Linus Benedict Torvalds (dilahirkan pada 28 Disember 1969 di Helsinki, Finland) ialah seorang jurutera perisian yang terkenal kerana menerajui pembangunan inti Linux. Sekarang ini beliau berperanan sebagai pengelola projek dan diberi gelaran Benevolent Dictator for Life (bermaksud Diktator Baik Hati Sepanjang Hayat).

Linus Torvalds
Torvalds di LinuxCon Europe 2014
Kelahiran
Linus Benedict Torvalds

(1969-12-28) 28 Disember 1969 (umur 54)
WarganegaraFinland, Amerika Syarikat (dirasmikan 2010)[1]
Pusat pendidikanUniversiti Helsinki
PekerjaanJurutera perisian
MajikanYayasan Linux
Terkenal keranaKernal Linux, Git
PasanganTove Torvalds (née Monni)
Anak-anak3
Ibu bapaNils Torvalds (bapa)
Anna Torvalds (ibu)[2]
SaudaraOle Torvalds (datuk)
Laman web rasmitorvalds-family.blogspot.com (lapuk)

Linus mendapat ilham dari Minix (sebuah sistem pengendalian yang dibangunkan oleh Andrew S. Tanenbaum) untuk membangunkan sebuah sistem pengendalian ala Unix yang berupaya dan boleh dijalankan pada sebuah komputer peribadi. Pada hari ini Linux boleh dijalankan pada pelbagai seni bina.

Biografi sunting

Linus dilahirkan di Helsinki, ibu negara Finland, sebagai anak kepada Nils dan Anna Torvalds. Kedua-dua ibu bapanya merupakan orang-orang kampus radikal di Universiti Helsinki pada sekitar 1960-an, bapanya seorang komunis yang pada pertengahan 1970-an belajar di Moscow selama setahun. Linus menjadi amat malu semasa itu kerana kanak-kanak lain mengejeknya tentang aliran politik bapanya.

Keluarganya dalam minoriti Finland-Sweden, iaitu penduduk Finland yang mengguna bahasa Sweden (lebih kurang 6% daripada penduduk Finland). Nama beliau adalah bersempena Linus Pauling. Beliau menyambung pelajaran di Universiti Helsinki pada tahun 1988.

Pada tahun 2004, Linus Torvalds dan keluarganya berpindah ke San Jose, California dan menetap di sana. Beliau hidup bersama isterinya, Tove, (enam kali juara Karate kebangsaan di Finland), yang ditemukan pada musim luruh 1993, kucingnya Randi (singkatan untuk Mithrandir, nama Elvish untuk Gandalf, seorang ahli sihir di The Lord of the Rings), dan tiga orang anaknya, Patricia Miranda (5 Disember 1996), Daniela Yolanda (16 April 1998), dan Celeste Amanda (20 November 2000).

Beliau bekerja untuk Transmeta Corporation daripada Februari 1997 hingga Jun 2003, dan kini diupah oleh OSDL untuk membangunkan inti Linux. Walaupun pejabat OSDL terletak di Portland, Oregon, beliau bekerja dari dalam rumahnya di San Jose.

Maskot peribadi Linus Torvals ialah seekor penguin bernama Tux, yang juga diterima oleh komuniti Linux sebagai maskot inti Linux.

Hukum Linus, yang dicipta oleh Eric S. Raymond ialah, "given enough eyeballs, all bugs are shallow" (secara harfiah: "dengan mata yang mencukupi, semua pepijat adalah cetek"). Pepijat yang dalam ialah sesuatu yang sukar dicari, dan dengan banyak orang mencarinya, harapan (dan banyak pengalaman) ialah tiada pepijat yang dalam. Torvalds dan Raymond mempunyai falsafah sumber terbuka, yang dibina pada kepercayaan ini.

Tidak seperti kebanyakan pendakwah sumber terbuka, Linus Torvalds mengambil sikap mendiamkan diri biasanya enggan membuat komen tentang perisian yang bersaing dengan Linux seperti sistem pengendalian Windows ciptaan Microsoft yang menguasai pasaran sistem pengendalian. Pendirian "atas pagar" beliau dikritik oleh projek GNU, khasnya terhadap kerja mengembang atur cara komersial bersama Transmeta dan penggunaan perisian hak milik Bitkeeper. Walaubagaimanapun, ada masa Torvalds bertindak balas dengan penyataan yang kuat kepada apa yang dipercayai sebagai anti-Linux (dan anti-sumber terbuka) FUD daripada penjual perisian komersial seperti Microsoft atau SCO.

