MS Awazisan Maru, juga dikenali sebagai Awajisan Maru atau Awagisa Maru ialah sebuah kapal pengangkut berat 9,794 tan kasar yang dibina syarikat pembinaan kapal Tama, Tamano untuk syarikat perkapalan Mitsui & Co. Ltd.. Awazisan Maru dilancarkan dalam tahun 1939 dan termasyhur sebagai kapal pengangkut yang paling maju pada waktu pelancarannya.[2] Kapal ini ditaluliahkan oleh Tentera Laut Imperial Jepun untuk membawa anggota tentera semasa Perang Dunia Kedua dan merupakan sebahagian daripada angkatan Jepun yang menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941.

Sejarah
Jepun
Nama: Awazisan Maru
Pemilik:
Pembina: Tama Shipbuilding Co.
Diperolehi: 1939
Takdir: Dikaramkan angkatan Bersekutu
Status: Bangkai kapal
Nota: Terletak pada dasar laut pesisir pantai Kelantan
Ciri-ciri umum
Sesaran: 9,794 tan kasar
Panjang: 476 kaki (145 m)[1]
Lunas: 64 kaki (20 m)
Draught: 40 kaki (12 m)

Bersama-sama dengan kapal saudaranya, Ayatosan Maru dan Sakura Maru, ia membawa lebih kurang 5,000 orang tentera semasa pendaratan di Kota Bharu, Kelantan. Awazisan Maru telah dibom sebuah pesawat Lockheed Hudson daripada Skuadron Pertama RAAF, terbakar dan ditinggal serta dibiarkan hanyut. Dipercayai bahawa kapal pengangkut ini karam ataupun kemudiannya diserang dengan torpedo oleh kapal selam Belanda K-XII.

Serangan terhadap Malaya mendahului serangan terhadap Pearl Harbor dengan masa sejam setengah, lantas menjadikannya kempen Jepun pertama dalam Perang Dunia II. Ini bermakna kerugian kapal pertama dalam Perang itu ialah Awazisan Maru.

Awazisan Maru sekarang tersadai di dalam 20 meter (66 ka) air pada pesisiran Pantai Sabak di Kota Bharu dan menjadi tarikan popular buat para penyelam ekoran sejarahnya.[perlu rujukan] Dalam kalangan para penyelam tempatan, ia lebih dikenali sebagai "bangkai Kapal Serangan Jepun".

Rujukan sunting

  1. ^ "Awazisan Maru" (PDF). plimsollshipdata. Dicapai pada 20 April 2010. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  2. ^ "Mitsui Line". The Ships List. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-19. Dicapai pada 2 March 2010. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.