Ludwig II dari Bavaria

Raja Bavaria

Ludwig II atau Ludwig Otto Friedrich Wilhelm, (25 Ogos 1845 – 13 Jun 1886)[1] adalah Raja Bavaria bermula pada tahun 1864 sehingga kematian beliau. Beliau kadang kala dipanggil sebagai Raja Angsa dan der Märchenkönig, Raja Cerita Dongeng. Beliau juga memegang gelaran Count Palatine dari Rhine, Duke Bavaria, Duke Franconia, dan Duke Swabia.[2]

Ludwig II
Ludwig sekitar 1874
Raja Bavaria
Pemerintahan10 Mac 1864 – 13 Jun 1886
Didahului olehMaximilian II
Diikuti olehOtto
Keputeraan(1845-08-25)25 Ogos 1845
Istana Nymphenburg, Munich, Bavaria
Kemangkatan13 Jun 1886(1886-06-13) (umur 40)
Tasik Starnberg, Bavaria, Empayar Jerman
PemakamanGereja St. Michael, Munich
Nama penuh
Ludwig Otto Friedrich Wilhelm
KerabatKerabat Wittelsbach
AyahandaMaximilian II dari Bavaria
BondaMarie dari Prusia
AgamaKatholik Rom

Beliau menaiki takhta pada umur 18 tahun. Dua tahun kemudian Bavaria ditakhluk oleh Prusia, dan menjadi sebahagian daripada Empayar Jerman. Ludwig kekal menjadi Raja Bavaria, tetapi tidak mempedulikan urusan kerajaan bagi menumpukan kepada projek seni dan senibina. Beliau menyiapkan pembinaan dua buah istana mewah dan Istana kota Neuschwanstein.

Ludwig menghabiskan kesemua dana diraja (tanpa menggunakan dana kerajaan) ke atas projek-projek ini, kuat meminjam, dan tidak mempedulikan cubaan oleh para menteri beliau untuk menyekat beliau. Keadaan ini menyebabkan beliau dianggap gila, satu dakwaan yang kemudian dibuktikan tidak benar.[3]

Ludwig diakui dan dikagumi oleh ramai penduduk Bavaria pada masa sekarang di sebabkan oleh legasi senibina dan seni yang ditinggalkan oleh beliau. Ia menjadi tarikan pelancong di Bavaria.

Kehidupan sunting

Ludwig II telah dikenang sebagai salah seorang penguasa Jerman yang tidak biasa dalam pemerintahan dan kurang mendapat nilai populariti di kalangan rakyatnya. Kehausan nilai populariti yang diterima olehnya ini adalah disebabkan oleh tiga faktor: Pertama, beliau telah cuba menghindari peperangan selama tampuk pemerintahannya, sehinggakan beliau telah berjaya mencipta suasana kedamaian di Bavaria. Kedua, beliau sendiri membiayai pembangunan istananya sehinggakan beliau sendiri berniat untuk tidak mahu membebani kos negara serta beliau juga telah mampu menciptakan pelbagai lapangan pekerjaan bagi rakyatnya. Ketiga, beliau sering menyamar sebagai rakyat biasa bertujuan untuk mengunjungi rakyatnya serta menghadiahi rakyatnya yang ramah terhadapnya dengan pelbagai jenis hadiah.

Pada tanggal 10 Jun 1886, Ludwig II dinyatakan tidak waras oleh barisan kabinet pemerintah sehinggakan beliau dikatakan tidak lagi mampu memerintah sebagai seorang Raja. Pada 13 Jun 1886 yakni pada waktu malam, beliau ditemui mati lemas di Tasik Starnberg. Pengumuman rasmi pemerintah telah membuat penyataan bahawa Ludwig II sengaja bunuh diri dengan menenggelamkan dirinya. Tetapi, menurut hasil bedah siasat, para penyelidik tidak menemukan air dalam paru-parunya, sehingga timbul teori-teori lain mengenai penyebab kematiannya antara lain, beliau dikatakan telah dibunuh oleh barisan pembangkang yang cuba melawan aliran politiknya atau meninggal kerana serangan jantung.

Rujukan sunting

Nota sunting

  1. ^ At 00.28 hours: J.G. Wolf 1922, p. 16. Compare Ludwig's remark to Anton Niggl on 11/12 June 1886 about being born and going to die at 12.30 (Hacker 1966, p. 363 quoting Gerold 1914, pp. 91-3)
  2. ^ Adreßbuch von München 1876, p. 1.
  3. ^ "Mad King Ludwig? Study Claims Bavarian Monarch Was Sane". Der Spiegel. Hamburg. 31 Januari 2014. Dicapai pada 1 Februari 2014.

Pautan luar sunting

Ludwig II dari Bavaria
Tarikh keputeraan: 25 Ogos 1845 Tarikh kemangkatan: 13 Jun 1886
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Maximilian II
Raja Bavaria
1864-1886
Diikuti oleh:
Otto

Templat:Bavarian princes Templat:Kings of Bavaria