Lord Jim ("Tuan Jim") ialah sebuah novel karya Joseph Conrad yang asalnya diterbitkan sebagai cerita bersiri dalam majalah Blackwood's, dari Oktober 1899 hingga ke November 1900.

Lord Jim
Umum
PengarangJoseph Conrad
NegaraBritain
BahasaBahasa Inggeris
GenreNovel psikologi
Penerbitan
PenerbitBlackwood
Tarikh penerbitan
1900
Jenis media
Cetak (Kulit keras dan Kulit lembut)
Halaman451 halaman. (edisi pertama, kulit keras)
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN N/A Invalid ISBN
OCLC4326282

Novel ini bertumpu kepada tindakan seorang malim bernama Jim yang terpaksa meninggalkan kapalnya yang sedang tenggelam. Beliau dicemuh masyarakat awam dan novel mengikuti usahanya berdepan dengan peristiwa silamnya.

Pada tahun 1998, Modern Library meletakkan Lord Jim pada nombor ke-85 dalam senarainya berkaitan 100 novel bahasa Inggeris yang terbaik bagi abad ke-20.

Ringkasan plot sunting

Jim (nama keluarganya tidak diberikan), seorang pelaut British, menjadi malim pertama kapal Patna, sebuah kapal yang penuh dengan bakal haji yang belayar ke Makkah. Jim mengiringi kaptennya dan anak kapal lain yang meninggalkan kapal yang karam. Beberapa hari kemudian, mereka diselamatkan kapal British. Namun, Patna dan para penumpangnya juga diselamatkan kemudian, dan tindakan terkutuk para anak kapal didedahkan. Para anak kapal yang meninggalkan kapal mengelak daripada penyiasatan dan Jim seorang di bawa ke hadapan mahkamah. Mahkamah melucutkan sijil pemerintahan navigasinya oleh sebab kecuaiannya menjalankan tanggung jawab. Jim berasa marah dengan dirinya sendiri, kedua-dua kerana kelemahannya dan kerana terlepas peluang menjadi 'wira'.

Semasa perbicaraannya, Jim bertemu Marlow, seorang kapten kapal. Mahupun Marlow pada mulanya berasa was-was akan apa yang dilihatnya sebagai kelemahan moral Jim, Marlow akhirnya menjadi rakan Jim , kerana "dia seorang daripada kita". Kemudian Marlow mendapatkan Jim kerja sebagai seorang kerani dengan pembekal keperluan kapal. Jim cuba menyamar, tetapi apabila keaiban kejadian Patna timbul, beliau meninggalkan tempat tinggalkan dan berpindah lebih ke timur.

Lama kelamaan, rakan Marlow, bernama Stein mencadangkan agar Jim menjadi agen faktornya (wakil) di Patusan, sebuah penempatan pedalaman dengan penduduk Melayu dan Bugis, di mana kisah silam Jim boleh disembunyikan. Sementara tinggal di pulau itu Jim mendapat gelaran 'Tuan' atau ('Lord').[1]

Di sini, Jim mendapat penghormatan masyarakat tempatan dan menjadi ketua mereka dengan melepaskan mereka daripada gangguan penyamun Sherif Ali dan melinding mereka daripada ketua yang tidak berakhlak, Rajah Tunku Allang. Jim berjaya menawan minat Jewel, seorang kacukan, "berpuas hati... hampir". Tamatnya tiba beberapa tahun kemudian, apabila pekan diserang oleh seorang penjarah bernama "Gentleman" Brown. Walaupun Brown dan gerombolannya berjaya ditentang, Dain Waris, anak lelaki ketua kaum Bugis terbunuh. Jim pulang kepada Doramin, ketua Bugis, dan dengan rela setuju ditembak Doramin sebagai balasan kematian anaknya.

Marlow juga pengisah tiga daripada karya lain Conrad: Heart of Darkness, Youth, and Chance.

