Love Live! Sunshine!!

Love Live! Sunshine!! (Jepun: ラブライブ! サンシャイン!!, Hepburn: Rabu Raibu! Sanshain!!) ialah sebuah projek multimedia Jepun yang ditubuhkan oleh Dengeki G's Magazine daripada ASCII Media Works, label muzik Lantis, dan studio animasi Sunrise. Projek ini merupakan sambungan siri Love Live! dan mengisahkan sebuah kumpulan pelajar sekolah yang ingin menjadi idola untuk menyelamatkan sekolah mereka daripada ditutup. Siri ini disiarkan pada bulan April 2015 bersama-sama CD lagu dan video muzik anime, diikuti sebuah siri versi manga pada tahun 2016. Sebuah siri televisyen anime yang mengandungi 13 episod ini diarah oleh Kazuo Sakai dan dihasilkan oleh Sunrise telah disiarkan antara bulan Julai dan September 2016. Musim kedua anime ini telah mula disiarkan pada bulan Oktober 2017.

Love Live! Sunshine!!
ラブライブ! サンシャイン!!
(Rabu Raibu! Sanshain!!)
GenreMuzik[1]
Diciptakan olehHajime Yatate
Sakurako Kimino
Manga
PengarangSakurako Kimino
IlustrasiMasaru Oda
PenerbitASCII Media Works
Penerbit Lain
DemografikSeinen
Majalah AsalDengeki G's Magazine
Tarikh PengeluaranMei 2016 – kini
Jilid3
Siri televisyen anime
PengarahKazuo Sakai
PenerbitMasashi Hirayama
Yūki Makimoto
Skrip/PenulisJukki Hanada
Lagu/MuzikTatsuya Kato
StudioSunrise
Dilesenkan oleh
Penyiaran AsalTokyo MX, Sun TV, KBS, BS11, TV Aichi, SBS, TVh, TVQ
Tarikh tayangan2 Julai 201630 Disember 2017
Episod26
Filem anime
Love Live! Sunshine!! The School Idol Movie: Over the Rainbow
PengarahKazuo Sakai
Skrip/PenulisJukki Hanada
Lagu/MuzikTatsuya Kato
StudioSunrise
Dilesenkan oleh
Madman Entertainment
Funimation
Dikeluarkan pada04 Januari 2019 (2019-01-04)
Jangka masa tayangan100 minit
Portal Anime dan Manga

Plot sunting

Love Live! Sunshine!! bertempat di Uchiura, Numazu, Shizuoka di mana salah sebuah sekolahnya, Uranohoshi Girls' Academy, yang terletak di tepi pantai akan ditutup dan digabungkan dengan sebuah sekolah di Numazu. Chika Takami, seorang pelajar tanpa matlamat, mendapat inspirasi daripada μ's untuk mengumpulkan rakan-rakannya dan membentuk sebuah kumpulan idola sekolah mereka tersendiri yang bernama Aqours (アクア akua, disebut "akua"), demi mempromosikan sekolah mereka. Untuk berbuat demikian, mereka menyertai pertandingan idola sekolah "Love Live" yang pernah dimenangi oleh μ's, yang menjadi lebih mencabar kerana popularitinya yang meningkat.

Watak-watak sunting

Keterangan plot di bawah merujuk kepada siri animasi televisyen. Bahagian-bahagian lain dalam francais ini seperti manga dan siri novel mengikut jalan cerita variasi lain.

