Datuk M. Karathu (lahir 7 Julai 1943) adalah bekas pemain dan pengurus bola sepak Malaysia. Sebagai pemain, beliau pernah mewakili Perak FA dalam kejohanan Piala Malaysia pada zaman 1960an dan 1970an. Beliau juga pernah bermain untuk Malaysia

M. Karathu
Maklumat peribadi
Nama penuh Karathu @ Rajendran a/l Maruthaiah
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1960-1970 Perak FA
Pasukan kebangsaan
1963-1970 Malaysia
Pasukan diurus
1989–1990 Perak FA
1991–1992 Malaysia bawah-21
1993 Kelantan FA
1998 Negeri Sembilan FA
1999–2000 Sri Lanka
2001 Perak FA
2002–2003 Woodlands Wellington FC
2009 Perak FA
2011 Kelantan FA
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Kerjaya sebagai jurulatih sunting

Beliau telah memulakan kerjaya jurulatihnya pada 1971, memenangi Piala Burnley (warisan kepada Piala Presiden) dengan pasukan bawah-20 tahun Perak. Beliau juga melatih pasukan Persatuan India Kinta (Kinta Indian Association - KIA) di dalam kejohanan Piala FAM.

Karathu sudah berada di dalam Negeri Sembilan FA, tiga kali melatih Perak FA, pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah-21 tahun, Woodlands Wellington FC di Singapura, dan pasukan bola sepak kebangsaan Sri Lanka. Dengan melatih pasukan Sri Lanka, beliau menjadi jurulatih Malaysia pertama melatih sebuah pasukan negara asing.

Sebagai ketua jurulatih, kejayaan di peringkat kelab termasuklah memenangi Piala FA bagi Perak terhadap pasukan Selangor pada 1990. Pada tahun 2001, beliau melatih Perak ke akhir Piala Malaysia . Beliau juga mengemudi Kelantan ke separuh akhir Piala Malaysia pada tahun 1993. Pada tahun 2011 beliau mengemudi Kelantan memenangi gelaran Piala Sultan Haji Ahmad Shah dan pertandingan Liga Super Malaysia 2011.

Karathu meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih Kelantan, selepas gagal mempertahankan gelaran Piala Malaysia 2010 dengan tewas kepada Terengganu FA di dalam peringkat suku akhir pertandingan Piala Malaysia 2011.[1]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting