Lukut

bandar di Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia

Lukut merupakan sebuah bandar yang terletak ke sebelah timur laut Port Dickson, Negeri Sembilan. Bandar ini terletak sepanjang Laluan Persekutuan 53 , iaitu jalan lama yang menghubungkan Seremban dan Port Dickson, dan Laluan Persekutuan 5 , iaitu jalan pantai utama di sepanjang Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ramai penduduknya terdiri daripada kaum Cina.

Lukut
Subbandar
Pemandangan kawasan perumahan di Lukut
Pemandangan kawasan perumahan di Lukut
Koordinat: 2°34′N 101°50′E / 2.567°N 101.833°E / 2.567; 101.833
NegaraMalaysia
NegeriNegeri Sembilan
DaerahDaerah Port Dickson
LuakSungai Ujong
Ditubuhkan1800 an (Di bawah naungan Selangor)
Diserahkan1880 (Diserap menjadi sebahagian daripada Sungai Ujong)
Kerajaan
 • Pentadbiran TempatanMajlis Perbandaran Port Dickson
 • Kawasan PersekutuanPort Dickson
 • MPAminuddin Harun
 • Kawasan NegeriLukut
 • ADUNChoo Ken Hwa
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tidak disediakan

Asalnya di bawah kekuasaan Selangor, Lukut pernah menjadi pusat perlombongan bijih timah yang penting, dan merupakan salah satu bandar terawal di Tanah Melayu. Terdapat sebuah kota pertahanan lama yang dipanggil Kota Lukut. Terdapat juga sebuah muzium di sini yang dinamakan Muzium Lukut berhampiran dengan Kota Lukut.

Sejarah sunting

Lukut di bawah Raja Busu sunting

Lukut sebelum ini merupakan sebahagian dari kawasan negeri Selangor. Lukut terletak antara Tanjung Tuan dan Sungai Sepang. Ia dibuka oleh Raja Busu iaitu keturunan raja-raja Selangor pada kurun ke-19 semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah ibni almarhum Sultan Ibrahim iaitu Sultan Selangor ketiga. Lukut sangat kaya dengan bijih timah dan ini mendorong penghijrahan orang Cina Hailam beramai-ramai terutamanya dari Melaka datang melombong mengusahakan perlombongan bijih timah.

Cukai yang dikenakan oleh Raja Busu adalah sebanyak 10% daripada harga timah telah menjadikan beliau sangat kaya. Namun cukai itu tidak diberikan kepada Sultan Selangor sehingga cukai itu semakin bertambah hingga ke beberapa kali ganda. Kenaikan cukai itu telah menyebabkan orang Cina menderita dan mereka secara beramai-ramai berjumpa dengan Raja Busu untuk berunding mengenai perkara tersebut. Pada suatu masa, terjadi suatu pergaduhan di antara orang Cina yang begitu marah melihat longgokan bijih timah yang banyak di istana Raja Busu. Dalam pergaduhan itu Raja Busu dan keluarganya telah terbunuh. Orang-orang Melayu kemudiannya membalas dendam dengan membunuh ramai orang Cina.

Lukut di bawah Raja Jaafar dan Raja Jumaat sunting

Raja Jaafar Raja Ali seorang pembesar Melayu berasal dari Riau berketurunan Bugis bersama anaknya Raja Jumaat dan Raja Abdullah telah datang untuk membangunkan semula Lukut. Apabila Raja Jaafar mangkat pemerintahan Lukut diserah kepada Raja Jumaat dan adiknya Raja Abdullah . Raja Jumaat merupakan seorang raja yang pandai memerintah, bijaksana dan sentiasa berusaha memperbaiki pemerintahannya di Lukut. Beliau telah membina Kota Lukut di atas sebuah bukit bernama Bukit Gajah Mati ataupun Bukit Raja. Pembangunan di Lukut satu masa dahulu diceritakan adalah jauh lebih maju dari Selangor dengan kedai berdinding bata dan beratap genting serta deretan perumahan pekerja lombong. Beliau turut mewujudkan pasukan polis yang berpakaian lengkap serta mempunyai nombor pada songkok mereka. Raja Jumaat turut membantu adiknya Raja Abdullah membuka lombong bijih timah di Ampang dan Kuala Lumpur.

Raja Jumaat telah memerintah Lukut selama 18 tahun. Beliau mangkat pada tahun 1864 dan putera gaharnya, Raja Bot telah mengantikan beliau.

Kemerosotan Lukut dan Penyerahan sunting

Kemerosotan hasil bijih timah menjadi faktor utama ramai penduduk Lukut berhijrah ke tempat lain. Pada 31 Julai 1880 satu perjumpaan antara Sultan Abdul Samad, Raja Bot, pemerintah Sungei Ujong Dato’ Klana Petra Syed Abdul Rahman dan pihak British diadakan di Singapura. Hasilnya Lukut dimasukkan ke dalam pemerintahan Sungei Ujong (kini Negeri Sembilan).[1]Ketika ini, Lukut diletakkan di bawah kawalan pembesar Sungei Ujong iaitu Dato' Johan Lembaga Waris Klana di-Hulu Luak Sungei Ujong. Dari segi pentadbiran daerah, Lukut di dalam mukim Jimah dalam daerah Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kampung sunting

  1. Kampung Batu 6 Lukut
  2. Kampung Bukit Palong Lukut
  3. Kampung Seri Parit
  4. Kampung Melayu Seri Parit Dalam

Taman Perumahan sunting

  1. Taman Bandar Baru Lukut Jaya
  2. Taman Perdana Bukit Palong
  3. Taman Seri Aman
  4. Taman Tun Sambathan
  5. Taman Jaya Lukut
  6. Rumah Rakyat Pekan Lukut
  7. Taman Indah Jaya
  8. Taman Aman
  9. Taman Wawasan
  10. Taman Lukut Makmur
  11. Tamana Sri Lukut
  12. Taman D'Ambang Kota

Pekan Berdekatan sunting

  1. Kuala Lukut
  2. Siliau
  3. Jimah
  4. Bandar Springhill
  5. Sirusa

Rujukan sunting