Maharaja Chongzhen

Maharaja Chongzen (6 Februari 1611 - 25 April 1644), nama peribadi Zhu Youjian, adalah maharaja ke-16 dan terakhir bagi dinasti Ming di China yang memerintah pada 1627-1644. "Chongzhen", ialah nama zaman pemerintahannya yang bermaksud "kemuliaan dan bertuah".

Awal kemunculannya sunting

Zhu Youjian merupakan anak kelima Zhu Cheng Luo, Maharaja Taichang. Ibunya, Cik Liu, adalah gundik Maharaja Taichang yang berpangkat rendah. Apabila Zhu Youjian berusia empat tahun, ibunya telah dihukum mati oleh bapanya atas sebab yang tidak diketahui dan telah dikebumikan secara rahsia. Zhu Youjian kemudian diambil sebagai anak angkat oleh gundik bapanya yang lain. Beliau pertama kali dibesarkan oleh Gundik Kang, dan kemudian oleh Gundik Zhuang selepas Gundik Kang mengambil anak angkat abang sulung Zhu Youjian iaitu Zhu Youxiao.

Semua anak-anak Maharaja Taichang meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa kecuali Zhu Youxiao dan Zhu Youjian. Zhu Youjian membesar dalam persekitaran yang agak sunyi tetapi tenang. Selepas Maharaja Taichang meninggal dunia pada tahun 1620, Zhu Youxiao menggantikan ayahnya dan ditabalkan sebagai Maharaja Tianqi. Beliau memberi gelaran "Prince of Xin" (信 王) untuk Zhu Youjian dan memberi penghormatan kepada ibu Zhou Youjian, Cik Liu sebagai "Gundik Xian" (賢妃).Khuatir dengan pegawai mahkamah istana Wei Zhongxian, yang mengawal Maharaja Tianqi, Zhu Youjian mengelak daripada menghadiri sesi mahkamah empayar dengan alasan sakit sehingga dia dipanggil menghadap ke mahkamah oleh abangnya pada 1627. Pada masa itu, Maharaja Tianqi sakit serius dan mahu Zhu Youjian bergantung kepada Wei Zhongxian pada masa akan datang.[1]

Apabila Maharaja Tianqi meninggal dunia pada Oktober 1627, Zhu Youjian ketika itu berumur lebih kurang 16 tahun, telah menaiki takhta sebagai Maharaja Chongzhen.[2] Peralihan kuasa dibantu oleh Maharani Zhang, walaupun gerakan Wei Zhongxian untuk kekal mendominasi mahkamah empayar.[3] Dari awal pemerintahannya, Maharaja Chongzhen melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan Dinasti Ming. Usaha beliau untuk pembaharuan tertumpu kepada golongan atasan dalam penubuhan awam dan tentera. Walau bagaimanapun, dalam tahun-tahun berleluasanya gejala rasuah dan kekosongan harta perbendaharaan menjadikannya hampir mustahil untuk mencari menteri yang berkebolehan untuk mengisi jawatan penting kerajaan. Maharaja juga cenderung bersikap curiga terhadap orang bawahan, dengan menjatuhkan hukuman mati keatas berpuluh-puluh komander, termasuk panglima Yuan Chonghuan, yang mengarahkan pertahanan di sempadan utara terhadap orang-orang Manchu yang kemudiannya diketuai dinasti Jin  (kemudian Dinasti Qing). Masa pemerintahannya, Maharaja Chongzen telah menunjukkan rasa takutnya pada amalan berpuak-puak di kalangan pembesar beliau, yang telah menjadi suatu isu yang serius semasa pemerintahan Maharaja Tianqi. Tidak lama selepas kematian abangnya, Maharaja Chongzhen segera menyingkirkan Wei Zhongxian dan Puan Ke, serta pegawai-pegawai lain yang dipercayai akan terlibat dalam "Konspirasi Wei-Ke".[4]

