Maarten Stekelenburg

Dutch footballer

Maarten Stekelenburg (lahir 22 September 1982) merupakan pemain bola sepak Belanda yang kini bermain untuk kelab Ajax dan pasukan kebangsaan Belanda. Beliau bermain di posisi penjaga gol.

Maarten Stekelenburg
Maklumat peribadi
Nama penuh Maarten Stekelenburg[1]
Tarikh lahir (1982-09-22) 22 September 1982 (umur 41)
Tempat lahir Haarlem, Belanda
Ketinggian 1.97 m (6 ka ​5 58 in)[2]
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Ajax
Nombor 1
Kerjaya remaja
Zandvoort '75
Schoten
1997–2002 Ajax
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2002–2011 Ajax 191 (0)
2011–2013 Roma 48 (0)
2013–2016 Fulham 19 (0)
2014–2015Monaco (pinjam) 1 (0)
2015–2016Southampton (pinjam) 17 (0)
2016–2020 Everton 19 (0)
2020– Ajax 12 (0)
Pasukan kebangsaan
2002–2003 Belanda B21 4 (0)
2004–2012 Belanda 60 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 16 Mei 2021 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 13 Jun 2021 (UTC)

Kerjaya kelab sunting

Ajax sunting

 
Stekelenburg bermain untuk Ajax

Stekelenburg memulakan kerjayanya di Zandvoort '75 sebelum berpindah ke VV Schoten dan beliau meninggalkan Schoten untuk ke Ajax ketika berusia 15 tahun. Beliau membuat penampilan pertama untuk Ajax pada 24 Februari 2002 menentang NAC Breda. Pada permulaan musim 2002–03, beiau bersama Ajax berjaya menjuarai Perisai Johan Cruijff. Pada 2004, beliau bersama Ajax menjuarai gelaran liga Eredivisie dan beliau hanya bermain 10 perlawanan pada musim itu.

Beliau menjadi pilihan pertama penjaga gol di Ajax untuk musim 2005–06. Pada 2006, beliau memenangi Piala KNVB pertamanya bersama Ajax. Pada permulaan musim 2006-07, beliau memenangi Perisai Johan Cruiff keduanya bersama Ajax.

Stekelenburg dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Ajax pada musim 2007-08 selepas Wesley Sneijder. Ketika musim 2008-09, beliau kehilangan tempatnya kepada Kenneth Vermeer disebabkan beliau menjadi mengalami kecederaan. Beliau menjadi penjaga gol pertama di bawah pengurus baru, Martin Jol untuk menguatkan skuad Ajax. Ketika musim 2009-10, Stekelenbug bermain kesemua perlawanan liga dan perlawanan Liga Europa selepas pasukannya kecundang pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. Beliau kemudian mengalami kecederaan pada jari menyebabkan beliau terpaksa berehat sepanjang usim. Beliau membuat 51 penampilan pada semua kejohanan semasa musim 2010-11.

Selepas memenangi musim 2010-11, Stekenburg memenangi Pemain Terbaik Tahunan Ajax buat kali kedua.

Roma sunting

Pada 1 Ogos 2011, Stelenburg dilaporkan berpindah secara rasmi ke Roma dengan bayaran perpindahan sebanyak €6 juta. Selain itu, perpindahan itu juga membuatkan beliau menjadi pemain bola sepak Belanda pertama yang bermain untuk kelab Itali. Beliau menggunakan jersi 24 di mana nombor itu merupakan tarikh kelahirannya. Pada 11 September 2011, beliau membuat debut untuk Roma menentang Cagliari.

Fulham sunting

Pada 3 Jun 2013, direktor sukan Roma telah bersetuju dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Fulham untuk menjual Stekelenburg.[3] Sehari kemudian, Fulham mengesahkann bahawa Stekelenburg telah menandatangani kontrak empat tahun dengan bayaran tertutup. Pada 17 Ogos, beliau membuat debut ketika menang 1-0 ke atas Sunderland tetapi beliau terpaksa dikeluarkan pada separuh masa kedua akibat kecederaan dan digantikan oleh David Stockdale. Beliau kembali pada 21 Oktober ketika menang ke atas Crystal Palace namun tewas 4 perlawanan berturut-turut.

Berikutan pemecatan René Meulensteen dari pengurus Fulham, Stekelenburg diletakkan di bangku simpanan dan Stockdale menjadi penjaga gol pertama oleh Felix Magath.