Aqours sunting

Fail:Aquors lineup.jpg
Imej promosi menampilkan watak-watak utama Love Live! Sunshine!!. Dari kiri ke kanan: Ruby, Dia, Hanamaru, Riko, Chika, Kanan, You, Mari dan Yoshiko.
Chika Takami (Jepun: 高海 千歌, Hepburn: Takami Chika)
Disuarakan oleh: Anju Inami[2] (Bahasa Jepun), Jad Saxton[3] (Bahasa Inggeris)
Chika ialah watak utama Sunshine dan seorang pelajar tahun kedua di Uranohoshi Girls' Academy. Selalu menganggap dirinya sebagai terlalu biasa, dia mendapati bahawa ahli-ahli μ's selalu bersinar-sinar walaupun mereka hanya pelajar biasa. Hal ini mendorongnya untuk membentuk sebuah kumpulan idola sekolah tersendiri seperti idola-idolanya. Chika merupakan anak bongsu dalam kalangan tiga adik-beradik perempuan. Keluarganya mengusahakan sebuah rumah penginapan yang terkenal dengan kolam air panas terbuka dan pemandangan lautnya.
Riko Sakurauchi (Jepun: 桜内 梨子, Hepburn: Sakurauchi Riko)
Disuarakan oleh: Rikako Aida[2] (Bahasa Jepun), Jeannie Tirado[3] (Bahasa Inggeris)
Riko ialah seorang yang rendah diri dan pelajar pertukaran tahun kedua dari Otonokizaka Girls' Academy. Riko ialah seorang pemain piano muda, tetapi berhenti bermain piano dan berpindah ke Numazu supaya dia dapat 'merasai' laut. Dia takut akan anjing, tetapi anjing milik keluarga Takami, Shiitake, berminat dengannya. Riko juga didedahkan berminat akan manga-manga shōjo dan yuri, dan kerap membeli banyak koleksi ketika melawat Tokyo. Selepas menyertai Aqours, Riko menjadi penggubah muzik kumpulan tersebut.
Kanan Matsuura (Jepun: 松浦 果南, Hepburn: Matsuura Kanan)
Disuarakan oleh: Nanaka Suwa[2] (Bahasa Jepun), Michelle Rojas[3] (Bahasa Inggeris)
Seorang pelajar tahun ketiga dan rakan Chika semasa kecil. Kanan tinggal bersama-sama atuknya di pulau berdekatan di mana mereka mengusahakan sebuah kedai peralatan menyelam. Kanan menghadapi kesukaran untuk menghadiri kelas kerana dia perlu menjaga kedainya berseorangan sementara atuknya pulih daripada tulang yang patah. Kanan, Dia, dan Mari ialah rakan sejak kecil yang pernah membentuk sebuah kumpulan idola sekolah pada tahun pertama mereka yang bernama Aqours, tetapi dibubarkan tidak lama selepas itu. Pembubaran ini menyebabkan mereka bertiga berpecah. Kanan yang bertanggungjawab terhadap pembubaran pertama mereka dengan berpura-pura mempunyai gugup pentas untuk membenarkan kaki Mari yang terseliuh sembuh dan meyakinkan dia untuk meneruskan pelajaran di luar negara, semua ini dirahsiakan oleh Dia. Kanan ialah ahli yang paling aktif bersukan dalam Aqours dan bertindak sebagai pereka tari utama kumpulan tersebut. 
Dia Kurosawa (Jepun: 黒澤 ダイヤ, Hepburn: Kurosawa Daiya)
Disuarakan oleh: Arisa Komiya[2] (Bahasa Jepun), Morgan Garrett[3] (Bahasa Inggeris)
Seorang yang besar diri, pelajar tahun ketiga dan presiden majlis pelajar di Uranohoshi Girls' Academy. Dia dan adiknya, Ruby, ialah sebahagian daripada keluarga yang terkenal dan dihormati. Dia dengan berat hati menjadi seorang idola sekolah apabila dikalahkan oleh Chika dalam sebuah perlawanan, tetapi disebabkan oleh personaliti Dia, dia tidak akan menerima apa-apa yang kurang daripada kemenangan di Love Live. Dalam anime, Dia ialah seorang peminat μ's tetapi selepas Dia, Kanan, dan Mari berpecah, dia telah menyembunyikan minatnya terhadap idola sekolah sehingga dia diyakinkan untuk menyertai Aqours oleh Chika dan yang lain. Dia memarahi ahli-ahli yang lain dengan slogannya "Būbū desu wa!," (ブーブーですわ!)


