Luxor (Arab: الأقصر, rumi: al-ʾuqṣur, Bahasa Qibti: ⲡⲁⲡⲉ Pape,[1]) adalah sebuah kota moden yang terletak di kedua tepi timur dan barat Sungai Nil di bahagian utara Mesir yang turut disebut sebagai Mesir Hulu. Ia diduduki 506,535 orang (anggaran 2012)[2] mencakupi kawasan seluas kira-kira 417 kilometer persegi (161 bt2).[3]

Luxor
الأقصر
ⲡⲁⲡⲉ
ⲡϣⲟⲙⲧ ⲛ̀ⲕⲁⲥⲧⲣⲟⲛ
Luxor TempleAbu Haggag Mosque
Feluccas on the Nile
Kiri ke kanan:
Kuil Luxor, Masjid Abu Haggag, Falalik berlabuh di sungai Nil tepi Kuil Luxor
Nama panggilan: City of Palaces
Luxor is located in Bumi
Luxor
Luxor (Bumi)
Koordinat: 25°41′N 32°39′E / 25.683°N 32.650°E / 25.683; 32.650Koordinat: 25°41′N 32°39′E / 25.683°N 32.650°E / 25.683; 32.650
Country Mesir
GovernorateLuxor
Keluasan
 • Jumlah416 km2 (161 batu persegi)
Aras
76 m (249 ft)
Penduduk
 (2017)
 • Jumlah506,588 orang
 • Demonym
Luxorian
Zon waktuUTC+02:00 (EET)
Kod kawasan(+20) 95
Laman sesawangwww.luxor.gov.eg
Nama rasmi
Thebes Lama dan Nekropolis
JenisCultural
Kriteriai, iii, vi
Ditetapkan1979 (sesi ketiga)
No. rujukan
87
RegionEgyptian Governorates, Afrika Utara, Kesatuan Afrika

Kota ini dibangun di bekas lokasi Thebes, ibu kota Mesir Purba yang terkenal (2052 SM) tempat semayaman firaun-firaun memerintah di sini, menciptakan peradaban yang belum pernah dilihat dunia sebelumnya. Banyak pelancong yang mengunjungi Luxor untuk mengagumi warisan-warisan ditinggalkan tamadun kuno ini serta bukti lain peradaban purba setiap tahun.

Sejarah sunting

Penamaan sunting

Nama ini meminjam dari nama bahasa Arab ia, al-ʾuqṣur (الأقصر)[4] iaitu bentuk jamak perkataan قصرqaṣr yang bermaksud "istana",[5][4][6] ia merupakan padanan seberapa nama lain dipakai untuk kota itu: τὰ Τρία Κάστρα ta tria kastra bahasa Yunani dan ⲡϣⲟⲙⲧ ⲛ̀ⲕⲁⲥⲧⲣⲟⲛ pshomt enkastron dalam bahasa Qibti yang kedua-duanya bermaksud "tiga istana".[1]

Pendirian dan pengembangan sunting

Tanah-tanah padang pasir bagian baratnya yang pada masa lalu dikenal sebagai “kota kematian” ialah tempat di mana semua penerus Dewa Amun dimakamkan bersama kekayaan yang dapat dibawa ke kehidupan abadi (menurut kepercayaan mereka). Menyimpan catatan koleksi seni dan catatan arkeologis Mesir purba yang berlimpah, sebagian bahkan dirunut kembali sampai 3000 SM. Penggalian terakhir dilakukan atas makam Fir’aun kecil, Tutankhamun, yang penuh dengan perhiasan emas, patung dan surat berharga. Pada lokasi asli, monumen-monumen tertua berasal dari Dinasti XI (2081-1939 SM), saat kota provinsi itu menjadi ibu kota Mesir bersatu.

Banyak penguasa Thebes yang meninggalkan warisan fizikal untuk diamati rakyat jelata mereka yang masih berkekalan sehingga hari ini. Kuil Hatshepsut dari Dinasti XVIII menggambarkan bahwa kelahirannya yang penuh keajaiban ialah sebab bersatunya Ratu Ahmes dan dewa Amon (menurut kepercayan Mesir kuno). Amenhotep III meninggalkan 2 patung besar setinggi ± 70 kaki (± 20 m) yang dikenal sebagai Kolossi Memnon. Firaun Ramses II memesankan dibuatkannya gambaran dari perang-perang besar, termasuk yang dialaminya sendiri melawan kaum Hittit Suriah, selain adegan festival pemujaan dewa hasil bumi. Menghiasi bagian luar kuilnya, gambar-gambar ini masih ada sampai kini.

Lihat pula sunting


Rujukan sunting

  1. ^ a b "TM Places". www.trismegistos.org. Dicapai pada 8 Disember 2019.
  2. ^ "World Gazetteer – Egypt: largest cities and towns and statistics of their population". Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Disember 2012.. Retrieved on 27 July 2010.
  3. ^ "Data from Luxor.gov.eg". Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Jun 2007. Dicapai pada 4 Jun 2007.
  4. ^ a b Macmillan & Co (1905). Guide to Egypt and the Sudan: Including a Description of the Route Through Uganda to Mombasa. Macmillan. m/s. 115.
  5. ^ Verner, Miroslav (2013). Temple of the World: Sanctuaries, Cults, and Mysteries of Ancient Egypt. Cairo: American University in Cairo Press, p. 232. ISBN 9789774165634. (Diarkibkan Mac 22, 2017, di Wayback Machine.)
  6. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 297. ISBN 967-65-7321-3.

Bibliografi sunting

  • Chrisanne Beckner dan Eddy Soetrisno, 2001, Buku Pintar 100 Kota Besar Bersejarah di Dunia. Jakarta: Ladang Pustaka & Intimedia.

Pautan luar sunting