Lompat kijang (Tulisan Jawi: لومڤت كيجڠ), kadang-kadang dirujuk sebagai hop, step and jump atau hop, skip and jump, merupakan acara balapan dan padang, mirip dengan lompat jauh. Sebagai satu kumpulan, kedua-dua acara tersebut dirujuk sebagai "melompat melintang". Pesaing berlari dalam satu laluan balapan dan mempersembahkan lompatan sebelah kaki dan melompat menuju tambak berpasir. Lompat jauh diilhamkan daripada Sukan Olimpik purba dan menjadi acara Sukan Olimpik moden sejak permulaan temasya pada 1896.

Olahraga
Lompat kijang
Bekas pemegang rekod dunia Willie Banks semasa Sukan Olimpik Musim Panas 1988 di Seoul, Korea Selatan.
Rekod lelaki
DuniaJonathan Edwards (GBR) 18.29 m (60 ka 0 in) (1995)
OlimpikKenny Harrison (USA) 18.09 m (59 ka 4 in) (1996)
Rekod wanita
DuniaInessa Kravets (UKR) 15.50 m (50 ka 10 in) (1995)
OlimpikFrançoise Mbango (CMR) 15.39 m (50 ka 5 34 in) (2008)

Menurut peraturan IAAF, "hop harus dibuat supaya seorang atlet mendarat terlebih dahulu dengan kaki yang sama seperti yang telah diambilnya, di langkah dia akan mendarat di kaki yang lain, dari mana, kemudian, lompatan itu dilakukan."[1]

Pemegang rekod dunia lelaki dan wanita yang terkini ialah Jonathan Edwards dari Great Britain, dengan lompatan sejauh 18.29 m (60 kaki 0 in), dan Inessa Kravets dari Ukraine, dengan lompatan sejauh 15.50 m (50 kaki 10 inci). Kedua-dua rekod itu telah ditetapkan semasa Kejohanan Dunia 1995 di Gothenburg.

Persekutuan Sukan Universiti Antarabangsa - Gwangju 2015 - Lompat kijang lelaki akhir, Dmitrii SOROKIN (RUS 17.29) memenangi pingat emas.

Sejarah sunting

Adalah dipercayai bahawa acara lompat kijang bermula pada abad ke-19 di Ireland. Kali pertama acara lompat kijang diperlihatkan adalah apabila pelompat melakukan dua kali lompatan dengan menggunakan sebelah kaki yang sama, sebelum melakukan lompatan seperti acara lompat jauh.

Ini bermakna, acara lompat kijang ini adalah gabungan acara lompat jauh dengan lompatan seperti gaya seekor kijang. Versi terawal ini dipertandingkan pada Sukan Olimpik moden tahun 1896 di Athens, Greek. Pemenang pertama acara ini ialah James Connoly dari Greek.

Pada peringkat awal, lompat kijang dikenali sebagai hop, step, and jump dan kemudiannya ditukar namanya kepada triple jump. Dari Ireland, acara lompat kijang diperkenalkan ke negara Scotland, dan seterusnya ke Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19.

Teknik sunting

Perubahan dalam teknik lompatan telah dilakukan dari semasa ke semasa bagi memudahkan para peserta yang mengambil bahagian, iaitu daripada melakukan dua kali lonjakan (hop), yang kemudiannya diubah kepada satu lonjakan, dan diikuti dengan satu langkahan sebelum membuat lompatan.

Kini, acara lompat kijang terus menggunakan teknik yang mula diperkenalkan sejak tahun 1940-an, dan terus kekal sehingga ke hari ini. Acara ini telah mula berkembang selepas tahun 1930-an di Jepun, Brazil, dan Kesatuan Soviet. Telah sekian lama acara ini dipelopori oleh atlet lelaki, namun sejak akhir-akhir ini acara ini telah dipertandingkan di kalangan atlet wanita.

Malah dalam beberapa kejohanan peringkat kebangsaan negara Malaysia, Sukan Asia Tenggara turut memasukkan acara lompat kijang sebagai satu acara pertandingan. Sebagai salah satu acara olahraga yang disertai oleh kedua-dua kategori untuk lelaki dan wanita, maka teknik, kaedah, dan prinsip berhubung acara ini boleh digunakan bersama dalam kategori tersebut.

Rujukan sunting

  1. ^ "IAAF Competition Rules 2012-2013". Dicapai pada 2013-08-18.

Pautan luar sunting