Contohnya, dalam satu tindak balas email kepada penyataan oleh Naib Presiden Senior Microsoft Craig Mundie, yang mengkritik perisian sumber terbuka sebagai tidak berinovatif dan pemusnah hak intelek, Linus Torvalds mengulas: "Rasa-rasanya, pernahkah Mundie dengar tentang Sir Isaac Newton. Dia bukan sahaja terkenal kerana mendirikan asas bagi mekanik klasik (dan teori graviti yang asal), yang diingat oleh kebanyakan orang, juga cerita pokok epal), tapi dia juga terkenal oleh cara dia mengiktiraf kejayaannya: Jika saya telah boleh pandang lebih jauh, ia hanya kerana saya berdiri pada bahu gergasi ... Saya lebih suka mendengar kepada Newton berbanding Mundie. Beliau mungkin sudah meninggal dunia tiga ratus tahun yang lalu, tapi beliau lagi kurang membusukkan bilik."

Sambungan Linus/Linux sunting

Linus Torvalds asasnya guna sistem pengendalian Minix pada komputernya, yang dia mengganti dengan sistem pengendaliannya sendiri; beliau memberinya nama sementara Linux (Minix Linus); tetapi beliau merasai nama itu terlalu sombong dan merancang menukar namanya kepada Freax (sebuah gabungan perkataan bahasa Inggeris "free" yang bermaksud bebas, "freak" yang bermaksud orang gila, dan huruf x). Rakannya Ari Lemmke mendorong Linus untuk memuat naik Linus ke Internet supaya mudah dimuat turun oleh orang lain. Ari memberi Linus sebuah direktori bernama linux pada pelayan FTP-nya, kerana beliau tidak menyukai nama Freax.

Pada Ogos 1991, beliau mengumumkan ciptaannya dalam kumpulan berita Usenet comp.os.minix:

Message-ID: 1991Aug25.205708.9541@klaava.helsinki.fi
From: torvalds@klaava.helsinki.fi (Linus Benedict Torvalds)
To: Newsgroups: comp.os.minix
Subject: What would you like to see most in minix?
Summary: small poll for my new operating system

Hello everybody out there using minix-I'm doing a (free)
operating system (just a hobby, won't be big and professional
like gnu) for 386 (486) AT clones. This has been brewing since
april, and is starting to get ready. I'd like any feedback on
things people like/dislike in minix, as my OS resembles it
somewhat

Any suggestions are welcome, but I won't promise I'll implement them :-)

Linus

Hanya lebih kurang 2% daripada inti Linux pada masa kini adalah ditulis oleh Torvalds, tetapi beliau masih mempunyai kuasa muktamad atas kod apa dan inovasi adalah dimasuki ke inti Linux[2] Diarkibkan 2004-04-15 di Wayback Machine; aspek sistem pengendalian yang lain (yang boleh dilihat oleh pengguna dan apa yang tidak boleh dilihat) seperti sistem tingkapan X, gcc dan sistem pengurusan bungkusan adalah ditangani oleh orang lain. Kebanyakan edaran Linux pun ada versi sendirinya oleh inti Linux. Torvalds biasanya tidak memasuki debat yang tidak berkaitan dengan inti Linux. Inti Linux yang ditulis/diurus olehnya, apabila digabung dengan atur cara yang dicipta oleh orang lain (terutamanya sistem GNU) menjadi sebuah edaran Linux. Kebanyakan orang memanggil ini "Linux" dan juga ada yang memanggilnya "GNU/Linux".

Torvalds memegang cap dagangan "Linux" dan memantau[4] penggunaan (ataupun penyalahgunaan)nya dengan organisasi Linux International. Tidak perlu dikata, 'banyak bola mata membuat penyalahgunaan cap sukar'; beliau mendapat pembantuan daripada komuniti Linux antarabangsa.

Pada tahun 2001, beliau menerima Anugerah Takeda untuk Kesihatan Sosial/Ekonomik dengan Richard Stallman dan Ken Sakamura.

Bacaan lanjut sunting

  • Linus Torvalds, David Diamond: Just for Fun: The Story of an Accidental Revolutionary, New York, HarperBusiness, 2001, ISBN 0-06-662072-4

Rujukan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan citLinus tidak disediakan
  2. ^ "Linux Online – Linus Torvalds Bio". Linux.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-06-26. Dicapai pada March 13, 2010.
  3. ^ Rogoway, Mike (7 June 2005). "Linus Torvalds, Incognito Inventor". The Oregonian. Dicapai pada 8 July 2014. A sort of anti-celebrity, he is plainly ambivalent about fame and content to stay nestled at home in a tony cluster of million-dollar houses atop the densely forested hills of the Dunthorpe neighborhood.
  4. ^ [1]

Pautan luar sunting