Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia

(Dilencongkan dari MABBIM)

Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia atau MABBIM merupakan sebuah badan kebahasaan serantau yang ditubuhkan untuk merancang dan memantau perkembangan kesemua baku-baku bahasa Melayu. Majlis ini dianggotai oleh tiga negara, iaitu Brunei, Indonesia, dan Malaysia.

MABBIM merupakan kesinambungan kepada Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972, setelah satu Pernyataan Bersama ditandatangani oleh Malaysia dan Indonesia pada 23 Mei 1972 di Jakarta. MBIM menjadi MABBIM apabila negara Brunei menganggotai Majlis ini pada 4 November 1985 iaitu pada persidangan yang ke-24. Singapura masih menjadi negara pemerhati Majlis sehingga kini.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting