Mahakarya (bahasa Sanskrit: महाकार्य mahākārya) atau karya agung (bahasa Latin: magnum opus "karya besar") merujuk kepada ciptaan atau pengkaryaan yang telah diberikan sambutan kritis positif tinggi lagi-lagi membawa kepada nama si pengkarya melalui menjadi masyhur dan gemilang kehebatan pengkaryaan yang dihasilkan dari segi kepandaian atau daya kreatif, ketinggian mutu kerja atau ketekunan.[1]

Hikayat Hang Tuah merupakan sebuah contoh mahakarya sastera Melayu

Pada asalnya, mahakarya merujuk kepada kerja yang dihasilkan oleh seorang pelatih atau pengembara yang bercita-cita untuk menjadi tukang mahir dalam sistem gencana Eropah lama. Kelayakan seseorang ini didasarkan kepada karya yang dihasilkannya sama ada dalam pertukangan besi atau emas, masakan, dan sebagainya. Karya yang mencapai tahap mutu yang diterima gencana ini akan menjadi bahan bukti kelayakannya serta disimpan sebagai contoh.

Rujukan sunting

  1. ^ "'mahakarya' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 17 September 2019.