Lukisan kejuruteraan

Suatu lukisan kejuruteraan (LK) ialah sejenis lukisan teknik yang digunakan untuk memberi maklumat berkenaan suatu objek. Satu kegunaan utama adalah untuk memberi perincian geometri berkenaan suatu objek (lukisan terperinci). Biasanya, sekumpulan beberapa lukisan adalah perlu untuk memberi perincian penuh satu objek, termasuk objek ringkas. Lukisan-lukisan ini dicantum dengan satu lukisan induk (lukisan pemasangan) yang memberi nombor-nombor lukisan bagi komponen-komponen khusus, kuantiti diperlukan, bahan binaan dan lukisan tiga dimensi yang boleh digunakan untuk menentukan kedudukan bahan-bahan tertentu. Meskipun kebanyakannya merupakan gambaran, singkatan dan simbol dapat digunakan untuk memberi maklumat tambahan yang perlu.

Lukisan kejuruteraaan satu bahagian alat jentera.

Proses penghasilan lukisan kejuruteraan biasanya dipanggil sebagai "lukisan teknikal" atau "melakar".[1] Lukisan biasanya memiliki pelbagai sudut pandangan komponen. Maklumat-maklumat seperti dimensi biasanya hanya dikemukakan pada satu tempat dalam lukisan untuk mengelakkan maklumat lewah dan masalah hilang konsistensi. Lukisan penghasilan yang lebih terperinci dapat dihasilkan berdasarkan maklumat diberikan. Lukisan memiliki satu kotak maklumat khas, yang mengandungi maklumat pelukis, pengesahan, unit dimensi, tajuk dan nombor lukisan.

Rujukan sunting

  1. ^ M. Maitra, Gitin (2000). Practical Engineering Drawing. New Delhi: New Age International (P) Limited, Publishers. m/s. 2–5, 183. ISBN 81-224-1176-2.

Pautan luar sunting