Loji Kuasa Nuklear Onagawa

Loji Kuasa Nuklear Onagawa (Jepun: 女川原子力発電所, Hepburn: Onagawa genshiryoku hatsudensho, Onagawa NPP) ialah sebuah loji kuasa nuklear yang terletak di atas tapak seluas 1,730,000 m2 (432 ekar)[1] di Onagawa di Daerah Oshika dan bandaraya Ishinomaki, Wilayah Miyagi, Jepun. Ia diurus oleh Tohoku Electric Power Company.

Loji Kuasa Nuklear Onagawa
Loji Kuasa Nuklear Onagawa
Loji Kuasa Nuklear Onagawa is located in Bumi
Loji Kuasa Nuklear Onagawa
Loji Kuasa Nuklear Onagawa (Bumi)
Lokasi Loji Kuasa Nuklear Onagawa
NegaraJepun
Koordinat38°24′04″N 141°29′59″E / 38.40111°N 141.49972°E / 38.40111; 141.49972Koordinat: 38°24′04″N 141°29′59″E / 38.40111°N 141.49972°E / 38.40111; 141.49972
Pembinaan bermula08 Julai 1980 (1980-07-08)
Tarikh tauliah01 Jun 1984 (1984-06-01)
PengendaliTohoku Electric Power Company
Maklumat reaktor
Reactors operational1 x 524 MW
2 x 825 MW
Maklumat janaan kuasa
Janaan tahunan5,283 GW·h
Jumlah janaan157,545 GW·h
Tapak web
versi bahasa Jepun, versi bahasa Inggeris
As of 25 Julai 2007

Loji ini mematuhi sepenuhnya ISO 14001, iaitu piawaian pengurusan alam sekitar antarabangsa. Air haba sisa loji keluar 7 darjah Celsius lebih tinggi daripada ketika masuk dan dilepaskan di paras 10 meter bawah permukaan air untuk mengurangkan kesan buruk kepada alam sekitar.[2] Semua reaktornya dibina oleh Toshiba.[3]

Bencana 2011 sunting

Kyodo News melaporkan bahawa bahagian turbin loji ini terbakar ekoran gempa bumi Tōhoku pada 11 Mac 2011.[4]

Pada 13 Mac 2011, dua hari selepas malapetaka, tahap radiasi di tapak itu mencecah 21μSv sejam, satu takat yang mana Tohoku Electric Power Company dikehendaki mengumumkan kecemasan, dan demikianlah yang dibuat syarikat itu pada jam 12:50. 10 minit kemudian, takat itu jatuh kepad 10μSv/jam.[5][6][7] Pihak berkuasa Jepun menyangka bahawa takat radiasi yang tiba-tiba meningkat itu disebabkan oleh radiasi dari kemalangan nuklear Fukushima I, bukan dari loji Onagawa itu sendiri.[8][9] Pada 13 Mac, 20:45 UTC, IAEA mengumumkan bahawa takat radiasi di loji Onagawa pulih kepada normal.[8]

Ketiga-tiga unitnya kekal rudum sejak bencana 11 Mac. 200 orang yang kehilangan tempat tinggal akibat tsunami berteduh di loji itu.[10] Kejutan lanjur pada 7 April 7 merosakkan dua daripada tiga talian kuasa luaran di loji tetapi pendinginan diteruskan oleh talian yang ketiga itu.[11]

Pada 8 April 2011, Kyodo News melaporkan kenyataan agensi nuklear bahawa berlakunya kebocoran air radioaktif yang tumpah dari kolam yang menakung rod bahan api nuklear yang terpakai.[12]


Rujukan sunting

  1. ^ Tohoku Power. The Onagawa Plant (information) Diarkibkan 2011-03-21 di Wayback Machine.
  2. ^ Tohoku Power. Onagawa Nuclear Power Station.
  3. ^ Toshiba. Nuclear List of Delivered Units.
  4. ^ "Fire at Tohoku Elec Onagawa nuclear plant". Reuters. Kyodo | Reuters. 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-18. Dicapai pada March 13, 2011.
  5. ^ "Contamination checks on evacuated residents". world-nuclear-news.org. 2011. Dicapai pada 13 Mac 2011. A technical emergency was declared at 12.50 pm today at the Onagawa nuclear power plant after radiation levels in the plant site reached 21 microSieverts per hour. At this level plant, owner Tohoku Electric Power Company is legally obligated to inform government of the fact. Within just ten minutes, however, the level had dropped to 10 microSieverts per hour.
  6. ^ "IAEA update on Japan Earthquake". iaea.org. March 13, 2011. Dicapai pada 13 Mac 2011. Japanese authorities have also informed the IAEA that the first (i.e., lowest) state of emergency at the Onagawa nuclear power plant has been reported by Tohoku Electric Power Company. The authorities have informed the IAEA that the three reactor units at the Onagawa nuclear power plant are under control. As defined in Article 10 of Japan's Act on Special Measures Concerning Nuclear Emergency Preparedness, the alert was declared as a consequence of radioactivity readings exceeding allowed levels in the area surrounding the plant. Japanese authorities are investigating the source of radiation.
  7. ^ Chico Harlan, Steven Mufson:Japanese nuclear plants' operator scrambles to avert meltdowns. The Washington Post, 11 Mac 2011
  8. ^ a b IAEA (2011). "Fukushima Nuclear Accident Update Log - Updates of 13 Mac 2011". iaea.org. Dicapai pada 13 Mac 2011.
  9. ^ "Sea water injected into troubled Fukushima power plant | The Manila Bulletin Newspaper Online". mb.com.ph. 2011 [last update]. Dicapai pada 13 Mac 2011. Meanwhile, radiation monitored at the Onagawa nuclear power plant in Miyagi Prefecture on the Pacific coast shot up on Sunday, Tohoku Electric Power Co. said, adding that it was likely caused by radioactive substances let out at the troubled Fukushima No. 1 nuclear power plant in Fukushima Prefecture. Check date values in: |year= (bantuan)
  10. ^ Ito, Shingo (Agence France-Presse/Jiji Press), "Neighbors of Miyagi reactor mull getting out", Japan Times, 1 April 2011, p. 3.
  11. ^ earthquake today: Tsunami warning lifted, but Fukushima evacuated, Christian Science Monitor, Gavin Blair, April 7, 2011
  12. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-09. Dicapai pada 2011-04-09.