mIRC ialah sebuah perisian pelanggan IRC untuk Windows. Perisian ini dicipta oleh Khaled Mardam-Bey pada tahun 1995. Perisian ini boleh dimuat turun secara percuma, namun pengguna diminta untuk mendaftar dengan bayaran kecil setelah menggunakannya selama 30 hari.

Sejarah sunting

Khaled Mardam-Bey bercadang untuk mencipta mIRC kerana dia mendapati bahawa pelanggan IRC pertama bagi Windows, WinIRC, kekurangan ciri-ciri asas IRC. Dia kemudiannya terus membangunkannya kerana cabaran dan sambutan daripada orang ramai. Berikutnya dia menjadi cukup popular untuk membuat duit dari mIRC. Pendaftarannya beharga US $20 selepas tempoh 30 hari penilaian, sungguhpun tiada fungsi dilumpuhkan sekiranya mIRC digunakan lebih lama dari 30 hari tanpa pendaftaran; skrin ganggu (nag screen) hanya melambatkan permulaan perisian.

Pautan luar sunting