Luxembourg atau nama rasminya Grand Duchy of Luxembourg adalah sebuah negara kecil yang tidak mempunyai laut di Eropah Barat. Luxembourg bersempadan dengan Perancis, Jerman dan Belgium. Ibu negara bagi Luxembourg ialah Bandar Luxembourg. Bandar Luxembourg juga merupakan salah sebuah bandar yang paling ramai penduduk di Luxembourg. Bandar Luxembourg adalah salah satu daripada empat kerusi institusi Kesatuan Eropah.

Wilayah Agung Luxembourg
ولايه اڬوڠ لوكسمبورڬ
Groussherzogtum Lëtzebuerg
Grand-Duché de Luxembourg
Großherzogtum Luxemburg
Bendera Luxembourg
Jata Luxembourg
Bendera Jata
Cogan kata"Mir wëlle bleiwe wat mir sinn"
Kami ingin mengekalkan diri sendiri
Lagu kebangsaanOns Heemecht
Tanah Airku
Ibu negara
dan bandar terbesar
Bandar Luxembourg
Bahasa rasmiBahasa Luxembourg, Perancis, Jerman
KerajaanMonarki kesatuan berparlimen
• Monarki
Henri
Luc Frieden
• Naib Perdana Menteri
Xavier Bettel
Badan perundanganDewan Perundangan
Kemerdekaan
• daripada Empayar Perancis dan penaiktarafan kepada negara "Duchy Besar"
15 Mac 1815
• Kemerdekaan dengan kesatuan persendirian bersama Belanda (Perjanjian London)
19 April 1839
• Pengesahan kemerdakaane Perjanjian London
11 Mei 1867
• Penamatan kesatuan bersama Kerajaan Belanda
23 November 1890
• daripada Jerman Nazi
1944 / 1945
24 October 1945
1 Januari 1958
Keluasan
• Jumlah
2,586.4 km2 (998.6 bt2) (ke-168)
• Perairan (%)
0.60%
Populasi
• Perkiraan Januari 2018
602,005[1] (ke-164)
• Bancian Penduduk 2001
439,539
233.7/km2 (605.3/sq mi) (ke-58)
KDNK (PPP)2017
• Jumlah
$64 billion[2] (ke-94)
$109,192[2] (ke-3)
KDNK (nominal)2017
•  Jumlah
$64 billion[2] (ke-71)
$105,803[2] (Pertama)
Gini (2014)positive decrease 28.7[3]
rendah · ke-19
HDI (2015) 0.898[4]
sangat tinggi · ke-20
Mata wangEuro ()b
(EUR)
Zon waktuUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Bahagian memandukanan
Kod panggilan+352
Kod ISO 3166LU
DPT internet.luc
  1. Not the same as the Het Wilhelmus of the Netherlands.
  2. Frank Luxembourg sebelum 1999 .
  3. Domain .eu yang dikongsi dengan negara Kesatuan Eropah lain turut digunakan.
  4.   "CIA – The World Factbook – Field Listing – Distribution of family income – Gini index". United States government. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-25. Dicapai pada 3 May 2013.

Geografi sunting

Luxembourg adalah salah satu negara terkecil di Eropah. Ia berada pada kedudukan ke-167 dalam ukurannya berbanding negara-negara lain. Negara ini luasnya sekitar 2,586 km². Luxembourg bersempadan dengan wilayah Luxembourg milik Belgium di sebelah barat, yang luasnya sebesar 4,443 km², hampir dua kali luas negara ini.

Di utara, bahagian-bahagian dari Ardennes, berbukit-bukit dan gunung-gunung dengan ketinggian rendah, dengan Buurgplaatz sebagai titik tertinggi pada 559 m. Bahagian lain dari negara ini juga berbukit-bukit.

Sempadan timur Luxembourg dibentuk oleh tiga sungai, Moselle, Sauer/Sure dan Our.

Ekonomi sunting

Ekonomi yang stabil, berpendapatan tinggi mencirikan pertumbuhan yang sederhana, inflasi rendah, dan kadar pengangguran yang rendah pula. Sektor industri, yang hingga kebelakangan ini didominasi oleh baja, kini semakin beranekaragam dan merangkumi pula kimia, getah, dan produk-produk lain. Dalam beberapa dekad terakhir, pertumbuhan dalam sektor kewangan telah lebih dari menggantikan penurunan dalam baja. Sektor perkhidmatan, khususnya perbankan, menyumbangkan perkadaran yang bertumbuh dari ekonomi. Agrikultur berdasarkan pada pertanian kecil yang dimiliki keluarga-keluarga. Luxembourg secara khusus mempunyai hubungan dagang dan kewangan yang rapat dengan Belgium dan Belanda, dan sebagai ahli Kesatuan Eropah juga menikmati keuntungan-keuntungan dari pasaran Eropah yang terbuka. Luxembourg mempunyai KDNK per kapita tertinggi di dunia, sebanyak USD 87,955 (2005). Tingkat pengangguran 4.4% dari seluruh angkatan kerja pada Julai 2005.

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ Kini Kesatuan Eropah since 1993.

Rujukan sunting

  1. ^ "Population" (PDF). Dikemaskini pada 19 April 2018
  2. ^ a b c d "Luxembourg". Tabung Kewangan Antarabangsa. Dicapai pada 1 Oktober 2017.
  3. ^ "Gini coefficient of equivalised disposable income (source: SILC)". Eurostat Data Explorer. Dicapai pada 4 Disember 2015.
  4. ^ "2016 Human Development Report". Rancangan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 2016. Dicapai pada 25 Mac 2017.

Pautan luar sunting