Lobotomi atau leukotomi ialah sejenis psikopembedahan, suatu rawatan pembedahan neural ke atas masalah mental yang melibatkan pemutusan hubungan dalam korteks prefrontal dalam otak manusia.[1] Prosedur ini digunakan untuk tujuan rawatan psikiatri serta penyakit yang berkaitan selama dua dekad, terutamanya dari awal tahun 1940-an hingga tahun 1950-an.

Kesan-kesan sampingannya sangat dipertelingkahkan dalam kalangan doktor berdasarkan setakat mana ia menjejaskan keadaan pesakit selepas itu; pesakit dilaporkan kerap berada dalam hampir sedar, bingung atau hilang imbangan; ada daripada mereka turut bertambah selera sehingga menambahkan berat badan mereka secara drastik. Sawan turut diperhatikan dalam kalangan pesakit yang menerima operasi sebegini.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Lobotomy: Definition, Procedure & History". Live Science. Dicapai pada 2018-06-28.
  2. ^ Noyes & Kolb 1962, m/s. 550–555

Pautan luar sunting