Monaco sunting

Pada 9 Ogos 2014, beliau berpindah ke AS Monaco secara pinjaman dan menandatangani kontrak satu tahun.[4]

Kerjaya antarabangsa sunting

 
Maarten Stekelenburg bersama Belanda.

Stekelenburg membuat penampilan pertama antarabangsa bersama pasukan kebangsaan Belanda pada 3 September 2004 menentang Liechtenstein, Belanda menang 3–0.

Beliau dipanggil oleh pengurus Marco van Basten untuk skuad Piala Dunia FIFA 2006 di Jerman tetapi tidak bermain sebarang perlawanan kerana Edwin van der Sar menjadi pilihan pertama.

Beliau dipanggil oleh pengurus van Basten untuk skuad UEFA Euro 2008. Beliau hanya bermain pada perlawanan terakhir kumpulan C kejohanan menentang Romania.

Pada September 2008, satu perlawanan persahabatan menentang Australia, Stekelenburg dibuang padang pada 44 minit perlawanan selepas melakukan faul ke atas pemain Joshua Kennedy. Stekelenburg merupakan penjaga gol pertama Belanda yang pernah dilayangkan kad merah.

Selepas Van der Sar bersara daripada pasukan kebangsaan, Stekelenburg menjadi pilihan pertama penjaga gol Belanda di bawah pengurus Bert van Marwijk. Stekelenburg termasuk dalam skuad Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan.[5] Pada 27 Mei 2010, beliau termasuk dalam senarai akhir 23 pemain oleh jurulatih Van Marwijk ke Afrika Selatan. Beliau berjaya menampan dari sepakan terbaik oleh Kaká ketika Belanda menang 2-1 ke atas Brazil pada suku akhir. Beliau hanya dibolosi enam gol pada kejohanan dan terlepas ketika perlawanan akhir menentang Andrés Iniesta.

Stekelenburg bermain kesemua perlawanan peringkat kumpulan pada UEFA Euro 2012 dan Belanda menduduki tempat tercorot kumpulan. Pada 16 Oktober 2012 merupakan penampilan antarabangsa terakhir untuknya. Beliau kemudian tidak termasuk dalam senarai akhir Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.

Statistik sunting

Pasukan kebangsaan Belanda
Tahun Kmncln Gol
2004 1 0
2005 0 0
2006 2 0
2007 7 0
2008 5 0
2009 9 0
2010 15 0
2011 5 0
2012 10 0
2013 0 0
Jumlah 54 0

Statistik kelab sunting

Sehingga 30 November 2013
Kelab Musim Liga Piala Piala liga Eropah Lain[6] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Ajax 2002–03 9 0 0 0 3 0 1 0 13 0
2003–04 10 0 0 0 1 0 0 0 11 0
2004–05 11 0 1 0 4 0 1 0 17 0
2005–06 27 0 4 0 6 0 4 0 41 0
2006–07 32 0 4 0 9 0 5 0 50 0
2007–08 31 0 1 0 4 0 5 0 41 0
2008–09 12 0 1 0 2 0 0 0 15 0
2009–10 33 0 7 0 10 0 0 0 50 0
2010–11 26 0 4 0 13 0 1 0 43 0
Jumlah 191 0 22 0 52 0 17 0 282 0
  Roma 2011–12 29 0 2 0 2 0 33 0
2012–13 19 0 3 0 0 0 21 0
Jumlah 48 0 5 0 2 0 55 0
  Fulham 2013–14 11 0 0 0 1 0 0 0 12 0
Jumlah 11 0 0 0 1 0 0 0 12 0
Jumlah kerjaya 249 0 27 0 1 0 54 0 17 0 347 0

Penghargaan sunting

Kelab sunting

Ajax

Antarabangsa sunting

Individu sunting

  • Pemain Terbaik Tahunan Ajax Amsterdam: 2008, 2011

Rujukan sunting

  1. ^ "FIFA World Cup South Africa 2010 – List of Players" (PDF). Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-05-17. Dicapai pada 8 June 2013.
  2. ^ "Maarten Stekelenburg Profile". Fifa World Cup 2010. Dicapai pada 2008-06-08.
  3. ^ "Transfer news: Roma confirm Fulham deal for Maarten Stekelenburg". Sky Sports. 3 June 2013. Dicapai pada 2013-06-03.
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-30. Dicapai pada 2015-01-28.
  5. ^ "Van Marwijk trims Dutch squad to 27". AFP. 15 May 2010. Dicapai pada 2010-05-18.
  6. ^ Termasuk Perisai Johan Cruijff

Pautan luar sunting