Sementara itu, kumpulan partisan dari Akademi Dongli yang telah hancur di bawah pengaruh Wei Zhongxian, telah menubuhkan organisasi politiknya di seluruh wilayah Jiangnan.[5] Antara ketua utamanya ialah Fushe, atau Persatuan Pemulihan yang anggotanya adalah generasi baru cendekiawan yang dikaitkan dengan puak Donglin lama.[6] Mereka berjaya menempatkan ahli-ahli mereka dalam jawatan tertinggi kerajaan melalui peperiksaan diraja pada 1630 dan 1631. Pembalikan nasib Wei Zhongxian menghasilkan satu pembaharuan puak Donglin untuk mendapatkan pengaruh di mahkamah, yang menimbulkan syak wasangka daripada Maharaja Chongzhen.[7] Pencalonan dari Donglin lebih banyak menyebelahi Qian Qianyi bagi jawatan Setiausaha Agung telah menimbulkan beberapa tuduhan rasuah dan berpuak-puak oleh pesaingnya Wen Tiren. Qian Qianyi dipenjarakan atas perintah maharaja. Walaupun dia kemudiannya dibebaskan, status beliau telah dikurangkan kepada orang biasa dan beliau kembali ke Jiangnan. Wen Tiren kemudiannya menjadi Setiausaha Agung.[8]

Fail:朱由检.jpg

Pemberontakan petani dan serangan Manchu sunting

Pada awal abad ke-17, kemarau berterusan dan kebuluran berlaku didorong oleh Zaman Ais Kecil telah mempercepat kejatuhan Dinasti Ming.[9] Dua kebangkitan rakyat yang semakin memanas telah diketuai oleh Zhang Xian Zhong dan Li Zicheng, kedua-duanya adalah orang-orang miskin yang kebuluran di Shaanxi sehingga mereka mengangkat senjata pada 1620-an.[10] Pada masa yang sama, tentera Ming mengambil tempat dalam mempertahankan sempadan utara terhadap Manchu yang diketuai Huang Taiji dimana ayahnya, Nurhaci, telah menyatukan puak-puak Manchu menjadi satu kuasa yang padu. Pada tahun 1636, selepas bertahun-tahun kempen menentang Ming di kubu utara Tembok Besar, Huang Taiji mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja Dinasti Qing.[11]

Menerusi 1630-an, pemberontakan telah merebak dari Shaanxi berhampiran Huguang dan Henan. Pada tahun 1641, Xiangyang kalah kepada Zhang Xianzhong, dan Luoyang telah dikalahkan Li Zicheng. Pada tahun berikutnya, Li Zicheng ditangkap oleh Kaifeng.[12] Setahun selepas itu, Zhang Xianzhong mengambil kawasan Wuchang dan menetapkan dirinya sebagai pemerintah kerajaan Xi.[10] Pegawai mahkamah telah ditawarkan beberapa cadangan yang tidak realistik untuk menghentikan pemberontakan tentera, termasuk mewujudkan pertandingan memanah, pemulihan sistem tanah jajahan tentera weisuo, dan perlaksanaan hukuman mati kepada petani yang tidak setia.[13] Li Zicheng mengambil kawasan Xi'an pada akhir tahun 1643, dengan menamakan semula ia kepada Chang'an, yang dulunya nama bandar ini ketika ia merupakan ibu kota kepada Dinasti Tang. Pada Tahun Baru Lunar 1644, beliau mengisytiharkan dirinya sebagai raja Dinasti Shun dan persediaannya untuk menguasai Beijing.[14]

Pada peringkat ini, keadaan telah menjadi kritikal untuk Maharaja Chongzhen, yang menolak cadangan untuk merekrut pasukan ketenteraan baru dari rantau Beijing dan pemanggilan semula panglima Wu Sangui, yang mempertahankan Shanhai Pass di Tembok Besar. Maharaja Chongzen telah menghantar seorang komander baru, Yu Ying Gui, yang gagal untuk menghalang tentera Li Zicheng kerana telah menyeberangi Sungai Kuning pada Disember 1643. Kembali di Beijing, pasukan pertahanan ibu kota terdiri daripada orang tua dan tidak berdaya yang kelaparan disebabkan korupsi rasuah anataea para pensida yang sepatutnya bertanggungjawab dalam menyediakan bekalan mereka. Pasukan tidak dibayar gaji hampir setahun.[15] Sementara itu, penangkapan Taiyuan oleh tentera Li Zicheng telah memberikan momentum tambahan kepada kempennya; pasukan-pasukan lawan mula menyerah kalah kepadanya tanpa sebarang pertarungan. Sehingga Februari dan Mac 1644, Maharaja Chongzhen menolak berkali-kali usul untuk memindahkan mahkamah selatan ke Nanjing, dan pada awal April, beliau menolak cadangan untuk memindahkan putera mahkota ke bahagian selatan.[16]

