Leftenan Jeneral Sir Lewis Macclesfield Heath, KBE, CB, CIE, DSO, MC (1885 - 1954) adalah seorang pegawai Tentera British yang berkhidmat di Semenanjung Tanah Melayu semasa Pertempuran Malaya dalam Perang Dunia II.

Kerjaya Tentera sunting

1906 – menyertai Tentera British India
1909-1913 berkhidmat dengan King's African Rifles 1909-1913;
1914-1918 – Perang Dunia I
1919 - Afghanistan
1919-1921 – Parsi Timur
1928 – Pemerintah Batalion 10/14 Punjab Regt 1928;
1929-1933 - Pemerintah Batalion Pertama, 11 Sikh Regt;
1930 - North West Frontier, India
1934-1936 – Pengajar, Sekolah Pegawai Kanan, Belgium;
1936-1939 – Panglima, Briged Wana;
1939 – Panglima, Wilayah Tentera Deccan;
1939-1941 – Panglima, 5 Indian Div;
1941-1942 - Panglima, III Kor India, Malaya;
1942-1945 – Tawanan Perang di Singapura, Formosa and Manchukuo (Manchuria);


Kempen Afrika Timur sunting

Fail:Indian5div.jpg
Askar Artileri India dari Divisyen ke-5 India Mencuci Meriam Milik Tentera Itali Yang Berjaya Mereka Tawan Semasa Kempen Afrika Timur

Jeneral Heath sebelum itu menempah nama sebagai Panglima Divisyen Ke-5 India yang telah berkhidmat cemerlang semasa Kempen Afrika Timur di Sudan. Pada 19 Januari 1941, Divisyen Ke-5 India yang dipimpin Heath telah mara masuk ke Eritrea menuju bandar Agordat. Divisyen Ke-5 India mara lebih 160 kilometer dan menembusi barisan pertahanan askar Itali dan menawan Agordat. Kejayaan Heath semasa kempen ini menonjolkan Heath di mata Pemerintah Tertinggi Tentera British khususnya Claude Auchinleck. Heath dipilih untuk mengetuai III Kor Tentera British India yang ditugaskan dengan pertahanan Semenanjung Tanah Melayu.

Perselisihan dengan Percival sunting

III Kor Tentera British India berada di bawah bidang kuasa Markas Gerakan Tanah Melayu yang dipimpin oleh Jeneral A. E. Percival. Tetapi Heath sering berlaga angin dan berselisih pendapat dengan A. E. Percival terutama sekali mengenai strategi perlaksanaan perang dan juga persiapan untuk menghadapi perang.

Heath tidak dapat menyekat kemaraan Tentera Jepun di Semenanjung Tanah Melayu. Barisan pertahanan Heath kucar kacir. Selepas kekalahan semasa Pertempuran Slim River Jeneral Wavell terus kehilangan keyakinan atas kebolehan Heath. Wavell membuat keputusan untuk meletakkan Jeneral Gordon Bennett bertanggungjawab mengatur pengunduran tentera British ke Singapura.

Tawanan Perang sunting

Jeneral Heath menjadi tawanan perang dan bersama-sama pegawai tinggi yang lain dihantar ke Formosa dan kemudiannya ke Manchuria. Beliau dibebaskan selepas tamat perang dan bersara dari perkhidmatan tentera dalam tahun 1946.

Selepas Perang sunting

Selepas perang, Lewis Heath tidak henti-henti mencemuh Jeneral Percival dan menyalahkan Percival atas kekalahan British di Tanah Melayu dan Singapura. Heath tidak berpuas hati dengan Percival khususnya mengenai pelancaran Operasi Matador (Percival menunggu keputusan oleh Robert Brooke-Popham yang tidak boleh membuat keputusan kerana takutkan insiden diplomatik dengan Thailand sekiranya melancarkan Operasi Matador).

Percival beranggapan bahawa kepincangan Heath sebagai panglima adalah beliau mengalami “the Indian Army complex” (IWM, Percival Papers, P.22, F.42) dan pada masa lain Percival menyatakan Heath mengalami kompleks berundur (“withdrawal complex”). Kinvig dalam karangannya "General Percival and the Fall of Singapore," menggambarkan perlantikan Percival dan Heath sebagai antara perlantikan “tidak secocok yang paling besar”. Jeneral Gordon Bennett juga bencikan Heath dan berpendapat bahawa Percival “terlebih kagum” dengan Heath. (PRO, CAB106/151, Kirby interviews with Australian officers, Bennett interview, 30 January 1953)

Pautan Luar sunting

Rujukan sunting