Live Earth merupakan acara tahunan bagi memerangan perubahan iklim di seluruh dunia. Ia mengadakan menggunakan pentas hiburan iaitu konsert bagi membangkitkan kesedaran amasyarakat antarabangsa betapa pentingnya memelihara alam sekitar.

Live Earth
Logo Live Earth
GenrePop, rock
Tarikh7 Julai 2007
Lokasi2007: Sydney, Johannesburg, New Jersey, Rio de Janeiro, Antartika, Tokyo, Kyoto, Shanghai, London, Hamburg, Washington DC dan Rom
Tahun aktif
2007
Diasaskan olehAl Gore, Kevin Wall
Laman sesawang
www.liveearth.org
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pentas hiburan digunakan kerana ia dapat menembusi rangkaian sosial yang lebih luas. [1]

Pengasas sunting

Live Earth merupakan NGO antarabangsa yang ditubuhkan oleh Emmy Kevin Wall . Bekas Naib Presiden Amerika Syarikat dan pemenang Hadiah Nobel Keamanan Al Gore turut bekerjasama menjayakan konsert ini.


Konsert Live Earth 2007 sunting

Konsert Live Earth 2007 telah diadakan pada 7 Julai 2007 bertajuk "Live Earth: The Concerts for A Climate Crisis" . Ia diadakan serentak di New York, London, Sydney, Tokyo, Shanghai, Rio de Janeiro, Johannesburg dan Hamburg

Konsert Live Earth 2010 sunting

Konsert Live Earth 2010 diadakan serentak di 39 negara di dunia pada 18 April 2010. Temanya ialah Dow Live Earth Run For Water". Kempen ini diharap dapat menyedarkan masyarakat dunia tentang kesan kerosakan alam sekitar terutama kepada krisis air.

Indonesia mengadakan Konsert Live Earth ini di Wisma Kencana, pulau Bali. Artis yang terlibat ialah kumpulan band Slank, Maliq & d'Essentials dan Saykoji serta penyanyi Glen Fredly dan Nugie. Larian 6km turut diadakan. Ia simbolik kepada jarak untuk mendapatkan air bersih - satu kesengsaraan bagi wanita dan kanak-kanak.

Krisis air sunting

Dunia mula merasakan kekurangan air bersih kerana pokok-pokok yang berfungsi menyimpan air ditebang, sungai-sungai dipenuhi sampah sarap hingga menyebabkan ia menjadi cetek dan tercemar teruk. Krisis air berpunca daripada pengondolan hutan, penswastaan dan sanitasi yang buruk.


Rujukan sunting