Mac OS X v10.5 "Leopard" ialah salah satu daripada sistem pengendalian (OS) yang dikeluarkan oleh syarikat Apple Inc. Popular juga sebagai Leopard, OS ini merupakan OS yang ke-6 dalam siri Mac OS X terbitan Apple. Ia menawarkan sejumlah besar penambahbaikan berbanding OS sebelumnya, Mac OS X v10.4 "Tiger". Leopard telah dilancarkan pada 26 Oktober 2007 dan ditawarkan dalam dua kelainan, iaitu versi "desktop" untuk komputer peribadi, yakni komputer meja dan komputer riba serta "server" untuk pelayan-pelayan skala besar. Apple memberikan tawaran untuk menaik taraf kepada Mac OS X v10.5 Leopard pada harga munasabah. Dalam MacWorld 2008, CEO Apple Steve Jobs menyatakan bahawa sejumlah 20% daripada pengguna Mac terdiri daripada pengguna Leopard.

Mac OS X v10.5 "Leopard"
PembangunApple Inc.
Keluarga OSMac OS X
Model sumberSumber tertutup (dengan komponen sumber terbuka)
Keluaran ke
pembuatan
26 Oktober 2007
Keluaran terbaru10.5.7 / 12 Mei 2009[1]
Jenis IntiKernel hibrid
LesenAPSL dan EULA Apple
Laman rasmiwww.apple.com/macosx/
Status sokongan
Disokong

Menurut Apple, Leopard mengandungi lebih kurang 300 penambahbaikan berbanding OS sebelumnya. Antara aspek yang dinaik taraf termasuklah komponen sistem pengendalian teras, aplikasi-aplikasi yang disertakan bersama dan juga kemudahan untuk pembangun program. Leopard juga memperkenalkan sistem "desktop" yang lebih baik berbanding OS sebelumnya, dengan Dock yang baru, Stacks, menu separa telus, Finder yang menyajikan Cover Flow, yang sebelum ini hanya boleh dilihat dalam iTunes. Selain itu, sokongan untuk aplikasi GUI 64 bit juga boleh didapati dalam Leopard.

Apple tidak melancarkan Leopard pada tarikh yang dijanjikan pada asalnya oleh Steve Jobs kerana sibuk dengan pembangunan iPhone. Semasa perbincangan pada tahun 2005, Apple merancang untuk melancarkan Leopard pada akhir tahun 2006 atau pada awal tahun 2007. Walau bagaimanapun, pada 12 April 2007, Apple mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan melancarkan Leopard pada Oktober 2007 lantaran sibuk dengan pembangunan iPhone.

Fungsi baru dan yang diubah sunting

Fungsi untuk pengguna tipikal sunting

Apple mengiklankan Leopard mempunyai 300+ fungsi baru. Antaranya termasuklah;

  1. Automator edisi baru
  2. Back to my Mac
  3. Boot Camp

Pautan luar sunting