Kemangkatannya sunting

 
Maharaja Chongzen membunuh salah seorang anak perempuannya, dari Martino Martini, De Bello Tartarico Historia (1655)

Pada bulan April 1644, mahkamah empayar Ming akhirnya mengarahkan Wu Sangui untuk memindahkan tenteranya ke selatan dari kubu beliau di Ningyuan ke Shanhai Pass.[17] Bagaimanapun sudah terlambat dan Wu tidak dapat sampai ke Shanhai Pass sehinggalah 26 April.[18] Khabar angin telah sampai ke Beijing bahawa pemberontak Shun sedang menghampiri ibu kota melalui Juyong Pass, dan Maharaja Chongzhen mengadakan pertemuan terakhir beliau dengan menterinya pada 23 April. Li Zicheng menawarkan maharaja peluang untuk menyerah diri, tetapi rundingan tidak memberi sebarang hasil. Li memerintahkan tenteranya untuk menyerang pada 24 April. Dari ditangkap dan bersemuka dengan golongan pemberontak, Maharaja Chongzhen mengumpulkan seluruh ahli keluarga diraja kecuali anak-anaknya. Menggunakan pedangnya, dia membunuh Gundik Yuan dan Puteri Kunyi, dan memutuskan lengan Puteri Changping. Maharani pula menggantungkan dirinya.[19]

 
Penggantian moden sebuah pokok yang dari mana Maharaja Chongzhen dikatakan telah menggantung dirinya

Pada 25 April, Maharaja Chongzhen dikatakan telah berjalan kaki ke Meishan, sebuah bukit kecil yang ketika ini ialah Taman Jingshan. Di sana, sama ada dia menggantung atau mencekik dirinya dengan pengikat pinggang. Dari beberapa akaun, maharaja meninggalkan nota bunuh diri yang berkata, "Saya mati kerana tidak mampu menghadap nenek moyang saya di neraka, kecewa dan malu. Kiranya pemberontak mencerai-beraikan mayat saya dan menyembelih pegawai saya, tapi janganlah mereka merosakkan makam diraja atau membahayakan seorang pun daripada rakyat kita."[20] Menurut seorang hamba yang menjumpai mayat maharaja di bawah pokok, bagaimanapun, perkataan Tianzi (Anak Syurga) hanya satu-satunya bukti bertulis yang ditinggalkan selepas kematiannya.[21] Maharaja telah dikebumikan di Pemakaman Ming.

Golongan Manchus bertindak cepat dalam mengeksploitasi kematian Maharaja Chongzhen: dengan mendakwa "Menuntut bela ke atas kemangkatan maharaja," mereka berkumpul memberi sokongan kepada penyokong setia pasukan Ming dan orang awam. Dinasti Shun bertahan kurang daripada setahun dengan kekalahan Li Zicheng dalam Pertempuran Shanhai Pass. Golongan Manchus berjaya mendirikan Dinasti Qing atas nama Maharaja Shunzhi sebagai penguasa seluruh China. Disebabkan Maharaja Chongzhen menolak untuk memindahkan mahkamah selatan ke Nanjing, kerajaan Qing baru dapat mengambil alih birokrasi di Beijing yang masih lagi dalam keadaan baik, dan membantu atas usaha mereka untuk menggantikan Ming.[22]

Selepas kematian Maharaja Chongzen, tentera setia mengisytiharkan Dinasti Ming Selatan di Nanjing, menamakan Zhu Yousong (Putera Fu) sebagai Maharaja Hongguang. Walau bagaimanapun, pada tahun 1645, tentera Qing mula bertindak balas terhadap sisa peninggalan Ming. Ming Selatan, sekali lagi buntu dengan perbalahan dalaman puak, mereka tidak dapat menahan serangan Qing, dan Nanjing diserahkan pada 8 Jun 1645. Zhu You Song telah ditangkap pada 15 Jun dan dibawa ke Beijing, di mana beliau meninggal dunia pada tahun yang berikutnya. Kegawatan Ming Selatan berterusan sehingga terpaksa pergi jauh ke selatan, dan maharaja terakhir Ming Selatan, iaitu Zhu Youlang, yang akhirnya ditangkap di Burma, dihantar ke Yunnan, dan dihukum mati pada tahun 1662 oleh Wu Sangui.

