Liz Irving (lahir 7 Februari 1965 di Brisbane, Queensland) ialah seorang jurulatih dan bekas pemain skuasy profesional dari Australia.

Irving ialah naib juara Skuasy Terbuka Dunia tahun 1993 selepas tewas kepada rakan senegara, Michelle Martin. Dia juga pernah ke pusingan akhir Terbuka British sebanyak tiga kali, dengan tumpas kepada pemain New Zealand, Susan Devoy pada tahun 1988, dan tewas kepada Martin pada tahun 1994 dan 1995. Irving memenangi gelaran beregu campuran pada Kejohanan Skuasy Beregu Dunia pada tahun 1997 (berpasangan dengan Dan Jenson). Kedudukan ranking tertinggi beliau ialah No. 2 dunia pada tahun 1988.

Sejak bersara daripada sukan skuasy, Irving tinggal di Amsterdam, dimana dia menjadi jurulatih kepada pemain-pemain skuasy wanita dunia, termasuklah pemain No. 1 dunia terkini, Nicol Ann David dari Malaysia. Dia juga pernah menjadi jurulatih kepada pemain dari Belanda iaitu Vanessa Atkinson.

Pautan luar sunting