Ilham sunting

Kejadian penting dalam Tuan Jim mungkin berlandaskan kejadian sebenar di mana kapal ditinggalkan. Pada 17 Julai 1880, S.S. Jeddah belayar dari Singapura menuju ke Pulau Pinang dan Jeddah, dengan 778 0rang lelaki, 147 wanita dan 67 kanak-kanak. Para penumpangnya Muslim dari negeri-negeri Tanah Melayu (Malaya) yang belayar ke Makkah untuk menunaikan ibadat Haji. Jeddah belayar di bawah bendera British dan anak kapal kebanyakannya terdiri daripada orang British. Selepas menempuh cuaca buruk, air mula memasuki Jeddah. Badan kapal mengalami kebocoran besar, air naik dengan mendadak, dan kapten dan para pegawainya meninggalkan kapal yang menyenget. Mereka diselamatkan oleh sebuah kapal lain dan dibawa ke Aden di mana mereka menceritakan hal para penumpang ganas dan kapal yang terumbang-ambing. Para jemaah haji ditinggalakan kepada nasib masing-masing dan, nampak gayanya, maut yang pasti. Namun, pada 8 Ogos 1880 sebuah kapal api Perancis menunda Jeddah ke Aden – para jemaah terselamat. Penyiasatan rasmi menyusul, seperti yang berlaku dalam novel.[2]

Bahagian kedua novel berdasarkan kehidupan James Brooke, Rajah Sarawak pertama.[3] Brooke seorang penekad Inggeris kelahiran India yang dalam tahun 1840-an berjaya merampas kuasa dan menubuhkan negeri merdeka di Sarawak, pulau Borneo (kini sebahagian daripada Malaysia). Beberapa pengkritik berpendapat bahawa Patusan rekaan itu bukan di Borneo tetapi di Sumatra.[4]

Tafsiran kritis sunting

Novel erbahagi kepada dua, pertamanya kelemahan Jim semasa dalam kapal Patna dan kejatuhannya; dan keduanya kisah pengembaraan tentang kebangkitan Jim dan peleraian kisah dalam wailyah rekaan Patusan, dianggap sebahagian daripada kepulauan Melayu.

Team-tema utama menyelubungi potensi Jim ("... di seorang daripada kita", kata Marlow, si pengisah) dengan itu menajamkan drama dan tragedi ketjuhannya, pertuangan kemudian bagi menebus maruahnya, dan bayangan Conrad bahawa kecacatan keperibadian akan muncul jika terdapat pemangkin yang besesuaian. Conrad, becakap melalui wataknya, Stein, menggelar Jim seorang watak romantik, dan sebenarnya, Tuan Jim merupakan novel conrad yang paling romantik.[5]

Di samping kecantikan dan lirisisme (sifat kesenian yang berhubung rapat dengan perasaan peribadi dan ketara dalam stail yang berlebih-lebihan) penulisan deskriptif Conrad, novel menonjol oleh sebab binaanya yang canggih. Sebahagian besar novel dikisahkan dalam bentuk cerita yang diriwayatkan seorang watak, Marlow, kepada sekumpulan pendengar, dan bahagian penamat disampaikan dalam bentuk surat daripada Marlow. Dalam penisahan Marlow, watak-watak lain juga mengisahkan cerita mereka dalam dialog tersarang. Justeru, kejadian dalam novel diceritakan dari beberapa sudut, dan sering di luar susunan masa.

Nota sunting

  1. ^ Elleke Boehmer (2005). Colonial and postcolonial literature: migrant metaphors. Oxford University Press. m/s. 59–60. ISBN 978-0-19-925371-5.
  2. ^ Joseph Conrad, Linda Dryden, Cathy Schlund-Vials (2009). Lord Jim. Penguin Group. m/s. ix. ISBN 978-0-451-53127-8.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^ Conrad, Joseph. Lord Jim. Broadview Press. m/s. 13–14, 389–402. Dicapai pada 2009-09-24. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  4. ^ Hampson, Conrad's Heterotopic Fiction See also 1923 Curle article
  5. ^ Ian Watt, Conrad in the Nineteenth Century, p.346

Pautan luar sunting

Rujukan

Ulasan