You Watanabe (Jepun: 渡辺 曜, Hepburn: Watanabe Yō)
Disuarakan oleh: Shuka Saitō[2] (Bahasa Jepun), Apphia Yu[3] (Bahasa Inggeris)
Seorang pelajar tahun kedua yang bersemangat dan mempunyai pandangan optimis, serta rakan sejak kecil Chika. You tidak berminat untuk menjadi ahli kumpulan idola pada awalnya, namun You bertekad untuk menyertai kelab idola sekolah yang ditubuhkan oleh Chika atas semangat setia kawan. You beringin untuk menjadi kapten kapal seperti ayahnya. Slogan You ialah "Yōsorō!" (ヨーソロー!, (Keep her) steady!).
Yoshiko Tsushima (Jepun: 津島 善子, Hepburn: Tsushima Yoshiko)
Disuarakan oleh: Aika Kobayashi[2] (Bahasa Jepun), Morgan Berry[3] (Bahasa Inggeris)
Yoshiko ialah seorang pelajar tahun pertama yang mencuba untuk menghilangkan tabiat chūnibyō-nya dan menghadiri sekolah menengah seperti pelajar biasa. Yoshiko merujuk kepada dirinya sendiri sebagai "Yohane" (ヨハネ) dan mendakwa bahawa dirinya ialah seorang malaikat yang jatuh kerana telah menimbulkan kemarahan tuhan. Seperti Chika, sebab Yoshiko menjadi chūnibyō adalah kerana dia merasai bahawa dia terlalu biasa, dan identiti Yohane membentuk keseluruhan personalitinya. Selepas menyertai Aqours, Yoshiko memilih untuk menyimpan telatahnya.
Hanamaru Kunikida (Jepun: 国木田 花丸, Hepburn: Kunikida Hanamaru)
Disuarakan oleh: Kanako Takatsuki[2] (Bahasa Jepun), Megan Shipman[3] (Bahasa Inggeris)
Hanamaru ialah seorang pelajar tahun pertama yang mudah tertanggu. Keluarganya mengusahakan sebuah kuil tempatan yang tidak mempunyai kemudahan moden seperti komputer dan pengering rambut. Disebabkan ini, dia terpikat dengan alat-alat tersebut. Hanamaru merujuk kepada dirinya sebagai "ora" atau "Maru", dan mengakhiri ayat-ayatnya dengan "-zura" kerana dialek Shizuoka-nya. Sebelum menyertai Aqours, Hanamaru gemar membaca buku di perpustakaan sekolah. Hanamaru dan Yoshiko sudah berkawan sejak tadika, dan Yoshiko memanggilnya "Zuramaru".
Mari Ohara (Jepun: 小原 鞠莉, Hepburn: Ohara Mari)
Disuarakan oleh: Aina Suzuki[2] (Bahasa Jepun), Jamie Marchi[3] (Bahasa Inggeris)
Mari ialah seorang pelajar tahun ketiga di Uranohoshi. Ayahnya yang berketurunan Amerika-Itali mengusahakan sebuah rangkaian hotel dan di Jepun, Mari tinggal di salah sebuah hotelnya. Mari ialah seorang yang pandai dan lebih suka untuk mengambil tindakan sendiri. Genre muzik kegemarannya ialah industrial metal . Disebabkan oleh latar belakangnya, Mari bertutur dengan loghat Inggeris dan kerap mencampuri bahasa Inggeris dengan bahasa Jepun dalam percakapannya. Keluarga Mari ialah salah sebuah penaja utama sekolah Uranohoshi, sehingga dia dilantik sebagai pengerusi walaupun dia salah seorang pelajar di sekolah tersebut. Mari berkawan dengan Dia dan Kanan, dan pernah membentuk unit idola mereka tersendiri yang dibubarkan tidak lama kemudian disebabkan oleh Kanan dan Dia yang menginginkan dia untuk meneruskan biasiswa yang diterimanya di sekolah luar negara.
Ruby Kurosawa (Jepun: 黒澤 ルビィ, Hepburn: Kurosawa Rubii)
Disuarakan oleh: Ai Furihata[2] (Bahasa Jepun), Sarah Wiedenheft[3] (Bahasa Inggeris)
Ruby ialah seorang pelajar tahun pertama Uranohoshi serta adik perempuan pemalu Dia. Ruby mempunyai androfobia (ketakutan terhadap lelaki/gerun lelaki), dan tidak pernah bercakap dengan lelaki lain selain ayahnya. Dalam anime, sifat pemalu Ruby bertambah sehingga dia cemas apabila disentuh orang lain tidak mengira jantina dan hanya selesa apabila bersama Dia dan Hanamaru di permulaan anime. Slogannya ialah "Pigī," (ピギー).

Watak sampingan sunting

  • Seira Kazuno (Jepun: 鹿角 聖良, Hepburn: Kazuno Seira) - Salah satu anggota kumpulan idola Saint Snow, pesaing Aqours. Disuarakan oleh: Asami Tano (Bahasa Jepun), Trina Nishimura (Bahasa Inggeris)
  • Ria Kazuno (Jepun: 鹿角 理亞, Hepburn: Kazuno Ria) - Adik Seira dan sekutu dalam Saint Snow. Ria dan kakaknya mendapat inspirasi daripada A-RISE untuk menjadi idola sekolah. Disuarakan oleh: Hinata Satō (Bahasa Jepun), Amber Lee Connors (Bahasa Inggeris)
  • Shima Takami (Jepun: 高海 志満, Hepburn: Takami Shima) - Kakak sulung Chika. Disuarakan oleh: Kana Asumi (Bahasa Jepun), Colleen Clinkenbeard[3] (Bahasa Inggeris)
  • Mito Takami (Jepun: 高海 美渡, Hepburn: Takami Mito) - Kakak kepada Chika dan anak kedua dalam keluarga Takami. Disuarakan oleh: Kanae Itō (Bahasa Jepun), Monica Rial[3] (Bahasa Inggeris)

Rujukan sunting

  1. ^ "Love Live! Sunshine!! TV Anime Premieres on July 2". Anime News Network. May 22, 2016. Dicapai pada September 13, 2019.
  2. ^ a b c d e f g h i "Love Live! Sunshine!! Idol Group's Name, 1st Single Date Revealed" (dalam bahasa Jepun). Anime News Network. Dicapai pada 29 Jun 2015.
  3. ^ a b c d e f g h i j k "Funimation Announces Love Live! Sunshine!! Dub Cast". Anime Herald. 30 Julai 2016. Dicapai pada 2 Ogos 2016.

Pautan luar sunting