Luncur ais (Tulisan Jawi: لونچور أيس ) merujuk kepada pergerakan melintasi suatu permukaan ais memakai kasut luncur. Perbuatan ini dilakukan atas beberapa tujuan tertentu seperti untuk tujuan senaman, riadah, bersukan dan sebagainya. Kegiatan ini boleh dilakukan sama ada dalam kemudahan khas dalam bangunan mahupun di luar rumah di kawasan berpermukaan air yang beku seperti tasik dan lopak air.

Sejarah sunting

Tulang rusa kutub atau tulang kuda yang diikat di bawah kasut buatan kulit merupakan bentuk pertama kasut luncur yang dikenalpasti ditemui dalam sejarah. Masyarakat semasa pada ketika ini juga menggunakan sepatu bebrilah tulang untuk berburu di fiord-fiord kawasan Nordik Eropah sejak 17 abad yang lalu.[1] Tulang kaki binatang dilubangi dan diikat dengan sepatu memakai sabuk kulit.

Sekitar abad ke-14, orang Belanda mulai memakai sepatu berbilah kayu dialas tapak besi. Sebatang tongkat juga digunakan sebagai bahan sokongan sewaktu berseluncur. Sekitar tahun 1500, orang Belanda mula memasang bilah pisau tipis pada sepatu mereka sambil tidak lagi memerlukan tongkat.[2]

Pada abad ke-12, Belanda sudah memiliki sistem terusan yang rumit. Pekerja kanal memakai sepatu skat untuk pulang pergi ke tempat bekerja dan sewaktu bertugas. Sebagian di antaranya main balap seluncur untuk merebutkan hadiah uang. Pekerja kanal di Belanda kemungkinan besar adalah atlet balap seluncur es yang pertama.[3]

Sepatu seluncur dengan klem dari besi waja diciptakan E. V. Bushnell dari Philadelphia, Pennsylvania pada tahun 1848. Orang bebas dapat lebih bebas berputar-putar dan meloncat selama berseluncur.[1] Sekitar tahun 1865, atlet seluncur es Amerika Syarikat Jackson Haines memperkenalkan pisau seluncur dari logam berikut lapik tapak kaku dan tumit yang dapat dipasangkan pada sepatu bot. Haines menambahkan gerigi depan (toe pick) pada kasut-kasut begini yang mampu memberikan cengkaman pada permukaan air batu lalu pemakai dapat melakukan aksi lompatan dengannya.[2]

Pada 1914, John E. Strauss, seorang tukang pisau dari St. Paul, Minnesota membuat pisau kasut es dari sebilah besi waja. Dengan adanya penemuan pisau baja jenis ini, kasut luncur menjadi semakin ringan dan kuat.[1]

Sukan yang melibatkan luncur ais sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Künzle-Watson, Karin (1996). Ice Skating: Steps to Success. Human Kinetics. m/s. 1–2. ISBN 0-8732-2669-0. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  2. ^ a b Bellis, Mary. "Ice Skates". About.com. Dicapai pada 2010-02-17.
  3. ^ Crego, Robert (2003). Sports and Games of the 18th and 19th centuries. Greenwood Publishing Group. m/s. 0313316104. More than one of |pages= dan |page= specified (bantuan)