulis suatu kitab istilah perubatan bahasa Arab-Ibrani-Latin dan sebuah kitab nahu bahasa Arab semasa duduk seketika di Bologna; kedua-dua naskhah ini tidak dapat diselamatkan dengan sempurnanya. Beliau kembali ke Roma atas undangan Paus Clemens VII, iaitu sepupu Leo X sendiri tahun 1526.

Pada tahun sama juga, suatu naskhah mengenai geografi benua Afrika disiapkan beliau dengan judul Leo Della descrittione dell’Africa et delle cose notabili che iui sono, per Giovan Lioni Africano, ia dicetak di Venezia tahun 1550 oleh Giovanni Battista Ramusio. Buku menjadi sangat laris sehingga diulang cetak sebanyak lima kali malah ada diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa lain seperti bahasa Latin dan bahasa Perancis.[7]

Senja hidup sunting

Beliau menghabiskan sisa umurnya di Tunis, pada masa ini juga beliau kembali memeluk agama Islam tahun 1530.

Hasan meninggal dunia di Fes tahun 1537.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Rauchenberger 1999, m/s. 78–79.
  2. ^ Masonen, Pekka (2001). Leo Africanus, The Man with Many Names (PDF).
  3. ^ Encyclopædia Universalis mentarikhkan « env. ("sekitar") 1483 -env. 1555 » menunjukkan penghijrahan keluarga beliau dari Granada ke Maghribi sekitar 1492 - melalui Fierro, Alfred (2013). "Léon l'Africain Al-Hasan Ibn Muhammad Al-Fa'si". Encyclopaedia Universalis (dalam bahasa Perancis).
  4. ^ Rauchenberger 1999.
  5. ^ a b c d e Masonen 2001.
  6. ^ Leo Africanus 1896. He was 12 years old when the Portuguese captured the port of Safi on the coast of Morocco in 1507 and 16 years old when he visited Timbuktu in 1509–1510.
  7. ^ Leo Africanus 1600; Leo Africanus 1896.
Sumber utama
  • Masonen, Pekka (2000). The Negroland revisited: Discovery and invention of the Sudanese middle ages. Helsinki: Finnish Academy of Science and Letters. m/s. 167–207. ISBN 951-41-0886-8.
  • Rauchenberger, Dietrich (1999). Johannes Leo der Afrikaner: seine Beschreibung des Raumes zwischen Nil und Niger nach dem Urtext (dalam bahasa German). Wiesbaden: Harrassowitz. ISBN 3-447-04172-2.CS1 maint: unrecognized language (link)

Bacaan lanjut sunting

  • Black, Crofton (2002). "Leo Africanus's "Descrittione dell'Africa" and its sixteenth-century translations". Journal of the Warburg and Courtauld Institutes. 65: 262–272. JSTOR 4135111.
  • Davis, Natalie Zemon (2007). Trickster Travels: a sixteenth-century Muslim between worlds. New York: Hill and Wang. ISBN 0-8090-9435-5. pages 186, 260
  • Jean-Léon l'Africain (1956). Description de l'Afrique: Nouvelle édition traduite de l'italien par Alexis Épaulard et annotée par Alexis Épaulard, Théodore Monod, Henri Lhote et Raymond Mauny (2 Vols). Paris: Maisonneuve. A scholarly translation into French with extensive notes.
  • Hunwick, John O. (1999). Timbuktu and the Songhay Empire: Al-Sadi's Tarikh al-Sudan down to 1613 and other contemporary documents. Leiden: Brill. ISBN 90-04-11207-3. pages 272–291 contain a translation into English of Leo Africanus's descriptions of the Middle Niger, Hausaland and Bornu. Corresponds to Épaulard 1956 Vol II pages 463–481.
  • Masonen, Pekka (2000). The Negroland revisited: Discovery and invention of the Sudanese middle ages. Helsinki: Finnish Academy of Science and Letters. m/s. 167–207. ISBN 951-41-0886-8.
  • Brinda Charry, Gitanjali Shahani: Emissaries in Early Modern Literature and Culture: Mediation, Transmission, Traffic, 1550–1700. Ashgate, 2009, repr. Routledge, 2016

Pautan luar sunting