Louise Bourgeois (dilahirkan di Paris, 25 Disember, 1911 - meninggal 25 Disember 2010) merupakan seorang artis yang terkenal dengan seni arcanya, terutamanya 'Maman' yang menyerupai seekor labah-labah setinggi 9.1 m (30 kaki). Hasil ciptaan seni Bourgeois adalah unik kerana sepanjang kerjayanya yang menjangkau lebih kurang 70 tahun, ia tidak tergolong dalam sebarang kategori kesenian moden. Sejak tahun 1940-an, beliau bergiat dalam ciptaan tiga dimensi menggunakan pelbagai sumber; daripada arca marmar konvensional kepada yang lebih mencabar, seperti bilik-bilik yang 'terbina' daripada kenangan zaman kanak-kanaknya yang diberikan nama 'cells'. Sebahagian besar daripada seninya berasal daripada 'pengembaraan' ke dunia kenangan lama beliau yang penuh trauma dan kerunsingan.

Louise Bourgeois

Pendidikan dan kerjaya sunting

Bourgeois mendapat pendedahan awal kepada seni pada usia 12 tahun sewaktu membantu ibubapanya melengkapkan lukisan tapestri lama. Tiga tahun kemudian beliau menuntut di Sorbonne di mana matapelajaran geometri yang dipelajarinya mempengaruhi lukisannya yang bersifat kubist (cubist). Pada tahun 1938, beliau berpindah ke New York di mana Bourgeois berkerja dan menetap sehingga sekarang. Pameran pertamanya pada tahun 1947 yang terdiri daripada arca-arca kayu dan berbentuk terowong kurang meberangsangkan, dan hanyalah pada tahun 1970-an selepas kematian bapa dan suaminya, Robert Goldwater, kerjaya Bourgeois mula mendapat perhatian dan disanjungi.

Hasil ciptaan Bourgeois lebih bersifat abstrak dan sering bergema tema-tema peribadi; seperti hubungan Bourgeois dengan bapanya yang curang, kehamilan, kehidupan berumahtangga, dan percintaan. Arcanya direka menggunakan pelbagai media seperti kayu, marmar, kain, besi, dan getah. Sesetengah arca beliau berunsur seksual merupakan hujahan visual beliau mengenai dualiti jantina.

'Femme maisons' sunting

'Femme maisons' ("perempuan-rumah") adalah sekumpulan lukisan yang dihasilkan awal dalam kerjaya Bourgeois di sekitar tahun 1940-an. Lukisan yang menggambarkan tubuh badan perempuan dan sebuah rumah menggantikan kepala wujud sebagai metafora bagi minda beliau. Rumah-rumah dalam siri 'Femme maisons' wujud dalam pelbagai bentuk dan saiz melambangkan urusan rumahtangga dan anak-anak yang selalu berlegar dalam mindanya.

'Maman' sunting

 
« Maman »

Rupa bentuk labah-labah banyak menjelma dalam arca Bourgeois pada tahun 1990-an. Pada pendapatnya, labah-labah boleh memegang peranan pemangsa dan pelindung, sesuatu yang merbahaya dan juga pekerja yang teliti - kesemuanya bagi Louise Bourgeois mewakili citra seorang ibu. 'Maman' (atau 'ibu' dalam Bahasa Perancis, 1999) adalah salah satu daripada arca gergasi berbentuk labah-labah beliau. Obsesi beliau terhadap serangga ini adalah sebahagian daripada minatnya mengenai bagaimana manusia dan haiwan mencipta persekitaran seharian mereka. Bourgeois mengaitkan tabiat menenun dan 'menjahit' sarang labah-labah dengan perniagaan perbaiki tapestri ibunya.

'Cells' sunting

Sel-sel mewakili beraneka jenis kesakitan yang berlainan: yang fizikal, emosi dan psikologi, mental dan intelektual ... Setiap satu sel adalah mengenai ketakutan. Ketakutan adalah satu kesakitan ... Setiap satu sel adalah mengenai kenikmatan seorang 'voyeur', keasyikan untuk melihat dan dilihat[1]

Begitulah mesej yang disampaikan oleh Louise Bourgeois tentang bilik-biliknya yang digelar 'Cells', atau sel-sel, yang menjadi motifnya pada tahun 1990-an. Sel-sel ini menjadi ruang di mana Bourgeois boleh mengumpul dan menyusun objek-objek simbolik dan mengulan tayang kenangan pahit dan manis.

Rujukan sunting

  1. ^ Louise Bourgeois, oleh Christian Leigh, Katatogue pameran, (New York, Museum Brooklyn, 1994), mukasurat 25 dan 41

Pautan luar sunting