Batang-batang lilin atau lemak keras yang diikat dengan sumbu dinyalakan sebagai sumber pencahayaan, wangian, haba mahupun menyukat atau merakam peredaran masa.

Sebatang lilin kontot yang sedang menyala.

Api dinyalakan pada sumbu di mana nyalaan ini akan menyejat lilin yang terkandung dalam sumbu. Lilin yang tersejat ini kemudiannya bercampur dengan oksigen di udara lalu membakar secara berterusan.

Komponen sunting

Lilin terdiri kepada dua bahagian utama:

Sifat sunting

Kajian dilakukan ke atas nyalaan lilin parafin moden mendapati penyalaan membakar sebanyak 0.1 gram lilin seminit mengeluarkan haba sebanyak lebih kurang 80 W,[4] cahaya yang dhasilkan dari nyalaan ini sebanyak kira-kira 13 lumen dan keamatan berkilau (luminous intensity) kira-kira 1 unit candela.

Api yang dihasilkan mempunyai bahagian terpanas berwarna biru pucat dengan suhu setinggi 1400 °C, namun ia menghasilkan tenaga haba yang sangat rendah.

Pengunaan sunting

Pencahayaan - termasuk aksesori berkaitan sunting

Ia sering digunakan untuk menerangi ruang-ruang gelap kawasan dihuni terutamanya di kawasan Eropah Utara (pelita minyak lebih digunakan di kawasan Mediterranean) sehingga berkembang luasnya penciptaan pencahayaan berasaskan elektrik pada abad ke-20. Pelbagai aksesori diwujudkan untuk tujuan ini termasuklah kaki lilin, pemadam khas yang memadamkan lilin dengan menutupnya (douter) hinggalah ke rerangka susunan khusus untuk tempat mewah seperti candelier.

Dunia moden kini masih menggunakan lilin namun kegunaannya lebih khusus untuk menimbulkan ambien atau estetika tertentu dalam sesebuah ruang. Ia juga digunakan dalam situasi di mana bekalan elektrik sekitaran terganggu atau terputus.

Mengukur masa sunting

Tahap pembakaran lilin yang cenderung mengikut kelajuan tertentu menjadikan lilin bahan yang sesuai digunakan mengukur masa; seluruh batang lilin ditandakan mengkut jarak tertentu mewakili satu jam ia dibakar.

Tujuan keagamaan sunting

 
Penyalaan lilin di biara Visoki Dečani, Dečan, Kosovo.

Lilin merupakan antara bahan utama dalam upacara anutan agama Buddha selain setanggi dan bungaan di mana barangan ini dipersembahkan hadapan patung atau gambar Buddha sebagai tanda hormat.[5] Cahaya daripada lilin dinyaalakan itu sendirinya dilihat melambangkan cahaya ajaran dibawa Siddartha Gautama Buddha sepertimana yang ditulis dalam penulisan dan kitab dipakai mereka.[5][6]

Lilin turut dilambangkan dalam agama Kristian melalui penggunaan ia dalam pencahayaan dan perhiasan dalam rumah ibadat seperti gereja danj katedral sebagai cahaya rahmat Tuhan atau Yesus Kristus; banyak lilin ini diletakkan terutamanya di altar, dibawa paderi-paderi yang berarak mahupun oleh para jemaah gereja sendiri semasa mereka sembahyang.[7] Lilin ternyala juga dibawa semasa berhadapan ikon tokoh-tokoh agama tertentu sebagai tanda penyerahan diri kepada Tuhan - lagi-lagi dalam mazhab gereja Ortodoks Timur, Ortodoks Oriental dan Katolik Timur.[8]

Para penganut agama Yahudi lazim guna lilin untuk tujuan utama seperti dalam Sabbath dari saat ia dimulakan pada senja hari Jumaat sehinggalah senja hari Sabtu,[9] perayaan Hanukkah di mana sebatang lilin dinyalakan untuk setiap hari pentahbisan semula Kuil Suci Jerusalem[10] serta memperingati sanak saudara dan sahabat handai yang telah meninggal dunia.[11]

Rujukan sunting

  1. ^ "History of candles". National Candle Association. Diarkibkan daripada yang asal pada May 17, 2012. Dicapai pada 2012-05-19.
  2. ^ Franz Willhöft and Fredrick Horn "Candles" in Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry, 2000, Wiley-VCH, Weinheim. DOI:10.1002/14356007.a05_029
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Ullmann2 tidak disediakan
  4. ^ Hamins, Anthony; Bundy, Matthew; Dillon, Scott E. (November 2005). "Characterization of Candle Flames" (PDF). Journal of Fire Protection Engineering. 15 (4): 277. CiteSeerX 10.1.1.548.3798. doi:10.1177/1042391505053163.
  5. ^ a b Teece, Geoff (2004). Buddhism. Black Rabbit Books. m/s. 24. ISBN 1-58340-464-3.
  6. ^ "Lay Buddhist Practice by Bhikkhu Khantipalo". Accesstoinsight.org. 2010-06-07. Dicapai pada 2012-12-25.
  7. ^ Cooper, Jean C. (1996). Dictionary of Christianity. Taylor & Francis. m/s. 43. ISBN 1-884964-49-4.
  8. ^ Eastmond, Antony; Liz James; Robin Cormack (2003). Icon and Word: the power of images in Byzantium. Ashgate Publishing, Ltd. m/s. 145. ISBN 0-7546-3549-X.
  9. ^ Olitzky, Kerry M.; Ronald H. Isaacs; Dorcas Gelabert (2004). The Complete how to Handbook for Jewish Living: Three Volumes in One. KTAV Publishing House, Inc. m/s. 49–60. ISBN 0-88125-838-5.
  10. ^ Cohn-Sherbok, Dan (2003). Judaism: History, Belief and Practice. Routledge. m/s. 522. ISBN 0-415-23661-4.
  11. ^ Olitzky, Kerry M.; Ronald H. Isaacs; Dorcas Gelabert (2004). The Complete how to Handbook for Jewish Living: Three Volumes in One. KTAV Publishing House, Inc. m/s. 432–433. ISBN 0-88125-838-5.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.