Lorraine

Kawasan di Perancis

Lorraine merupakan salah satu daripada 22 daerah dalam negara Perancis terletak di sebelah timur laut rantau benua negara tersebut.

Kawasan Lorraine ditandakan merah dalam peta daerah-daerah Perancis.

Lorraine terkenal sebagai tempat kelahiran srikandi terkenal Perancis Jeanne d'Arc, malah juga dikatakan merupakan tempat kelahiran masakan Perancis, Quiche Lorraine.

Beberapa bandar utamanya adalah Metz, Nancy dan Verdun.

Sejarah sunting

 
Lotharingia (1508), Martin Waldseemüller, Saint-Dié-des-Vosges

Lorraine pada asalnya adalah kerajaan tersendiri. Ia dibentuk pada 843 apabila empire Carolingian dibahagikan antara tiga orang anaklelaki Louis yang Alim "Louis the Pious". Dinamakan menurut pemerintah yang baru, Maharaja Lothar, iadikenali sebagai Lotharingia. Di Perancis, ia berubah kepada Lorraine, sementara di Jerman, ia akhirnya dikenali sebagai Lothringen.

Akibat kehilangan gelaran diraja dan naungan Carolingian yang semakin mundur, kerajaan ini kehilangan tanah jajahan dan berada di bawah kuasa duke. Ini mengakibatkan gelaran kerajaan yang dimiliki Lorraine bertukar ke duchy. Di antara tahun 1733 dan 1766 Lorraine diperintah (secara amnya dianggap diperintah dengan cekap) oleh Stanislaus I of Poland. Pada tahun 1766 Lorraine menjadi sebahagian daripada negara Perancis, dan diorganisasikan dalam kerajaan Perancis.

Lorraine, bersama dengan Alsace, sejak dulu merupakan tanah yang disaingi oleh Perancis dan negara Jerman. Semasa abad ke-16 dan ke-17, kebanyakan kawasannya diidami oleh orang Jerman yang menentang Bahasa Perancis dan kastam Perancis. Proces ini dihentikan semasa pemerintahan Stanislaus I tetapi ia tetap berlaku selepas pemerintahannya. Kudua-dua Lorraine and Alsace dijajah oleh Negara Jerman selepas Perang Franco-Prussian tahun 1870. Ini menyebabkan ramai orang berhijrah ke Negara Perancis. Lorraine kekal sebahagian negara Jerman hingga akhir Perang Dunia Pertama. Selepas itu, Negara Jerman menyerahkannya kepada Negara Perancis.

Penetapan semula identiti Jerman diterbalikkan menjelang penyerahan Jerman pada tahun 1918. Polisi mengharamkan penggunaan Bahasa Jerman dan menggalakkan penggunaan Bahasa Perancis dimulakan. Kawasan ini kemudian dijajah oleh Negara Jerman pada tahun 1940 semasa Perang Dunia Kedua. Lorraine telah digabungkan dengan Saarland, dan Alsace dengan Baden. Penjajahan tersebut bukan sahaja memberhentikan oppresi anti-German yang dianggap berlaku tetapi juga menyebabkan rakyat kawasan itu berada di bawah diktatorship Nazi yang dibencikan oleh hampir semua rakyat, termasuk orang German etnik. Kawasan yang dibinasa perang diberi sekali lagi kepada Perancis pada 1944 selepas kempen yang dilancarkan oleh Jeneral Patton dan askarnya berjaya. Disebabkan kekerapan pertempuran di kawasan itu, Lorraine mengandungi kawasan perkuburan Amerika yang terbesar di Negara Perancis.

Budaya sunting

 
Quiche lorraine

Walaupun dengan polisi "Satu Bahasa" kerajaan Perancis, Dialek Jerman tempatan masih kekal. Ia digelar Bahasa Frankish. Bahasa ini berlainan dengan dialek Jerman yang digelar Bahasa Alsatian, walaupun kedua-duanya sentiasa dikelirukan. Kedua-dua dialek digelar Alsacien dalam Bahasa Perancis dan kedua-duanya tidak mempunyai sebarang pengiktirafan rasmi.

Pautan luar sunting