Maahad Darul Anuar

Koordinat: 6°6′58″N 102°18′4″E / 6.11611°N 102.30111°E / 6.11611; 102.30111Maahad Darul Anuar atau nama rasmi Sekolah Menengah Ugama (Arab) Darul Anuar[1] ialah sebuah madrasah dan sekolah agama di Kelantan. Ia terletak di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu. Ia ditubuhkan oleh seorang ulama Kelantan, Tok Guru Nik Mat Alim[2], bapa kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Maahad Darul Anuar
SMU (Arab) Darul Anuar
Lokasi
Kampung Pulau Melaka
16150, Kota Bharu, Kelantan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahsekolah agama
Moto"Berilmu - Beriman - Bertaqwa"
ﺍﻠﻌﻠﻢ - ﺍﻹﻴﻤﺎﻦ - ﺍﻠﻌﻤﻞ
Ditubuhkan1963
PengasasTok Guru Nik Mat Alim
Nombor sekolah+609-7654848
PengetuaNik Hamdi bin Ghani (sejak 2019)
Map

Sejarah sunting

Darul Anuar bermula sebagai sekolah pondok yang diajar oleh ulama Kelantan, Tok Guru Nik Mat[3] dengan nama Madrasah Darul Anuar.[4] Selepas anaknya Nik Abdul Aziz pulang dari pengajian luar negara, pada 1963,[2] sistem pengajian pondok diubah menjadi lebih tersusun menjadi sekolah agama. Ketika itu, terdapat tujuh orang guru dan 100 orang pelajar. Sesi pembelajaran juga dibahagikan kepada dua, sesi pagi dikhaskan kepada pelajar lelaki manakala sesi petang dikhaskan kepada pelajar perempuan.[3] Sejak itu, madrasah semakin berkembang. Tanah yang menempatkan pusat pengajian juga diperluas hasil daripada wakaf, melibatkan tanah seluas lima ekar setengah dengan tujuh orang pewakaf.[5]

Peralihan pengurusan sunting

Selepas kematian Tok Ku Nik Mat Alim dan penglibatan Nik Abdul Aziz lebih serius dalam politik, pengurusan madrasah diserahkan kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) pada 1977. Sejak daripada itu, pelantikan pengetua dan badan pengurus diserahkan kepada YIK, dan mengguna pakai nama Sekolah Menengah Ugama (Arab) Darul Anuar.[3]

Pada 1998, keluarga besar Tok Ku Nik Mat (Keluarga Nikmatillah) yang terdiri daripada anak-anak dan cucu-cucunya memutuskan resolusi untuk mengambil alih semula pengurusan sekolah tersebut. Sejak itu, YIK memberi kepercayaan kepada anak-anak Nik Abdul Aziz, iaitu Nik Mohamad Abduh dan Nik Omar sebagai pengetua,

Di bawah pengurusan Nik Omar, pada 2004, status sekolah ini sebagai ‘madrasah’ ditukar kepada maahad, dengan nama SMU (A) Maahad Darul Anuar. Pada Mei 2008, persetujuan diperolehi daripada Nik Abdul Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan untuk mengembalikan pengurusan sekolah kepada Keluarga Nikmatillah.[6]

Bemula Januari 2009, pengurusan sekolah dikendalikan oleh pihak swasta,[7] iaitu Lembaga Pengarah Maahad Darul Anuar yang dibentuk oleh Keluarga Nikmatillah dengan Nik Omar menjadi pengetua.[2] Disebabkan pertukaran pengurus, pentadbiran YIK di sekolah tersebut ditutup. Para guru dan pelajar kelolaan YIK dipindahkan ke dua buah sekolah kelolaan YIK yang lain, iaitu SMU (A) Al-Kauthar, Peringat dan SMU (A) Tarbiah Dinniah, Bunut Sarang Burung.

Pengurusan sekolah ini kembali dikendalikan oleh YIK bermula Januari 2019. Penyerahan ini diusahakan sejak 2016 oleh lembaga pengarah Maahad Darul Anuar dan dipersetujui oleh Keluarga Nikmatillah.[5][8]

Pengetua sunting

Sejak 1963, sekolah ini telah diterajui oleh beberapa orang pengetua[9] iaitu:

Bil Pengetua (Mudir) Tahun Pengendali sekolah
1 Abdul Rahman bin Ismail 1963 - 1977 Nik Abdul Aziz Nik Mat (Keluarga Nikmatillah)
1977 - 1979 Yayasan Islam Kelantan
2 Yusuf bin Ismail 1979 - 1983
3 Mawardi bin Ahmad 1983 - 1986
4 Syafei bin Awang Senik 1986 - 1991
5 Mohamed Zain bin Abdul Rahman 1991 - 2000
6 Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz 2000 - 2001
7 Nik Omar bin Nik Abdul Aziz 2001 - 2008
8 Mohd Baharuddin bin Mohd Noor 2008
9 Nik Omar bin Nik Abdul Aziz 2009 - 2019 Lembaga Pengarah Maahad (Keluarga Nikmatillah)
10 Nik Hamdi bin Ghani 2019 - kini Yayasan Islam Kelantan

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "YIK tukar nama Maahad Darul Anuar". Malaysiakini. 2019-01-01. Dicapai pada 2024-03-01.
  2. ^ a b c "Nik Omar: Hormati wasiat Nik Aziz mengenai Maahad Darul Anuar". Malaysiakini. 2018-12-11. Dicapai pada 2023-12-25.
  3. ^ a b c ">>> MAAHAD DARUL ANUAR 2006". web.archive.org. 2010-04-12. Dicapai pada 2023-12-26.
  4. ^ "TINJAUAN UMUM TENTANG KITAB TAFSIR AL-QURAN SURAH-SURAH PILIHAN DAN PENGARANGNYA" (PDF).
  5. ^ a b "Pewakaf gembira YIK urus Maahad Darul Anuar". Malaysiakini. 2018-10-17. Dicapai pada 2023-12-26.
  6. ^ Awang, Mohd Nasir (2013-03-01). "Gemersik Bayu Pantai: Maahad Darul Anuar perlukan sokongan, bantuan masyarakat". Gemersik Bayu Pantai. Dicapai pada 2023-12-26.
  7. ^ "MAKLUMAN PENUTUPAN MAAHAD DARUL ANUAR". Dicapai pada 2023-12-26.
  8. ^ YUSOF, AZMI (2018-12-11). "Makin ramai pelajar mohon masuki Mada". Harakahdaily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-26.
  9. ^ "Info Mudir". MADA. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Jun 2009. Dicapai pada 2023-12-26.