Linda Tsen Thau Lin

Datuk Linda Tsen Thau Lin (Bahasa Cina: 曾道玲pinyin: Zēng Dào Líng) merupakan seorang ahli politik Malaysia. Beliau kini adalah Ahli Parlimen Malaysia bagi kawasan Batu Sapi di Sabah, menwakili Parti Bersatu Sabah (PBS) dari gabungan Barisan Nasional.[1]

Yang Berhormat Datuk

Linda Tsen Thau Lin

PGDK (Sabh); JMN
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Batu Sapi, Sabah
Dalam jawatan
2010–2018
Didahului olehDatuk Ir. Edmund Chong Ket Wah
Digantikan olehDatuk Liew Vui Keong
Butiran peribadi
Lahir (1956-07-29) 29 Julai 1956 (umur 67)
Sandakan, Borneo Utara
Parti politikPBSBarisan Nasional
PasanganDatuk Ir.Edmund Chong Ket Wah (m. 9 October 2010)
Anak-anak4
PekerjaanParlimen Malaysia

Tsen yang dilahirkan di Sandakan pada tahun 1956, mengikut persekolahan awalnya di Sekolah Rendah Chi Hwa dan Sekolah Menengah Tiong Hwa, di sini. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di St Brandon School, United Kingdom, dan Trinity College of Music, London serta Fellowship London College of Music[2] merupakan seorang ahli musik dan guru piano serta adalah presiden Persatuan Musik Kota Kinabalu (Kota Kinabalu Music Society.[3]

Tsen buat kali pertama dipilih sebagai ahli parlimen setelah berjaya memenangi kerusi parlimen Batu Sapi yang sebelum itu dipegang mendiang suaminya Edmund Chong Ket Wah di dalam Pilihan raya kecil Batu Sapi 2010 pada 4 November 2010 yang diadakan akibat kematian mengejut suaminya di dalam kemalangan. Beliau menwakili Barisan Nasional mengalahkan calon-calon pembangkang dari Parti Maju Sabah (SAPP) dan the Parti Keadilan Rakyat (PKR).[4] Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Elopura.

Keputusan Pilihan Raya sunting

Parlimen Malaysia: Batu Sapi, Sabah[5]
Tahun Barisan Nasional Undi % Pembangkang Undi % Pembangkang Undi %
2010[6] Linda Tsen (PBS) 9,773 64% Ansari Abdullah (PKR) 3,414 22% Yong Teck Lee(SAPP) 2,031 13%
2013 Linda Tsen (PBS) 13,085 57% Hamzah Abdullah (PAS) 9,287 41%
2018 Linda Tsen (PBS) 8,357 25.7%2 Liew Vui Keong (WARISAN) 12,976 39.8%2

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Linda Tsen Thau Lin, Y.B. Datin". Parliament of Malaysia (dalam bahasa Malay). Dicapai pada 8 January 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "LINDA TSEN THAU LIN, BALU MENDIANG EDMUND CHONG CALON BN DI BATU SAPI". Admin Keruak.com. 24 October 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-13. Dicapai pada 21 January 2011.
  3. ^ "Linda Tsen, the late MP's widow, is BN candidate for Batu Sapi". Sin Chew Jit Poh. 25 October 2010. Dicapai pada 8 January 2011.
  4. ^ "A chronology of political events in Malaysia in 2010". The Malay Mail. Media Prima Berhad. 30 December 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-22. Dicapai pada 8 January 2011.
  5. ^ "Batu Sapi: Linda Tsen wins by whopping 6,359 majority". The Star. Star Publications. 4 November 2010. Dicapai pada 8 January 2011. Percentage figures based on total turnout.
  6. ^ A SAPP candidate, Yong Teck Lee, received 2,031 votes.