Peninggalannya sunting

Walaupun Maharaja Chongzhen tidaklah secekap penguasa Ming terdahulu jika mengikut standard Ming , baginda bagaimanapun menyandang nasib dinasti Ming. Baginda telah melakukan yang terbaik dalam menyelamatkan dinasti. Walau bagaimanapun,disamping reputasinya yang bekerja keras, maharaja mempunyai personaliti paranoid, tidak sabar, keras kepala dan tidak mengambil berat terhadap nasib rakyatnya yang merana dalam keruntuhan empayar pemerintahannya. Percubaan baginda untuk pembaharuan sambil tidak mengambil kira kejatuhan besar kuasa pengaruh Ming, yang sudah jauh meninggalkan saat permulaan pemerintahannya. Sepanjang pemerintahan 17 tahun, Maharaja Chongzhen telah menjatuhkan hukuman mati tujuh gabenor tentera, 11 komander serantau, menggantikan Menteri Pertahanan sebanyak 14 kali, dan melantik 50 menteri yang tidak pernah berlaku sebelum ini kepada Urusetia Agung (sama dengan kabinet dan kanselor).[23] Walaupun Dinasti Ming masih mempunyai komander berkebolehan dan ahli-ahli politik yang mahir dalam tahun-tahun akhirnya, Maharaja Chongzen yang tidak sabar dan personaliti paranoid baginda telah menghalang mereka untuk menggubal sebarang rancangan kukuh yang dapat menyelamatkan keadaan apabila dalam bahaya.

Khususnya, pelaksanaan hukuman mati oleh Maharaja Chongzhen terhadap Yuan Chonghuan atas dasar yang sangat rapuh dianggap sebagai tamparan yang sememangnya membawa maut. Pada akhir hayatnya, Yuan adalah komander tertinggi daripada kesemua kuasa tentera di timur laut, dan baru sahaja bergegas dari penjagaan sempadan dalam mempertahankan ibu kota untuk melawan serangan pencerobohan oleh golongan Manchu. Sebahagian besar dekad sebelumnya, Yuan pernah berkhidmat sebagai benteng pertahanan Empayar Ming di utara, di mana beliau bertanggungjawab untuk menjamin sempadan Ming pada satu masa, apabila Empayar mengalami kekalahan demi kekalahan yang memalukan. Kematiannya yang tidak adil itu memusnahkan semangat juang tentera Ming dan memadamkan satu daripada halangan terbesar Manchu terhadap penaklukan China.

Notes sunting

  1. ^ 至是八月熹宗疾大漸十一日命召帝帝初慮不為忠賢所容深自韜晦常稱病不朝承召乃入問疾熹宗憑榻顧帝曰來吾弟當為堯舜帝懼不敢應良久奏曰臣死罪陛下為此言臣應萬死熹宗慰勉至再又曰善視中宮魏忠賢可任也帝益懼而與忠賢相勞若語甚溫求出 (崇禎長編 卷一)
  2. ^ Mote 2003, m/s. 777.
  3. ^ 及熹宗大渐,折忠贤逆谋、传位信王者,后力也。 (明史 卷一百一十四)
  4. ^ Wakeman Jr. 1986, m/s. 87–90.
  5. ^ Wakeman Jr. 1986, m/s. 111–115.
  6. ^ Mote 2003, m/s. 779.
  7. ^ Wakeman Jr. 1986, m/s. 119–122.
  8. ^ Wakeman Jr. 1986, m/s. 125–126.
  9. ^ Fagan 2000, m/s. 50.
  10. ^ a b Mote 2003, m/s. 798.
  11. ^ Wakeman Jr. 1986, m/s. 206.
  12. ^ Wakeman Jr. 1986, m/s. 226–227.
  13. ^ Wakeman Jr. 1986, m/s. 236–238.
  14. ^ Wakeman Jr. 1986, m/s. 233–234.
  15. ^ Wakeman Jr. 1986, m/s. 234–240.
  16. ^ Wakeman Jr. 1986, m/s. 240–247.
  17. ^ Mote 2003, m/s. 808.
  18. ^ Wakeman Jr. 1986, m/s. 290.
  19. ^ Wakeman Jr. 1986, m/s. 259–263.
  20. ^ Mingji beilüe, quoted in Wakeman Jr. 1986, halaman 266
  21. ^ Wakeman Jr. 1986, m/s. 266.
  22. ^ Wakeman Jr. 1986, m/s. 257.
  23. ^ 古代碑石墓志的宝库