Luke Skywalker ialah sebuah watak fiksyen dalam filem Star Wars yang dilakonkan oleh Mark Hamill.

Mark Hamill sebagai Luke Skywalker

Kelahiran sunting

Templat:Spoiler

 
Luke Skywalker pada 19 SPY

Luke Skywalker, lahir pada 19 SPY (Sebelum Pertempuran Yavin) di Polis Massa bersama adik perempuan kembarnya, Leia Organa. Selepas kematian ibunya Padme Amidala pada masa yang sama, Mahaguru Jedi Obi-Wan Kenobi telah menghantarnya ke planet Tatooine untuk dihantar dan dijaga oleh Owen Lars, abang tiri Anakin Skywalker. Sementara Leia pula dijaga oleh pemerintah planet Alderaan, Bail Organa. Kedua-dua beradik ini terpaksa dipisahkan kerana risau ayah mereka yang telah menjadi Sith Lord, Darth Vader mencari mereka.

 
Luke dan bapa saudaranya, Owen Lars

Kehidupan Awal sunting

Pada awal kehidupannya, Luke hanyalah seorang budak petani biasa dan sentiasa sibuk di ladang untuk membantu bapa saudaranya. Dalam tempoh ini, Obi-Wan “Ben” Kenobi juga sentiasa mengunjungi Luke tetapi kedatangannya kurang disenangi oleh Owen Lars yang menganggapnya sebagai pendatang yang tak di undang. Luke sentiasa bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang handalan seperti ayahnya. Namun keluarganya sentiasa menentang kehendak Luke kerana bagi mereka Luke lebih diperlukan di ladang. Sebenarnya keluarga mereka takut Luke akan bertukar menjadi korup seperti ayahnya.

 
Luke mengambil keputusan untuk mengikut Obi-Wan Kenobi

Pertempuran Yavin sunting

Beberapa waktu sebelum pertempuran Yavin, Puteri Leia telah menghantar mesej meminta pertolongan kepada Obi-Wan Kenobi melalui C3PO dan R2D2. Pencarian mereka membawa kepada pertemuan mereka dengan Luke Skywalker yang turut mengikut kedua-dua droid ini untuk bertemu dengan Obi-Wan Kenobi

Pada masa ini, Obi-Wan menceritakan kepada Luke mengenai Jedi dan ‘The Force’ serta kisah diri dan ayahnya sebagai Kesatria Jedi semasa Peperangan Klon sehinggalah ayahnya ‘dikhianati’ dan akhirnya ‘dibunuh’ oleh seorang Jedi muda bernama Darth Vader. Dalam masa yang sama Obi-Wan memberikan pedang cahaya milik ayah Luke semasa dia menjadi Jedi.

Selepas kematian ibu dan bapa saudaranya di tangan Stormtroopers, Luke mengambil keputusan mengikut Obi-Wan untuk menjadi seorang kesatria Jedi seperti ayahnya kerana merasakan sudah tiada apa-apa untuk dirinya di Tatooine.

Mereka berlepas dari Tatooine bersama Han Solo dan kapal angkasa miliknya, Millenium Falcon, mengembara ke Alderaan untuk membantu Puteri Leia namun hanya menemui sisa-sisa planet tersebut setelah dimusnahkan oleh sejata pemusnah Empayar, Death Star. Cahaya pengunci Death Star telah menangkap kapal ini dan memaksa mereka untuk mendarat. Kesempatan ini telah digunakan oleh mereka untuk menyelamatkan Puteri Leia sementara Obi-Wan memisahkan diri dari kumpulan Luke untuk menyelesaikan perhitungannya dengan Darth Vader. Dalam pertarungan yang melibatkan mereka berdua, Darth Vader telah membunuh Obi-Wan Kenobi (Obi-Wan tidak mati sebalikya lenyap dan menjadi sebahagian dari ‘The Force’)

Krew-krew Millenium Falcon yang lain membawa Puteri Leia ke pangkalan tersembunyi Pakatan Pemberontak di Bulan ke-4 Yavin (Yavin 4) namun Death Star telah memasang alat pengesan pada kapal tersebut dan menemui pangkalan pihak Pemberontak. Sambil Empayar bersedia melancarkan senjata pemusnak mereka untuk memusnahkan bulan tersebut, pihak Pemberontak melancarkan serangan ke atas Death Star dan bermulalah Pertempuran Yavin. Luke kehilangan sahabat baiknya, Biggs Darklighter dalam pertempuran ini.

 
Luke Skywalker, Skuadron Merah

Luke memandu kapal penempur Sayap-X (X-Wing) sebagai Skuadron Merah (Red Squadron) dan dibawah panduan suara semangat Obi-Wan Kenobi, dengan menggunakan ‘Force’, Luke ‘menghantar’ peluru torpedo proton kedalam penjana kuasa Death Star sekaligus memusnahkan senjata pemusnah tersebut bersama krew-krew yang ada didalamya.

Berasa kagum dengan keperwiraan Luke, pihak Pemberontak menganugerahkan gelaran Komander kepada Luke bersama seorang lagi pejuang muda, Wedge Antilles.

Lihat Juga sunting