Liberalisme sosial

ideologi politik dalam liberalisme

Liberalisme sosial (juga dikenal sebagai liberalisme moden di Amerika Syarikat)[1] adalah ideologi politik dan bentuk liberalisme yang menyokong suatu pasaran ekonomi dan pengembangan awam dan hak-hak politik serta peranan kerajaan atau pemerintah menangani isu-isu sosioekonomi seperti kemiskinan, kesihatan dan pendidikan.[2][3][4] Dalam fahaman ini, sesebuah masyarakat baik ditakrifkan sebagai dalam berkeadaan harmoni dengan kebebasan individu.[5] Dasar-dasar dalam fahaman ini telah banyak dipakai dalam banyak dunia kapitalis, terutama berikutan tamatnya Perang Dunia Kedua.[6] Idea dan parti liberalisme sosial berkecenderungan ke arah sentris ataupun berhaluan kiri.[7][8] Golongan yang mendokong fahaman ini melihat diri mereka berada dalam kedudukan tengah-tengah antara demokrasi sosial dan liberalisme klasikal.

Istilah "sosial liberalisme" digunakan untuk membezakannya dari liberalisme klasik yang dikuasai pemikiran ekonomi dan politik berikutan pencabangannya di luar bidamg tersebut sejak atau sekitar Zaman Meleset.[9][10]

Dalam konteks dunia politik Amerika Syarikat, istilah "liberal[isme] sosial" merujuk kepada pendirian yang progresif pada isu-isu politik tertentu seperti pengguguran, perkahwinan sama jantina atau pengawalan penggunaan senjata lalu sebagai lawan kepada golongan yang berfahaman "konservatif sosial"; aspek "liberal" atau "konservatif" boleh menyentuh dasar-dasar fiskal.[11]

Nota sunting

  1. ^ Donald E. Pease, Robyn Wiegman (eds.), The Futures of American Studies, Duke University Press, 2002, p. 518.
  2. ^ Rohr, Donald G. (September 1964). "The Origins of Social Liberalism in Germany". The Journal of Economic History. 24 (03).
  3. ^ Gaus, Gerald; Courtland, Shane D. (Spring 2011). "The 'New Liberalism'". The Stanford Encyclopedia of Philosophy.
  4. ^ John Derbyshire (12 July 2010). "The origins of social liberalism". New Statesman.
  5. ^ The history of European liberalism (1959), Guido De Ruggiero, pp. 155–157
  6. ^ Fauks, Keith. Political Sociology: A Critical Introduction. Edinburgh University Press, 1999, m/s 73
  7. ^ Slomp, Hans (2000). European Politics Into the Twenty-First Century: Integration and Division. Westport: Greenwood Publishing Group. ISBN 0275968146.
  8. ^ Hombach, Bodo (2000). The politics of the new centre. Wiley-Blackwell. ISBN 9780745624600.
  9. ^ Marks, Gary; Wilson, Carole (Julai 2000). "The Past in the Present: A Cleavage Theory of Party Response to European Integration" (PDF). British Journal of Political Science. 30: 433–459. doi:10.1017/S0007123400000181. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-06-25. Dicapai pada 2018-04-24.
  10. ^ Richardson, James L. (2001). Contending Liberalisms in World Politics: Ideology and Power. Colorado: Lynne Rienner Publishers. 155587939X.
  11. ^ Chideya, Farai (2004). The Red and the Blue: A Divided America. Trust: Reaching the 100 Million Missing Voters and Other Selected Essays. Soft Skull. m/s. 34.

Pautan luar sunting