Lesen televisyen (atau lesen penerima penyiaran) ialah lesen rasmi yang wajib dipegang oleh sesiapa yang menerima siaran televisyen (dan adakalanyan juga radio) di sesetengah negara, sebagai satu bentuk cukai sandaran bagi membiayai penyiaran awam, sekaligus membolehkan penyiar awam menyiarkan rancangan tanpa atau dengan sedikit dana dari iklan.

Pembiayaan penyiar awam di Eropah
Ada lesen TV
  Lesen televisyen sahaja
  Lesen televisyen dan iklan
  Lesen televisyen, iklan dan geran kerajaan
Tiada lesen TV
  Geran kerajaan dan iklan
  Iklan sahaja
  Geran kerajaan sahaja
  Tidak diketahui

Sejarah sunting

Pada zaman awal penyiaran, timbulnya masalah pembiayaan bagi perkhidmatan para penyiar. Sesetengah negara mengamalkan pengiklanan, tetapi yang lain pula menguat kuasa langganan awam wajib yang berbentuk lesen penyiaran yang dibayar oleh isirumah yang memiliki peti radio (dan lama-kelamaan, peti TV juga).

UK ialah negara pertama yang mengamalkan pembiayaan melalui langganan awam wajib yang mana wang yuran lesen disalurkan kepada BBC yang diasaskan melalui Piagam Diraja untuk menghasilkan rancangan biayaan awam sambil mengekalkan kebebasan dari pengaruh kerajaan dari segi pengurusan dan kewangan. Lesen ini pada asalnya dikenali sebagai lesen radio.

Setelah bangkitnya televisyen, ada negara yang telah mendirikan lesen televisyen tambahan yang berasingan, manakala yang lain sekadar menaikkan lesen untuk menanggung perbelanjaan siaran TV, maka bertukarnya nama "lesen radio" menjadi "lesen TV" atau "lesen penerima". Kini, kebanyakan negara membiayai siaran radio awam dari yuran lesen sama yang dimaksudkan untuk televisyen, namun ada yang masih mengekalkan lesen radio berasingan, atau mengenakan yuran lebih rendah atau tidak mengenakan apa-apa yuran bagi sesiapa yang hanya memiliki peti radio. Sesetengah negara juga mengenakan yuran berbeza kepada pemilik TV warna atau hitam putih. Ada yang memberikan diskaun atau mengecualikan sama sekali pengguna warga emas atau kurang upaya.

Berdepan dengan masalah pengelakan yuran lesen, adanya negara yang hendak membiayai penyiar awam terus dari hasil cukai atau melalui kaedah-kaedah yang lebih sukar dielak seperti bayaran bersama bil elektrik. Penyiar awam kebangsaan di sebilangan negara juga menerima iklan sebagai biayaan tambahan.

Lesen televisyen di seluruh dunia sunting

Muzium Komunikasi Penyiaran di Chicago[1] menyatakan bahawa dua pertiga negara di Eropah dan separuh negara di Asia dan Afrika menguat kuasa lesen televisyen untuk membiayai televisyen awam. Pelesenan TV jarang diamalkan di benua Amerika, sebaliknya terhad kepada bahagian-bahagian seberang laut Perancis dan wilayah-wilayah British.

Perbelanjaan dan pelaksanaan sebenar lesen televisyen banyak berbeza antara negara. Setiap negara yang mengamalkan lesen televisyen sentiasa mengkaji semula yuran lesen setiap tahun mengikut keadaan. Berikut ialah senarai negara yang mewajibkan pengguna televisyen memegang lesen televisyen untuk menerima perkhidmatan televisyen:

Eropah sunting

Asia sunting

Afrika sunting

Negara yang telah memansuhkan lesen televisyen sunting

Negara-negara berikut pernah mewajibkan lesen televisyen, tetapi kini sudah dimansuhkan (tahun pemansuhan, sebab pemansuhan (jika ada); dan pembiayaan masa kini diberikan):

  •   Australia (1974, atas dasar bahawa kecapaian perkhidmatan televisyen dan radio ke hampir seluruh negara menjadikan pembiayaan awam secara tidak langsung adalah lebih adil; ABC kini dibiayai oleh geran kerajaan, penjualan cenderamata dan pengedaran rancangan ke antarabangsa)
  •   Belanda (2000, berikutan kos pengutipan berlebihan; NPO kini dibiayai oleh cukai awam
  •   Belgium (2001, wilayah Flanders sahaja; VRT kini dibiayai oleh cukai am)
  •   Cyprus (akhir 1990-an, akibat tekanan dari penyiar swasta; CyBC kini dibiayai oleh pengiklanan dan geran kerajaan)
  •   Gibraltar (2006[2]; Gibraltar Broadcasting Corporation dibiayai oleh geran kerajaan)
  •   Hungary (2002, unit perumahan sahaja; Magyar Televízió dan Duna TV dibiayai oleh cukai kerajaan)
  •   India (1977, All India Radio dan Doordarshan dibiayai oleh Kerajaan India dan pengiklanan)
  •   Malaysia (1999; RTM kini dibiayai oleh cukai kerajaan dan pengiklanan)
  •   New Zealand (1999, pembiayaan kos pengutipan yuran sukar ditampung; saluran TV menjadi penjana pendapatan komersil untuk kerajaan tanpa apa-apa kewajipan khidmat awam lagi)
  •   Portugal (1992; RTP dibiayai oleh subsidi kerajaan dan pengiklanan[3], tetapi yuran radio masih dikenakan dalam bil elektrik)
  •   Singapura (2011)[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "License Fee". Encyclopedia of Television (1st Edition). Chicago: Museum of Broadcast Communications. 1997. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-04. Dicapai pada 2006-11-21.
  2. ^ Chief Minister's Budget Speech, Government of Gibraltar Information Services, 2006-06-28. Retrieved on 2006-11-21.
  3. ^ Universidade do Minho: Media policy network in Portugal: a case study approach
  4. ^ [1]

Pautan luar sunting

Pihak berkuasa pelesenan TV sunting

Lain-lain sunting